TIPS CANTIK : CARA PAKAI BLUSHER DENGAN BETUL DAN PERFECT

9:30 PM


Pipi merah bak pauh dilayang...

Tak semua orang especially yang baru berjinak-jinak dengan makeup tahu cara memakai blusher..

Tapi dengan kecanggihan gajet ni, semua perkara kita boleh dapat di hujung jari, cuma nak kena bezakan samada fakta atau auta..


Ihsan dari Pak Google

Masa mula-mula sya stat pakai blusher, main hentam je pakai. Asalkan nampak nice hheehe( retiss sgtt). Ex rumet semasa kerja di Wangsa Maju yang ajar tentang blusher ni. Siap dengan pakai concealer lagi kononnya nak tutup parut jerawat (sedangkan takde parut besar pun).

Ni semua kononnya nak nampak fresh gitu..haha

Tuptup ada sekali tu, entah apa mimpi member 1 tempat kerja tapi berlainan department tegur cara sya layangkan pemerah pipi. Sedangkan dah lama juga kerja kat situ dalam 4 bulan. Dia tunjuk cara yang betul aplikasikan blusher, siap buat mulut ke depan lagi (macam itik tu).

Ihsan dari Pak Google

Macam mana dia tahu? Senang je. Girlfren dia makeup artist...

hahah..chinese guy okey yang tegur tuu..haduiii

So, better kita google atau tanya someone yang mahir pakai blusher sebelum kita menempek kat pipi. ;p



TIPS MEMAKAI BLUSHER 

Ihsan dari Pak Google
  • Pakai blusher berwarna lembut semasa siang dan terang sewaktu malam
  • Pakai blusher selepas solekan terakhir. Senang nak agak ketebalan yang korang akan letak nanti.
  • Bagi yang memiliki kulit putih atau cerah, warna blusher yang paling ngam adalah pink.Either soft pink ke..brown pink kee..atau dark pink
  • Untuk kulit kuning langsat, korang boleh pakai pink yang ala ala peach color, baby pink, brown orange atau chocolate mocha
  • Kulit wanita asia iaitu sawo matang lebih sesuai pakai bronze, red plum, dark orange dan soft brown
  • Untuk si hitam manis yang tan kulitnya sesuai sangat dengan peach color, apricot,plum, coral dan deep orange.

JENIS -JENIS BLUSHER

  • Balls : Bentuknya menyerupai bebola kecil. Cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas blusher jenis berbola ini.Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi.Sesuai untuk semua jenis kulit.
F.C.C brand - ball blusher

  • Krim : Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. Warna yang dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak

Cream Blusher

  • Padat : Serbuk warna daripada blusher jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah.Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak

Ihsan dari Pak Google

  • Gel : Warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yag lebih natural.Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering. Guna jari saja untuk mengaplikasikannya di pipi.

Gel Blusher in 2 It

  • Powder / Loose : menyerupai bedak tabur dan sesuai untuk sesiapa memiliki kulit berminyak.
Loose blusher maybelline


SOLEKAN MENGIKUT BENTUK WAJAH


Ihsan dari PAk Google

Ihsan dari Pak Google



Bujur : Sapu blusher kat bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit blusher kat atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor woww gitu..


Bulat : Buat teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan blusher sedikit  gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur.Kemudian sapukan blusher dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas.


Lonjong : Bagi wanita yang memiliki wajah lonjong,gunakan blusher tepat pada tulang pipi dengan sapuan mendatar.Gunakan warna yang lebih terang agar tertumpu pada bahagian pipi dan ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang.


Persegi : Untuk menyamarkan potongan rahang,sapukan blusher dengan warna yang lebih gelap dari dagu dan pipi sehingga ke telinga


Hati : pilih blusher dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang.

Ihsan dari Pak Google - Highlight dan countour sebelum blush

Tapi, kat tempat kerja sya malas nak pakai blusher...;p





You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::