NAK KURUS!

8:30 AM

Assalam..


Saya nak kurus!! Badan dah gumukkk!! Berat makin naik bila timbang!! whoaaa sobbs sobbs (macam over plak huhu)

Ada tak dengar kawan kawan atau rakan sekerja atau orang yang terdekat dengan kita yang nak sangat kurus tapi tak dapat dapat? Kuciwa hati kan? Even dah berdiet sakan, dah kurangkan makan malam pun stil badan tak kurus kurus. 

Pastu seminggu sakan berdiet, tup tup tup minggu depan dah pulun makan chicken chop, spagetti, nasi dengan lauk udang petai, teh tarik bagai.. Amboii amboii amboiii... itu kan namanya diet yang hangat hangat tahi ayam? Mesti ramai yang selalu buat kan?kan? kan??? hehe...

Okey, kebanyakan kita memang susah nak kawal rasa lapar dan adakala susah nak tahan godaan masakan mak di rumah ataupun malam malam terbayang mee mamak dan roti canai kat kedai..Sadissss laa..bila masa nak diet kan? Ataupun kita hanya ada nafsu makan semata mata bila tengok makanan depan mata. Ishhh ishh ishhh...

Betul ke berdiet tu maksudnya mengawal rasa lapar kita?

No..no...nooo..bila kita kawal rasa lapar itulah yang membuatkan kita makan makin banyak dan berat pun akan naik mendadak.

So, cara yang terbaik adalah dengan MENGAWAL KUANTITI MAKANAN , KEKERAPAN & JENIS MAKANAN.



Tips Makan


  • Elak ambil makanan dengan kuantiti yang banyak
  • Tukarkan nasi kepada hidangan berkhasiat dan bertenaga lain seperti oat
  • Makan hidangan yang seimbang dalam kuantiti yang sedikit dan diambil dengan kerap untuk elak rasa lapar yang melampau

Air Kosong


Sape kata air kosong tak mampu turunkan berat kita? Korang bole amalkan sebanyak 3-5 liter sehari dan mampu turunkan berat badan dalam tempoh tak sampai sebulan.. Ada berani?? (huhu lenguh ehemm ehemm). Tapi bergantung jugak pada apa yang korang makan kan.
  • Bila lapar, terus minum air kosong. Bole membantutkan selera.
  • Kalo sedang berdiet,kene elakkan makanan masam atau berasid.. (tomyam??ohmyy). Even makanan macam ni bole memecah lemak, tapi sebenarnya mampu membuatkan kira rasa lapar dengan cepat. So... ambil dalam kuantiti yang sedikit dan bukan sebagai makanan utama.

Yeahh..apa apa pun diet kita kene tau kalori yang kita ambil dan senaman yang konsisten, barula semua nya jadi!

Bole baca SINI apa makanan yang buatkan diet kita hancur kebaboomm..


You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::