CARA KURUS DENGAN CEPAT DAN BERKESAN TANPA UBAT DAN HANYA DUDUK DI RUMAH!

8:00 PM

CARA KURUS DENGAN CEPAT DAN BERKESAN TANPA UBAT DAN HANYA DUDUK DI RUMAH!


Ni ajaib untuk diri Sya sendiri. Sya kalau duduk rumah lama sangat, badan mudah bebenau nak dipam pam huhu...Maunya tidak, asyik fikir nak masak apa. nak baking apa.. Cuma sejak dah kahwin ni, aktiviti baking dah lama ditinggalkan..sobbss



Macam Mana Duduk Di Rumah Pun Boleh Kurus dan Langsing?


Bukan setakat goyang kaki sambil makan cikedis tengok sinetron atau drama melayu hokeyy.. itu memang susah nak kurus.


Yang buatkan kita cepat kurus atau mudah bakar kalori adalah aktiviti yang boleh dilakukan di rumah!




Antaranya :



  • MEMASAK ( 23 kalori per 10 minit)

Memasak tau.. Bukannya memasak sambil makan! :)Jumlah 23 kalori tu termasuk aktiviti kita dalam menyiapkan bahan bahan nak masak seperti mencuci, menghiris, menyediakan bahan masakan hinggalah memasak.Memasak dalam keadaan berdiri ( takkan masak pun nak duduk kan?) akan melatih otot lengan dan kaki untuk mempercepatkan pembakaran kalori berbanding jika kita hanya duduk yang hanya melatih otot pergelangan tangan sahaja.

  • MENGGOSOK PAKAIAN (ironing) (17 kalori per 10 minit)

Ni juga salah satu cara untuk membantu menguatkan lengan serta melatih keseimbangan tangan kiri dan kanan. Seterika tu akan menjadi beban latihan ketika kita nak iron baju. Yang best, ironing juga dapat melatih otot punggung tau. Perasan tak yang kita juga ada menggoyang punggung masa iron baju? heheh

  • MENYAPU SAMPAH (23 kalori per 10 minit)

Menyapu sampah banyak melatih otot terutama lengan bahagian atas. Bila kita membongkok pula akan menyebabkan otot bahagian pinggang sama sama menjalankan fungsinya untuk membakar kalori.

  • MENCUCI PINGGAN MANGKUK ( 15 kalori per 10 minit)

Bila dah kenyang tu, jangan sesuka hati nak biarkan pinggan mangkuk yang kotor macam tu sahaja. Kata nak kurus kan? So, cucila pinggang sebanyak mungkin supaya otot lengan atas dan bahu dapat dilatih dengan baik.

  • BERKEBUN ( 63 kalori per 10 minit)

Sementara masih muda ni, elokla berkebun dengan harapan nak membakar kalori. Kalau dan separuh usia  masih ada hati nak berkebun untuk kurus, itu susah nak cakap..hahahaBergantung juga pada metabolisme badan samada tinggi atau rendah.Kegiatan berkebun seperti memangkas tanaman, merapikan pasu bunga, menanam bunga, menyiram tanaman, dan memberi baja juga boleh dijadikan sebagai satu kegiatan untuk relax dan beri ketenangan.

  • MENCUCI KERETA ( 64 kalori per 10 minit)




Wahh ini yang malas ni! hahaha

Kenapa ianya membakar kalori? Menggosok kereta dengan sabun dapat melatih otot punggung dan lengan. Dan yang bestnya dengan peha dan betis pun dapat eksesais juga. Kiranya membasuh kereta ni akan melatih semua otot badan kita supaya bergerak termasuklah pinggang.


Jadi...tiada alasan nak membakar kalori dengan mudah kalau cara di atas ni kita tak dapat nak ikut. Betul tak?



Lain-lain artikel (sila klik) :



Sumber : MW Oktober 2009


www.bysyiraishak.blogspot.com


You Might Also Like

5 Pengomen

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::