CARA CEPATKAN METABOLISME BADAN UNTUK KURUS

9:00 PM


Kadar metabolisme badan bergantung kepada beberapa faktor..Bukan semua orang sama kan.Ada yang cepat dan ada yang lambat. Sesiapa yang ada metabolisme tinggi memang sangat beruntung, susah nak naik berat badan. Tapi kalo tak jaga makan pun, bole jugak naik, atau kadar kolestrol dalam badan meningkat.

Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh kita sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila bersenam, malah semasa tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh kita. (Kevin Zahri)


Macam Pakcik sya memang kurus orangnya, kuat makan pulak tu tapi badan still tak naik naik. Tapi setelah sekian lama, entah sebab apa dia pi check tahap kesihatan kat doktor, mungkin check jantung kot, tup tup doktor sahkan dia ada tahap kolestrol yang tinggi dalam badan.Bukan tu je, masalah jantung dia pun agak serius. Mak sya pun ada kolestrol tinggi dan kene buat check up ikot temujanji. Temujanji yang kedua doktor sahkan kolestrol dia berada di tahap yang baik dan yang lain2 pun okey. hahaha ini kesan dari makan OMEGA GUARD la ni.Insyallah usaha kan.

Secara umumnya, lelaki lebih mudah untuk bakar kalori berbanding wanita berdasar otot mereka yang lebih besar. Dan golongan muda lebih mudah membakar kalori berbanding yang tua.



Nak tau cara cepatkan metabolisme badan?


CARA CEPATKAN METABOLISME BADAN



Dari Pak Google





BINA OTOT




Dari Pak Google

Tubuh badan kita sentiasa membakar kalori walaupun mungkin masa tu kita tengah berehat. Kadar metabolisme menjadi lebih tinggi bila kita ada otot yang lebih besar. Bila kita buat aktiviti angkat berat, otot akan bekerja lebih keras dan akan menambah kadar metabolisme ketika kita sedang bersantai. Yang ni merupakan salah satu cara berkesan utnuk cepatkan metabolisme badan. Hal ini kerana 1 paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala 1 paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori (credit Kevin Zahri).. Ala senang citer angkat je pemberat yang ringan ringan kan.



BANYAKKAN MINUM AIR





Ihsan dari Pak Google

Badan kita perlukan air untuk memproses kalori. Jika kita mengalami dehidrasi, efeknya metabolisme kita akan menjadi semakinn perlahan. Semakin banyak kita minum air suam, semakin cepat kita dapat membakar kalori dan lagi mudah untuk kita cepatkan metabolisme badan tu efektif. At least 8 gelas dalam sehari atau 2 liter atau lebih.



MAKAN DENGAN KERAP TAPI BUKAN BANYAK



Makan dengan lebih kerap mampu meningkatkan dan mempercepatkan kadar metabolisme badan. Pastikan kita ambil dalam kuantiti yang minumum jek. Sebaiknya dalam 4 jam sekali kita makan tapi pastikan snek yang berfiber dan protein.




MAKANAN PEDAS!




Ihsan dari pak Google


Makanan pedas dan bercili mempunyai bahan kimia yang mampu kasi 'kick' metabolisme pada kadar yang lebih tinggi.Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas kita makan (credit to Kevin Zahri)



BANYAKKAN PROTEIN




Ihsan dari Pak Google

Badan kita memerlukan lebih banyak kalori untuk menghadam makanan yang bersumberkan protein berbanding lemak dan karbohidrat. Protein memerlukan dalam 25% tenaga berbanding lemak untuk dihadam.



MINUM KOPI HITAM





Ihsan dari Pak Google

Sekiranya korang jenis suka minum kopi  setiap hari, mungkin korang akan rasa lebih bertenagan dan daya tumpuan pun mungkin bertambahespecially waktu pagi. Tapi, kalo kita minum secara sederhana , ia mampu meningkatkan kadar metabolisme.. jangan kerap sangat dalam sehari ye minum kopi.



MINUM TEH HIJAU





Ihsan dari Pak Google

Bila kita minum 2-4 cawah teh hijau dalam sehari, kita dapat membakar kalori sebanyak 17% lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Tapi pastikan teh hijau tu kurang gula ataupun 0 gula. Lagi satu, teh hijau mengandungi polifenol yang mampu meningkatkan kadar metabolisme badan.


ELAK DIET YANG MELAMPAU  






Ihsan dari Pak Google

Diet yang macam ini hanya melibatkan diet yang hanya mengambil kurang dari 1000 kalori. Walaupun ia mampu mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat, tapi bole mengakibatkan metabolisme menjadi perlahan. Kes macam ni jugak bole buatkan sebahagian dari berat otot makin berkurang.



TIDUR YANG CUKUP




Ihsan dari Pak Google

Menurut Kevin Zahri dalam  blognya, tidur sekurang-kurangnya 7 atau 8 jam sehari setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme badan yang sihat. Kekurangan tido bole menggangu kemmapuan tubuh untuk membakar kalori dengan cepat. Yang pastinya, tidur dengan waktu yang konsisten dan bangun pun pada waktu yang konsisten setiap hari.




JANGAN STRESS! (KEvin Zahri)


Ihsan dari Pak Google

Stress mampu meningkatkan jumlah kartisol atau hormon yang memberitahu badan 
untuk menyimpan lemak sebagai persediaan dalam situasi yang stress. Aktiviti senaman
ringkas adalah contoh terbaik untuk mengurangkan tekanan yang kita alami.


CAHAYA MATAHARI (Kevin Zahri)



Ihsan dari Pak Google

Cahaya matahari baik untuk kesihatan dan metabolisme kita. Kajian menunjukkan 
bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap 
mempunyai kesan fisiologi yang sama maca kita tidur atau tambahkan berat 
badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. 
Rest kejap dari kerja pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan kat luar. Selain 
daripada mendapatkan sedikit sinar matahari kita juga akan menaikkan kadar jantung 
dan dapat menghirup udara yang segar.


SUPPLEMEN KALSIUM



Menurut Kevin Zahri, ada kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium dalam badan bole mencetuskan hormon yang menyebabkan badan kita bergantung pada lemak yang sebenarnya bole dibakar. Kita juga bole mendapat sumber kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon,taufu dan oat.


VITAMIN C UNTUK CERGAS




Vitamin C untuk kulit, imunisasi badan, dan banyak lagi



Dari Laman web Kevin Zahri, beliau menyatakan bahawa Suplemen Vitamin C  atau Sumber Yang Mengandungi Vitamin Cjuga penting untuk badan kita. Vitamin C dan Kalsium merupakan kombinasi yang baik dalam meningkatkan metabolisme badan. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala Vitamin C membantu tubuh untuk menyerap mineral tersebut.

Selain tu, jangan lupa pemakanan juga kita kene jaga. Ada orang yang main belasah je makan Abesla kan berat pun naik. Itu juga yang bole menyebabkan Diet KITA Hancur kebaboommm huhu...





Sumber : Eternity & Kevin Zahri

-

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::