SIMPTOM DAN CARA MENGURANGKAN SAKIT PMS @ SENGGUGUT

4:05 PM

PMS atau Premenstrual Syndrome atau dalam Bahasa Melayunya Sindrom PraHaid merujuk kepada pelbagai simptom fizikal dan emosi yang dialami oleh remaja dan wanita sehingga tiba waktu haid.

Simptom fizikal mahupun emosi datang antara seminggu atau 2 minggu sebelum bermulanya kedatangan haid korang. Ia sebenarnya mengganggu dan mampu menjejaskan kehidupan harian penghidap PMS. Dan sememangnya simptom PMS ni berbeza pada setiap wanita.




Ihsan dari Pak Google



Walaupun punca PMS tidak dapat diketahui sehingga kini, banyak faktor yang boleh mengakibatkan PMS menjadi lebih teruk seperti faktor genetik dan perubahan paras hormon.

Jangan risau, PMS ni boleh diubati dan dikurangkan jika kena dengan caranya.



APA SIMPTOM PMS?




Ihsan dari Pak Google


  • Kembung & senak perut
  • Payudara membesar & sakit
  • Sakit kepala & migrain
  • Mual
  • Sakit belakang
  • Mood swing : cepat marah, gelisah,murung, cepat bimbang, mudah keliru
  • Masalah daya ingatan & kurang daya tumpuan
  • Gangguan sistem pencernaan seperti sembelit & cirit birit
  • Penurunan atau peningkatan keinginan seksual
  • Terasa kesunyian & paranoia
  • Ketagihan makanan
  • Rasa panas atau berpeluh
  • Selera makan bertambah
  • Lebih peka pada bunyi, cahaya & sentuhan
  • Perubahan tidur termasuk insomnia atau terlebih mengantuk

Ihsan dari Pak Google


CARA MENGURANGKAN SAKIT PMS


  • Bersenam secara konsisten terutamanya dalam tempoh PMS
  • Elakkan dari merokok
  • Kurangkan pengambilan kafein dan alkohol dalam tempoh 2 minggu sebelum haid
  • Pastikan tidur mencukupi
  • Menguruskan tekanan melalui cara yang kita selesa seperti bekerbun, bersenam, yoga etc.

DIET UNTUK MENGURANGKAN SIMPTOM PMS


Kebanyakannya wanita yang akan atau sedang mengalami PMS mempunyai selera yang tinggi pada makanan yang tinggi lemak dan gula seperti kek, coklat, aiskrim dan sebagainya.

Simptom yang sebegitu boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang betul dan berkhasiat di samping dapat mengawal berat badan, antaranya :

  • Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap
  • Mengurangkan pengambilan makanan yang masin
  • Memasukkan hidangan buah buahan dan sayur sayuran serta bijirin penuh dalam diet harian
  • Meningkatkan pengambilan produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah dan non-fat.
  • Elakkan dari menyimpan makanan  tinggi lemak dan gula di dalam rumah
  • Simpan stok snek yang menyihatkan untuk dimakan semasa lapar

Selain PMS, kebanyakan remaja dan wanita juga mengalami kedatangan haid yang lambat & kitaran haid yang tidak normal. 

Jangan risau, Ada je cara alternatif untuk mengurangkan simptom atau masalah ni dalam jangka masa panjang.





Ostematrix : Paras kalsium akan menurun semasa tempoh PMS. Jadi, pengambilan kalsium dapat membekalkan keperluan kalsium mencukupi /  Meringankan simptom PMS
Dan lagi mengenai Ostematrix...

B-Complex : Sesuai untuk sesiapa yang ada masalah senggugut. Terdapat B5, B6 dan B12 yang membantu masalah tersebut.

GLA Complex : Meringankan simptom PMS


Sampai bila nak bertahan dengan Simptom PMS? Bila simptom PMS mula menyerang, ia mampu menganggu kerja seharian kita. Betul kan?

Jum berubah, SAY NO TO PMS!






Whatsapp :014-6342040


You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::