CARA KAWAL PARAS GULA DALAM DARAH SEMPENA HARI DIABETES SEDUNIA

9:30 AM


November merupakan Hari Diabetes Sedunia.


Fakta: Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menerusi Tinjauan Selidik Kesihatan dan Penyakit Kebangsaan IV 2011 mendapati, 2.6 juta rakyat Malaysia dewasa berusia 18 tahun ke atas atau 15.2 peratus menghidap diabetes. Penyakit itu juga dialami kira-kira 285 juta orang di seluruh dunia. Dalam tempoh 20 tahun akan datang, bilangan pesakit dijangka meningkat 50 peratus, menjadikan jumlahnya bertambah kepada 438 juta orang. (Sumber)


Kredit to Shaklee

Tak risau dengan peratusan penghidap diabetes yang semakin meningkat?

Ada ibu bapa atau atuk nenek yang menghidapi diabetes?

Sukakan makanan manis tanpa menjaga diet dan pemakanan seimbang?

Fikirkan  kembali.

Diabetes merupakan penyakit yang mempunyai paras glukosa dalam darah melebihi paras normal.

Kebanyakan makanan yang kita makan akan bertukar menjadi glukosa atau gula untuk menghasilkan  tenaga.

Pankreas merupakan organ dalaman yang menghasilkan hormon insulin untuk  membantu glukosa masuk kedalam sel sel badan kita. Glukosa yang berlebihan juga akan disimpan dalam hati atau ditukar menjadi lemak dan akan disimpan dalam tisu badan yang lain.


Jika insulin tidak berfungsi  dengan baik, saluran glukosa tidak dapat dibuka dengan betul. Dan ini akan menyebabkan glukosa akan dibina dalam darah daripada dihasilkan menjadi tenaga. Jadi, paras glukosa  yang tinggi dalam darah akan menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan seperti penyakit jantung, buta, kegagalan buah pinggang dan lain lain.

Kesimpulannya  dalam isu penghidap  diabetes, ia terjadi kerana :
• pankreas tidak dapat menghasilkan insulin
• sel tidak bertindakbalas terhadap insulin dengan sempurna  @
• pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi  yang diperlukan oleh badan

Sebenarnya, tiada cara untuk mengubati penyakit diabetes ni.
Tapi  apa yang boleh kita lakukan adalah dengan mengawal simptom diabetes dengan diet, senaman dan supplement.

Selain itu, kita kena mencegah komplikasi diabetes dengan mengawal tahap glukosa dalam darah, tekanan darah dan kolestrol.


CARA MENGURUSKAN DIABETES (secara umum)


• Ambil insulin
• jaga diet
• tingkatkan jumlah karbohidrat kompleks seperti kekacang dan buah dimana ia mengambil masa yg lama untuk diserap dalam badan
• buat ujian titisan darah (pantau sendiri)




• buat ujian air kencing
• rajin buat aktiviti fizikal  dan senaman
• jaga berat badan
• berhenti merokok
• buat check-up berkala


PENCEGAHAN AWAL PALING PENTING!

'Rawatan perubatan konvensional semasa sememangnya telah dapat memberikan ramai penghidap diabetes kehidupan yang lebih sihat dan hayat yang lebih panjang. 
Namun begitu, rawatan yang paling berkesan bagi pesakit diabetes dan masalah gula darah yang lain memerlukan langkah yang melibatkan perubahan gaya hidup, kaedah pemakanan yang seimbang dan pengambilan supplement. 

Supplement harian yang mengandungi multivitamin dan mineral direkabentuk untuk menyokong keperluan nutrisi khas mereka yang mempunyai paras gula darah tinggi, termasuk pesakit diabetes. Dengan membekalkan pesakit diabetes dan pra-diabetes nutrien penting tambahan, terbukti dapat meningkatkan pengawalan gula dan juga mencegah atau merencatkan perkembangan komplikasi-komplikasi utama diabetes.

Contoh nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dengan jumlah yang agak tinggi dari biasa ialah vitamin B1, B6, B12, Biotin, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Vanadium Sulfate, Zink, dan Kromium. Pesakit diabetes juga memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik (ALA), sejenis antioksidan sejagat yang mampu berfungsi dalam kedua-dua bahagian yang berair dan berlemak dalam sel.

Selain suplemen multivitamin dan mineral harian yang baik, adalah disyorkan anda menggabungkannya dengan vitamin B-12 (mecobalamin) yang aktif dari segi neurologi, kerana keupayaannya untuk membantu mencegah dan menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak - satu komplikasi biasa bagi mereka dengan paras gula darah yang tinggi.' 
(Utusan, 2009)

MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH DENGAN SET SUGAR CONTROL

                      


Antara produk yang ada dalam Sugar Control Set adalah : 
  • B-Complex    : Menukarkan gula kepada tenaga,membantu mengurangkan rasa kebas                         dan sesemut
  • Zinc             : Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pengeluaran                                insulin,memulihkan luka
  • Gla Complex : Menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah,                              berkesan untuk diabetes semasa hamil dan warga emas. Mengimbangi                        hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol jahat

       

  • Vivix            : antipenuaan, antioksidan,kesihatan jantung dan otak, meningkatkan                         tenaga dan kesihatan


  • Vitalea         : Multivitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan


  • ESP    : Membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengelakkan hypoglycemia iaitu paras gula terlalu rendah.ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, bermaksud paras gula dibebaskan ke dalam darah sedikit demi sedikit. Sesuai untuk ibu yang mengalami paras gula yang tinggi semasa mengandung.


Yang penting, jaga pemakanan, senaman, dan ambil supplement. Cegah sebelum rawat. 


Tapi, jika dah ada penyakit ni, semestinya kena jaga apa kita makan, sentiasa melakukan aktiviti fizikal, ambil ubat mengikut dos yang ditetapkan dan jangan lupa ambil supplement!:)




'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'


Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)

Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..


-----------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :



Klik!


You Might Also Like

33 Pengomen

  1. Mak saya juga penghidap diabetes. Dulu memang tinggi sangat paras gula darah dia... Sekarang dia kawal pemakanan. Alhamdulillah makin stabil...

    Kisah Benar!!! Sembelit Ibu Muda Ketika Berpantang Undang Masalah Jiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun berpendapat kita kena kawal apa kita makan...nenek sy ada diabetes tp x kawal makan.

      Delete
  2. Diabetes memang penyakit yang ditakuti semua orang. Oleh itu cegah sebelum terlambat. Amalkan pengambilan vifamin shaklee untuk bantu anda cegah diabetes sebelum terlambat.

    Bagaimana nak tahu kanak-kanak itu Hiperaktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! supplement memang membantu sedikit sebanyak..tp pemakanan pun kena jaga.

      Delete
  3. Mak saya ada penyakit kencing manis tapi masih di tahap rendah. Tapi dia punyalah jaga makan. Alhamdulillah, sekarang nie da tak dak dah.

    JommSihatDanCantik -> TERLAMPAU KEMARUK MAKANAN UNDANG PELBAGAI MASALAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak sis komited..kalau sesiapa tak komited tu yang susah. Bila dah teruk,baru nak makan macam macam utnuk turunkan paras kencing manis tu. Better cegah dulu...

      Delete
  4. Jaga pemakanan dn bersenam dari muda.. Kalau dh ada penyakit diabetes ni sgt penting jaga makan. Set diabetes ni byk membantu mengawal tahap diabetes.

    Tips & Info Checklist: Apa yang perlu ada dalam 'Beg Hospital'?

    ReplyDelete
  5. Ayah saya pun ada diabetes.. Dia jaga betul pemakanan dia dan ubat2 hosp. Tapi alhamdulillah sekarang di paras normal. Saya beri dia zinc, b complex, alfalfa dan ostematrix setiap hari. Nampak dia bertenaga je sepanjang hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah sy pun jaga bab ubat2 hospital tapi ada masa dia belasah je makan..bila dah tinggi,mulala dia takut dan jaga balik paras gula dia

      Delete
  6. Rawat sebelum parah..! Kawal pemakanan dan banyakkan senaman di samping mengambil makanan tambahan..

    bolehkah kurus dengan minyak ikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis..komited dengan 3 perkara ni insyallah paras gula tu konsisten

      Delete
  7. Kawan2 selalu pelik bila saya cakap tak suka maknan yang manis termasuk la minuman...sebab kata mereka orang kelate suka manis..saya tak termasuk dalm golongan tu..:)

    Ikan Budu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mindset orang kita sis..mereka hanya tau kaitkan ore klate dengan makanan manis.

      Delete
  8. diabetes memang ditakuti oleh semua orang...yang penting mencegah lebih baik dari merawat...amalkan pemakanan yang berzat dan seimbang...saya memang takut bab cucuk2 nie...

    Bahayakah Plasenta Privia

    ReplyDelete
  9. Pemakanan kena seimbang. Jangan lebih ke yang manis je.paling elok amalkan air kosong.jaga pemakanan Jangan ikutkan sangat nafsu.Kesihatan tak dapat d beli..

    mitos-cantik-faktaauta

    ReplyDelete
    Replies
    1. air masak kena banyak..sebab bila dah makan ubat,nnti badan panas

      Delete
  10. Mil saya penghidap diabetes sejak 20thn yg lalu slps melahirkan ank yg bongsu.. Mungkin jg mil sy mghidap diabetes sbb keturunan kerana adk brdik mil kbnyakan hidap diabetes.. Tp mil bkn stkt diabetes je, jantung, darah tinggi, batu krang dlm hmpedu jg mil ada.. Harap ada rezeki sy utk hadiahkan vivix pd mil..

    TIPS DAN PETUA PENJAGAAN MATA SERTA GIGI

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah... tu memang kena jaga betul betul tuuu

      Delete
  11. Ayah saya sekarang memang ada kencing manis tapi masih boleh di kawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti dia komited kan jaga paras gula dia..

      Delete
  12. Diabetis tak boleh nak biar..sebelum terlambat..baik cegah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. absolutely right..takde cara nak rawat diabetes melainkan kita cegah dari awal

      Delete
  13. Diabetes ni penyakit membunuh sbenarnya.. Kalau tak Cegah dan tak kawal, Mmg teruk.. Mcm arwah abah Sy.. Boleh baca kisahnya di blog Sy.. Mmg teruk djangkiti dgn penyakit berangkai yang lain.. Kind, dgn teknologi moden, ambil vivix dah.boleh membantu anda sbenarnya..
    Cegah Pelbagai Penyakit Dengan Hanya 1 Botol Penawar

    ReplyDelete
  14. Cegah penyakit diabetis sebelum menjadi parah,mencegah lebih baik daripada merawat, Vivix penawar terbaik untuk diabetis

    ReplyDelete
  15. Peningkatan pesakit diabetis bakal meningkat.jadi lebih baik mecegah daripada sekarang sebelum parah vivix membantu menurunkan paras gula .jom ber vivix.

    ReplyDelete
  16. Berita kul 8mlm tadi britahu bahawa 1/2 penduduk tidak menyedari yang mereka menghidap diabetes. Remaja berumur 18 ke 30 tahun sebanyak 15% mengidap diabetes. Dijangkakan menjelang tahun 2020 angka ini akan meningkat 2kali ganda. Langkah awal adalah pencegahan..

    ReplyDelete
  17. Mak saya ambil set ini.. Alhamdulillah.. sekarang paras gula dah normal..

    Jemput baca: Makanan yang menurunkan kandungan gula di dalam darah

    ReplyDelete
  18. mencegah lebih baik dari merawat kan..jangan ambil mudah dengan diabetis

    diabetis jangan sampai potong kaki>>http://cahayaummurizqi.blogspot.com/search/label/DIABETIS

    ReplyDelete
  19. Penerangan yang sangat jelas dengan bantuan rajah. Terima kasih

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::