NAK PILIH SUNBLOCK ORAL ATAU SAPU?

3:21 PM

 Nak share info dari Twitter yang dikongsi oleh  Dr Hafsah Sazali mengenai Sunblock diambil secara oral.

Kredit Photo : Reddit.com

Isu sunblock telan atau yang diambil secara oral dah kecoh kat Twitter sejak awal Julai lepas. Ini semua disebabkan oleh seorang pengasas produk kecantikan yang mempromosikan produk sumblock beliau tanpa perlu disapu terus ke kulit muka, hanya dengan menelan tablet, boleh terus lindungi wajah dari sinaran UV.

Korang percaya?

Saya tetap yakin bahawa sapuan sunblock pada kulit lebih berkesan jika nak lindungi kulit dari sinaran UV. Selalu saya pilih sunblock SPF 50 untuk perlindungan 4 jam dari sinaran mayahari mahupun cahaya daripada lampu etc. And my favourite, still Sunkiller!

Okay, saya share apa yang dah ditulis oleh Dr Hafsah dalam thread twitter beliau.
----------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana nak lindungi kulit daripada radiasi matahari? 

Saya selalu membebel pasal ni dalam klinik. Yelah, pesakit di sini kebanyakannya orang putih. Kulit mereka berisiko untuk dapat kerosakan kulit akibat radiasi UV. Tapi pantang cuaca panas sikit, ramai pergi berjemur.

Langkah-langkah penting yang ditekankan: 
  • Pemakaian (protective clothing, hat, sunglasses) 
  • Cari tempat teduh (seeking shade) 
  • Sapu sunblock (sekurang-kurangnya SPF50) 

Pil atau jus sunblock? 

Ada kajian-kajian yang menilai potensi sunblock yang diambil secara ‘dalaman’ (oral, subcutaneous). Tetapi belum ada bukti kukuh lagi mengenai keberkesanan dan keselamatannya.Kajian ke atas Polypodium leucotomos misalnya, menunjukkan ia berkemungkinan memberi tahap perlindungan SPF yang rendah sahaja. Pendek kata, bahan-bahan kajian ini tidak boleh menggantikan sunblock yang disapu pada kulit.

Satu lagi isu ialah matahari penting untuk penghasilan vitamin D dalam kulit. Kalau nak block sinaran matahari sepenuhnya daripada kulit risiko kekurangan vitamin D meningkat, terutamanya jika warna kulit lebih gelap (kerana melanin juga melindungi daripada sinaran UV).

Tak logik jika ada produk mendakwa ia memutihkan kulit tapi juga janjikan lebih perlindungan daripada UV. Kulit yang lebih gelap ( pigmen) secara amnya mempunyai  perlindungan daripada . Kalau betul produk memutihkan, maknanya ia  pigmen melanin yang melindungi kulit

Kesimpulannya, pil atau suplemen BUKAN pengganti sunblock yang disapu atas kulit. Data juga menunjukkan topical sunblock selamat digunakan

Oleh itu, pakai lah sunblock dengan yakin. Jangan mudah terpedaya dengan produk suplemen dan kita tidak perlu obses dengan kulit putih. Bersyukurlah kerana risiko kanser kulit lebih rendah bagi kulit gelap kita orang Asia berbanding kulit orang putih.

Artikel jurnal yang pernah saya bentangkan semasa journal club bersama pakar-pakar kulit dan staf Dermatologi lain di tempat saya bekerja:

--------------------------------------------------------------------------------

 Jom jadi pengguna bijak dalam memilih sunblock!





You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::