RESIPI SKRUB BADAN YANG WANGI DAN BANYAK KELEBIHAN TANPA ANDA SEDAR
9:00 PMLamanya tak update :)
Kali ni saya nak share tentang kepentingan luaran badan pula. Kalau asyik jaga makan minum dan ambil supplement Shaklee, tapi abaikan luaran badan, Apa gunanya kan? Wajib jaga kedua duanya sekali supaya lebih sihat dan tak kusam! :)
Berapa kali dalam sebulan korang skrub badan? Samada menggunakan bahan alami ataupun yang ready made? Ada rasa tak selesa dengan kulit sendiri? Atau suami pernah kata ' kulit awak kasar la, sayang!'.. Mesti sentap kan?
haha.
Tahu apa kepentingan skrub badan pada kulit korang? [1]
- Membersihkan dan menyingkirkan sel kulit mati
- Membantu kulit untuk bernafas dengan lebih baik
- Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah
- Mennaggalkan daki pada badan
- Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat peha, lutut, siku dan celah ketiak
- Mengurangkan keletihan
- Menghindarkan bau badan akibat peluh
- Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit lebih sekata
- Mengecilkan liang liang pori
- Mengurangkan selulit
- Melancarkan peredaran darah
- MEmudarkanparut jerawat pada badan
- Detoks untuk kulit
TIPS SEMASA MENYENTAL BADAN DENGAN SKRUB BADAN
- Elakkan melakukan skrub badan terlalu kerap bagi sesiapa yang ada kulit kering dan sensitif
- Jangan lakukan skrub badan pada kulit yang sedang berjerawat
- Jangan gunakan skrub badan pada kulit wajah
- Hindari bahagian mata dan bibir kerana ia sensitif
- Jangan tekan terlalu kuat ketika melakukan skrub badan kerana ia boleh merosakkan kulit atau terjadinya pengelupas secara paksa
Kalau kulit korang jenis sensitif, seeloknya skrub hanya 2 kali seminggu untuk megelakkan kulit lebih cepat sensitif kecuali jika bahan skrub itu mengandungi agen pelembap seperti madu atau minyak zaitun.
Dengan adanya skrub badan, kulit badan kita akan lebih licin dan bersih sepenuhnya. Tetapi skrub badan kini boleh dikatakan agak mahal dan khidmat spa juga boleh capai ratusan ringgit, betul kan?
Apa kata korang boleh sendiri je skrub badan? Tak susah pun cuma perlukan sedikit masa untuk mengadun bahan bahan skrub sahaja. Dan dapat membelai badan sendiri hanya di rumah je. Kiranya macam MINI HOME SPA! JOm!
0 Pengomen