NAIK TANGGA BOLEH MEMBAKAR KALORI LEBIH CEPAT DARI BERJALAN KAKI DAN BERJOGING

8:30 AM


Berbalik kepada kisah lif tiba-tiba tidak dapat beroperasi dan tersekat hujung November lepas, sehingga sekarang kami terpaksa menggunakan tangga untuk naik turun pergi ke mana sahaja.

Penat dan tercungap hingga hari ke-3. Muka pun boleh pucat dan bersandar sekejap di kerusi untuk menarik nafas.


Nasib baik kaki tak cramp. Ni mesti penangan Vitalea iaitu Multivitamin terbaik dari Shaklee. Kalau makan Ostematrix iaitu supplement kalsium, entah-entah boleh berlari naik tangga kan.Ewaahh.




Okey memandangkan dah hampir 3 minggu kami naik turun tangga, itu tak dikira turun naik untuk ke department lain, agak-agak berapa kalori mampu terbakar dari badan kami yang berlemak ni?



bysyiraishak.blogspot.com
Tangga yang Sya kena naik

bysyiraishak.blogspot.com
Nota di tingkat bawah sebelum kami naik tangga.


Ini kenyataan dari HealthyLiving (credit:

'Climbing stairs by walking up them burns 563 calories per hour in 155-pound people (70.3kg), according to the Wisconsin report. This is the same amount of calories you burn if you’re running miles in 12 minutes, a very slow pace. However, walking up stairs burns more calories than jogging and walking on flat surfaces. “The Complete Guide to Walking for Health, Weight Loss, and Fitness” author Mark Fenton explained that walking up an incline requires more effort to maintain your balance. Walking up stairs at a 15 percent incline burns 67 percent more calories than walking on flat surfaces, Fenton wrote.' 


Ini pula kenyataan yang diambil dari Livestrong.com (credit:

'The website HealthStatus notes a person who weighs 160 pounds burns about nine calories during a minute of walking up a set of stairs. During the same activity, a 210-pound person burns about 12 calories. If climbing a flight of stairs takes you about 30 seconds, expect to burn half the above calories. While this calorie burn might seem low, standing in the elevator for a minute burns about one and two calories, respectively, for the two people.' 


* 1 pound = 0.45 kg / 453.592 gm


Bila baca je kenyataan  di atas,ini yang membuatkan Sya lagi bersemangat nak naik tangga. Dulu pernah juga berjinak-jinak menaiki tangga, tapi lama kelamaan jadi makin malas pula. Bab berpeluh dan tercungap tu la yang malas nak layan. Terutamanya nak menapak ke ofis yang berada di tingkat 5!

Bayangkan kalau kita bawa beban semasa menaiki tangga, berapa banyak kalori akan terbakar? Itu baru berjalan menaiki tangga. Phewww...


Dan jangan kata bekerja di ofis tak boleh nak bakar kalori.. silap tuuuu

Credit. Jangan malas di  ofis!




Menaiki anak tangga memang baik untuk kesihatan kita. Kita je yang sedaya upaya untuk naik elevator atau lif jika berada di pusat membeli belah mahupun lain-lain tempat.
Kiranya naik tangga ni dah jadi pilihan terakhir untuk kita gunakan kecuali jika ada kecemasan seperti kebakaran.

Selain dari membakar kalori, menaiki tangga juga dapat membina otot, menguatkan tulang dan memberi impak positif pada kesihatan kardiovaskular kita.


Tak ke best tu? Tak perlukan duit dan tenaga yang banyak. ;)



Sumber :
http://www.webmd.com/diet/calories-chart
http://www.livestrong.com/article/316762-how-many-calories-are-burned-climbing-seven-flights-of-stairs/
http://hsc.unm.edu/wellness/physical/stairs.html
http://www.livestrong.com/article/301539-calories-burned-climbing-one-flight-of-stairs/
http://hsc.unm.edu/wellness/physical/stairs.html


'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'



Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)

Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..


-----------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :



Klik!

You Might Also Like

26 Pengomen

  1. Banyaknya kalori yang boleh dibakar dengan menaiki tangga. Bolehlah amalkan penggunaan tangga selepas ini.
    Cara Buat Agar-Agar Milo Orea Yummy 

    ReplyDelete
  2. Naik tangga memang agak penat office sementara kat atas so setiap hari memang naik tangga..

    Makanan Nyahtoksin

    ReplyDelete
  3. Best nya.tak yah la susah-susah beli equipment exercise tu.jimat duit.hihi naik tangga je..


    pengedar sah Shaklee kawasan Bintulu Sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rumah 2 tingkat,boleh amalkan selalu.baik untuk kaki juga

      Delete
  4. setiap hari wajib naik tangga kerana office tak de lif..hanya tiga tingkat je...

    HENTIKAN PEMBUNUHAN DENGAN VIVIX SHAKLEE

    ReplyDelete
    Replies
    1. tingkat 3 kalau banyak anak tangga memang malas nak naik heheh

      Delete
  5. Rumah saya tak ada tangga...jadi nak bagi bakar lemak yang ada tu cuma makan supplement shaklee je di tambah pula dengan bersenam sikit-sikit.

    tips tegangkan kulit wajah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersenam pun bagus sambil buat kerja2 rumah kan...

      Delete
  6. Banyak jgak kalori trun naik tangga ni rupanya..nak naik tangga la lpas ni...huhu..sllunya mlas gler

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Zaman student kan banyak mendaki tangga. Memang tak dak masalah dengan badan terlebih berat.hihii..


    JommSihatDanCantik -> VITAMIN E LEBIH SEMPURNA DENGAN EKSTRAK BIJI ANGGUR??

    ReplyDelete
  8. Pengalaman 2 tahun duduk rumah tingkat 5 yang tiada khidmat lif... memang slim badan masa tu... hihi...tapi tak tahan bila kena dukung baby, macam nak patah kaki mendaki tangga...

    Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Jerawat Yang Kronik Sehinggakan Muka Kelihatan Seperti Permukaan Bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dibayangkan kak tun..sy bawak handbag dan bekal pun dah tak larat,lenguh tangan

      Delete
  9. kempen naik tangga, tak perlu guna lif atau eskalator..takde alasan utk tidak bersenam, di pejabat pun boleh naik turun tangga

    ReplyDelete
  10. Bagus naik tangga ni. Baru fit sikit cuma tak tahan bab berpeluh. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju..bila berpeluh rasa berlengas.melainkan kat ofis ada aircond yang kuat

      Delete
  11. Nak sangat2 naik tangga di ofis tapi membahayakan pulak lokasinya. Teringat zaman U dulu turun n naik tangga tingkat 15. Memang kurus lah time tu huhu

    ReplyDelete
  12. Nak naik tangga di ofis tapi bahaya pulak lokasinya. Teringat zaman U dulu turun naik tangga tingkat 15.Memang kuruslah tine tu hehe

    ReplyDelete
  13. naik tangga boleh sihatkan jantung kita dan bakar lemak jahat yang ada dalam badan, saya memang suka senaman ini....kebetulan rumah kami memang bertingkat, jadi boleh lah senaman setiap hari.

    Petua Melembabkan Kulit Kering Di Wajah Yang Patut Anda Ketahui

    ReplyDelete
  14. turun naik tangga tingkat 4, 6 kali shari.

    ReplyDelete
  15. turun naik tangga tingkat 4, 6 kali shari.

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::