BILA GASTRIK MENYERANG : PENYEBAB, TANDA DAN CARA MENGELAKKAN GASTRIK

11:14 PM


Anda penggemar makanan pedas seperti sambal cili padi supaya baru la rasa 'kick' ? Makanan berlemak seperti ayam masak lemak? Makanan berasid seperti jeruk? Makanan berangin seperti kentang goreng? Penggemar tegar kopi sampaikan minum lebih 3x sehari? Sukakan teh sambil hirup udara nyaman di petang dan malam hari? Menonton TV sambil minum air gas serta jajan? Wooww...

Selain dari perubahan diet, masalah obesiti dan tekanan dari persekitaran, dengan pengamalan makanan seperti itu akan mendedahkan kita kepada GASTRIK.


Ihsan dari pak Google


Ihsan dari Pak Google


Gastritis atau penyakit gastrik yang dikenali umum adalah satu penyakit yang dikaitkan dengan pedih atau sakit di bahagian perut atau ulu hati . Penyakit gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut. Penyakit ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori, alergi, merokok atau ubat-ubatan (contohnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid). (http://www.mmgazette.com/)



PENYEBAB GASTRIK

Sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencerna makanan. Sel perut pula menghasilkan lapisan mukosa yang dianggap sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik kerana asid ni bersifat agak kuat didalam perut.


Ihsan dari Pak google



Jadi, pengeluaran Asid Hidroklorik ni akan terjadi apabila kita makan sebab masa inilah Asid Hidroklorik menjalankan fungsinya untuk mencernakan makanan.

Penyakit gastrik pula terjadi apabila perut kita tidak mempunyai keseimbangan antara kuantiti pengeluaran Asid Hidroklorik yang banyak dengan kekuatan lapisan pertahanan yang lemah. 


Ihsan dari Pak Google



Apabila lapisan pertahanan mulai lemah, kita akan mudah diserang ulser perut disebabkan Asid Hidroklorik telah sampai ke dalam sel perut hingga menyebabkan keradangan.



TANDA-TANDA GASTRIK


Ihsan dari pak Google

  • Sakit bahagian ulu hati
  • Loya dan muntah
  • Kembung perut
  • Muntah darah
  • Najis berwarna gelap
  • Sendawa yang kerap
  • Pening kepala/pitam
  • Perut rasa sebu

PUNCA GASTRIK


  • Makan berlebihan dalam satu satu masa
Ihsan dari Pak Google

  • Pengambilan makanan berlemak, pedas, berkafein dan bergas secara tidak terkawal
Ihsan dari Pak Google

Ihsan dari Pak Google

Ihsan dari Pak Google

  • Waktu makan yang tidak teratur
  • Perokok atau perokok pasif
Ihsan dari Pak Google

  • Tekanan

Ihsan dari Pak Google


  • Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
  • Pengambilan alkohol

TIPS MENGATASI GASTRIK

Elakkan :

Ihsan dari Pak Google

  • makanan bergoreng,pedas, masam, makanan didalam tin, makanan berasid tinggi seperti buah oren, minuman tinggi kafein seperti kopi dan teh, minuman bikarbonat,
  • aktiviti merokok
  • berbaring atau bersandar selepas makan
  • tidur selepas makan

Amalkan:

  • Pengambilan buah kurma secara konsisten (antioksidan)
Ihsan dari Pak Google
  • Banyakkan minum air masak sebelum makan
  • Minum susu untuk mengurangkan keasidan perut dan air buah yang tidak berasid seperti pisang
Ihsan dari Pak Google

  • Amalkan pemakanan sihat mengikut piramid makanan
  • makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
  • mengelakkan pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen
  • mengurangkan aktiviti merokok 
  • Elakkan pengambilan alkohol
  • Banyakkan makanan karbohidrat kompleks seperti beras perang, kekacang badam, oat
  • Makan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng.

RAWAT GASTRIK DENGAN DOA


Ihsan dari Pak Google

Untuk yang beragama Islam, kita boleh mempraktikkan ayat-ayat Quran untuk brusaha mengurangkan kesakitan gastrik atau penyakit lain. Dengan izin Allah, kita usaha dan tawakal. ( http://www.alhidayah-medic.com/)

  • Surah Al-Buruuj - ayat 1-22 ( 3x waktu malam)
  • Surah Ghafir - ayat 41-55 (3x waktu siang)

SUPPLEMENT UNTUK MEMBANTU MENGURANGKAN GASTRIK




PEPPERMINT GINGER PLUS :
  • memberi rasa nyaman dan kelegaan kepada perut, menghilangkan rasa loya serta sendawa akibat perut berangin
  • Boleh dilarutkan didalam air sebagai minuman herba

  • membantu meneutralkan asid di dalam perut
  • Susu atau kalsium bersifat alkali dan sangat bagus untuk meneutralkan asid dalam perut

  • Kaya dengan protein untuk membina sel sel baru yang rosak akibat keradangan dalam perut
  • Bersifat alkali dan mampu meneutralkan keasidan di dalam perut
  • memberi rasa kenyang yang lama dan tenaga


Jangan kita pandang remeh je isu gastrik ni. Jika kita biarkan ia tanpa rawatan khusus, kita boleh diserang gastrik yang lebih kronik seperti ulser peptik dan kanser perut. Jadi, kita kena berjaga - jaga supaya tiada pendarahan kronik didalam perut.

Dan jangan lupa, jumpa doktor untuk rawatan susulan.


Sumber :
http://www.mmgazette.com/
http://www.alhidayah-medic.com/
http://pmr.penerangan.gov.my/
http://www.utusan.com.my/
http://drzubaidi.com/
http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/gastrik





Whatsapp 014-6342040


You Might Also Like

3 Pengomen

  1. Saya tengah gastrik ni semalam kena. Huhu sapa suruh makan pedas. Padan muka.hahahah.

    Jempit ke blog saya dhuharashidi.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Saya tengah gastrik ni semalam kena. Huhu sapa suruh makan pedas. Padan muka.hahahah.

    Jempit ke blog saya dhuharashidi.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Terima kasih info di sini.. Sy cari info sebab nak bantu sorang kawan ni. Gastrik sampai muntah-muntah..kesian dia.

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::