MASALAH ANEMIA ATAU HB RENDAH PADA IBU HAMIL AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI MAMPU MEMBAWA KEPADA KEMATIAN

9:30 AM

ANEMIA PADA IBU HAMIL AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI

Ada tak ibu-ibu yang sedang hamil rasa letih, sakit, mudah terganggu atau lemah?

Walaupun ia merupakan perkara yang biasa dialami semasa hamil,tetapi ia juga menandakan bahawa ibu hamil mengalami masalah anemia iaitu kekurangan zat besi!

Walaupun masalah ni satu perkara yang normal, jika tidak dirawat atau mendapatkan pengesahan doktor mampu memberi efek jangka panjang kepada ibu dan bayi.




bysyiraishak.blogspot.com


APA ITU ZAT BESI?

Ia merupakan komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen 
ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

Zat besi bukan sahaja diperlukan semasa hamil tetapi juga sangat penting diambil sebelum merancang ingin mendapatkan zuriat. Keperluan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan dan semasa tempoh menyusukan bayi.

KEPERLUAN ZAT BESI SEHARI

Wanita yang berisiko anemia akan terjadi kepada mereka yang mempunyai sel darah merah (hemoglobin /HB) yang kurang dari paras normal. Paras normal sel darah merah adalah 12-15mg/dl.





Wanita hamil pula memerlukan lebih banyak keperluan zat besi iaitu 27mg/dl sehari. Keperluan zat besi yang semakin meningkat ini adalah perlu bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan pada ibu dan tumbesaran bayi dalam kandungan. 

Tapi, jika ibu hamil mempunyai kepekatan sel darah merah kurang dari 7.0mg/dl ini menyebabkan kesan yang agak serius pada diri ibu hamil dan juga pertumbuhan bayi dalam kandungan. Bayi akan dilahirkan pramatang atau mengalami berat badan yang rendah semasa dilahirkan!

WANITA HAMIL DAN KEPENTINGAN ZAT BESI



Wanita hamil berisiko untuk mendapat anemia kerana kekurangan keperluan sel darah merah untuk membawa oksigen ke tisu-tisu badan dan juga pada bayi. Hal ini kerana, badan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan pesat bayi dalam kandungan semasa hamil. 

Jika ibu kekurangan zat besi atau nutrien lain, ini akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah yang mencukupi. Tetapi, jika tahap sel darah merah rendah sedikit dari yang normal, itu tak perlu dirisaukan kerana ia merupakan kejadian normal buat ibu hamil kerana kandungan cecair lebih banyak dalam darah ibu hingga mencairkan sel-sel darah merah dalam tubuh.

GEJALA ANEMIA SEMASA HAMIL

Jika kekurangan zat besi, ibu hamil akan mendapat gejala seperti :


  • Pucat
  • Letih
  • Lesu
  • Cepat penat
  • Sesak nafas
  • Jantung berdegup laju
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Kurang fokus
  • Kuku pucat
  • Telinga berdengung

KESAN ANEMIA PADA IBU HAMIL DAN KANDUNGAN

Disebabkan anemia ini saling berkait rapat antara ibu hamil dan kandungan, apa sahaja kekurangan nutrien akan memberi kesan pada si anak nanti. Antaranya :
  • Risiko keguguran
  • Kelahiran pramatang
  • Bayi dilahirkan kecil @ kekurangan berat badan
  • Ibu koma
  • Ibu meninggal dunia
  • Bayi mati dalam kandungan
  • Ibu tumpah darah
  • kemurungan selepas bersalin (meroyan)
  • Bayi mempunyai anemia selepas lahir

MAKANAN UNTUK MENDAPATKAN ZAT BESI


Bagi mengelakkan ibu kekurangan zat besi, perubahan gaya hidup dan pemakanan harus diubah.

Antara makanan yang boleh diambil bagi menggalakkan sel darah merah adalah :



Boleh juga ambil ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu. 

Selain mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti di atas, wanita hamil sangat digalakkan  untuk mengambil Vitamin C bagi membantu badan menyerap zat besi dengan lebih efisyen. Ditambah pula oengambilan zat besi dengan kandungan folat, kuprum dan zink tambahan yang diambil bersama makanan.


CARA MERAWAT ANEMIA

Selain dari mendapatkan pemakanan yang kaya dengan zat besi serta Vitamin C, doktor akan memberi pil zat besi  pada ibu yang kekurangan zat besi terutamanya jika sel darah merah berada pada peringkat yang tidak normal.


Di samping itu, doktor juga akan membuat ujian darah pada ibu hamil bagi memastikan paras hemoglobin berada peringkat yang normal.

Walaupun begitu,pengambilan pil zat besi yang kurang sesuai memberi kesan sampingan hingga menyebabkan sembelit di kalangan ibu hamil. Jadi, pemilihan pil zat besi yang berkualiti haruslah dipandang serius agar kesannya tidak memudaratkan ibu hamil.

Yang penting, ibu hamil haruslah mendapatkan khidmat nasihat doktor di samping memilih gaya hidup sihat serta pemakanan yang seimbang.



Sumber : 
WebMD
http://www.babycenter.com.my/a25006493/anaemia-kekurangan-zat-besi
http://www2.hmetro.com.my/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/



www.bysyiraishak.blogspot.com









You Might Also Like

0 Pengomen

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::