8 TIPS MUDAH ELAK JERAWAT TUMBUH DENGAN SUBUR DAN RANUM

3:15 PM


Tiada siapa suka jerawat tumbuh di sekitar muka. Apetah lagi badan, leher dan dada, kan?

Zaman muka saya berjerawat pun dah berlalu, memang lega sangat. Memang tiada tips kenapa jerawat di muka ni hilang macam tu je. Cuma yang pasti, bila duduk di hostel area Merbok, muka saya memang makin kurang jerawat. Dan semestinya makin bersih dari parut.

Bila baca pelbagai artikel mengenai punca jerawat ni timbul, baru saya faham apa yang terjadi pada saya dahulu. Kebanyakannya termasuk saya menghadapi masalah jerawat  akibat ketidakseimbangan hormon ( anak mak makin besar?), pemakanan, persekitaran, masalah kulit akibat keturunan, psikologi, jangkitan bakteria dan sebagainya.

Kalau saya, saya pilih ketidakseimbangan hormon dan persekitaran sebagai punca masalah jerawat saya. Kenapa? Sebab bila duduk di kawasan pinggir bandar seperti Merbok, kulit semakin elok. Apa maksudnya tu? Bila balik sahaja ke KL, terus muka naik jerawat! ( tension mak, jahh!)

Jadi, sekiranya korang mengalami masalah yang sama apetah lagi jerawat tumbuh subur apabila dah dewasa besar panjang ni, mungkin boleh cuba beberapa tips untuk mengelakkan jerawat tumbuh subur dan ranum macam buah rambutan.. :)

TIPS ELAK JERAWAT TUMBUH DENGAN SUBUR DAN RANUM

  • Dapatkan nasihat doktor kulit atau pakar kulit sebelum melakukan sebarang rawatan kulit muka especially jenis kulit sensitif, kering menggelupas dan alergik. 

  • Cuba hadkan pengambilan vitamin E dan B kerana ia mampu merangsang penghasilan minyak pada kulit. Bagi kulit jenis berminyak , ia akan merangsang pertumbuhan jerawat dengan subur. Vitamin B antara Vitamin yang bagus untuk kesihatan kulit. Tapi setakat yang saya selidik, pengambilan dos yang tinggi dalam B12 mampu meningkatkan pertumbuhan jerawat. Sebab ada antara kita mungkin sensitif dengan B12. Tetapi Ia juga tetap selamat diambil walaupun kita ambil dalam dos yang tinggi)

  • Cuba guna kosmetik berasaskan air dan bebas minyak. Cari juga yang ada  label non-comedogenic.

  • Rajinkan diri memakai UV protector yang berbentuk losyen kerana ia lebih ringan dan sesuai dengan kulit berjerawat. 

  • Kurangkan aktiviti atau bersenam di luar ketika cuaca panas, mandi sauna mahupun mandi wap kerana ia mampu menghasilkan lebih banyak minyak pada muka.

  • Jangan rajin sangat untuk picit jerawat sebabnya ia akan merangsang penghasilan jerawat dengan lebih banyak.
  •  
     

  • Elakkan kosmetik sepeti bedak kompak yang berasaskan minyak kerana ia akan menutup liang pori dari bernafas.

  • Kurangkan makanan pedas dan tinggi lemak.( Bab ni memang surrender! Apalah gunanya tanpa makan pedas kan?heehehe)


Cuma, orang tua tua selalu pesan, kalau nak kulit muka cantik haruslah makan banyak buah Vitamin C dan makan sayur serta ulam ulaman. Kesannya, jerawat hilang dan muka pun nampak awet muda! :)




P/s : boleh direct PM saya untuk cara alternatif mengatasi masalah jerawat! :)



Sumber : Majalah Jelita ( Lupa tahun bila)



www.bysyiraishak.blogspot.com

You Might Also Like

8 Pengomen

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::