TIPS MERAWAT SERANGAN ASMA ATAU LELAH SUPAYA ISTERI TAK TAKUT BILA DENGAR NAFAS SUAMI JADI PENDEK

4:21 PM


Sesak nafas semasa serangan asma terjadi memang boleh merisaukan sesiapa je.Jika tidak mendapat rawatan yang secepat mungkin atau kurang cekap mengawal serangan asma, kematian akan menjadi satu subjek utama pada penghidap asma.

Asma ni merupakan satu penyakit kronik yang melibatkan saluran udara di dalam peparu. Saluran udara atau tiub bronkial ini membenarkan udara masuk dan keluar dari peparu.
Jika penghidap asma terdedah kepada keradangan melalui udara, habuk dan sebagainya, dinding saluran udara pada peparu mereka akan menjadi semakin tebal dan sempit.

credit : Google
JAdi, bagaimana udara nak masuk dan keluar dengan baik, kan? Itu yang membuatkan penghidap asma sukar untuk bernafas.

Disebabkan itulah penghidap asma akan mengalami pelbagai gejala seperti ada bunyi berdehit semasa bernafas, batuk, sesak nafas atau sesak dada akibat penyempitan saluran udara tersebut.

APA YANG MENYEBABKAN SERANGAN ASMA TERJADI?
 
Sebenarnya serangan asma ni boleh terjadi jika peghidap asma terdedah kepada sebarang pencetus asma. Pencetus asma ni berbeza tau bagi setiap individu. Pencetus asma ni kita boleh kaitkan dengan alergik. Apa yang membuatkan penhidap asma ni alergik?

Bagi kes seperti ni, penghidap asma kena tahu apa pencetus asma mereka dan dari situlah mereka kena tahu cara untuk mengelakkan serangan asma ni. Antara pencetus asma yang mungkin dihadapi adalah :



  • Asap rokok yang mengganggu pernafasan penghidap asma. Ni termasuk pencemaran udara, bau asap yang kuat
  • Ada penghidap asma mengalami gejala asma ketika bersenam ( bronchoconstriction atau EIB)
  • Ada ubat ubatan yang memburukkan lagi gejala asma contohnya seperti aspirin, ibuprofen, dan beta-blockers yang digunakan untuk merawat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, migrain atau glaukoma.
  • Perubahan emosi dan stress mencetuskan serangan asma jika tak dikawal dengan baik
  • Jangkitan bakteria dan viral seperti resdung dan sinus. 
  • Pendedahan kepada persekitaran yang sejuk, dan perubahan cuaca
  • Mengalami gastrik atau pedih ulu hati 
  • Genetik
  • Alergik dengan bulu haiwan

KALAU SERANGAN ASMA TERJADI, APA SAYA NAK BUAT?

Menerusi MyHealth, antara tindakan yang boleh penghidap asma atau orang terdekat boleh lakukan adalah :


  • Ikut panduan pelan tindakan asma yang diberi. (refer pada doktor)
  • Dudukkan anak secara menegak dan tenangkannya.
  • Minta bantuan segera daripada orang sekeliling anda (4-6 puffs).
  • Untuk serangan yang tidak teruk, beri anak ubat pelega 4 hingga 6 jam sekali atau bergantung kepada gejalanya.
  • Sekiranya anak anda perlu ubat pelega lebih kerap dan kurang dari 4 jam, bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera.
  • Teruskan pemberian ubat pencegah seperti yang telah disarankan.

CARA MERAWAT ASMA SUPAYA SEMBUH DARI ASMA SEUMUR HIDUP

Penghidap asma memang tak boleh sembuh sepenuhnya dari serangan asma ni 100%.
  Walaupun begitu, pengurusan untuk mengawal asma ni boleh dilakukan supaya keradangan tidak berlaku dengan kerap.

Penghidap asma tetap kena mengambil ubat ubatan untuk meringankan gejala asma mahupun mengambil ubat pelega atas saranan doktor yang merawat. 

Selain itu, penghidap asma memang kena kawal asma dari awal lagi supaya tidak menghadapi sebarang simptom asma. Sekiranya penghidap asma mengalami keradangan, rawatan yang pantas dengan teknik menggunakan ubat sedutan yang betul sangat penitng.

Berbanding ubat ubatan, ubat sedutan sangat berkesan untuk mengurangkan gejala asma kerana  ia akan memasuki saluran udara dalam peparu dan melegakankeradangan dengan cepat.

Walaupun ubat ubatan sangat penting untuk meringankan gejala asma, penghidap asma sangat digalakkan untuk mengawal serangan asma dengan menjauhi segala punca yang mencetuskan asma kepada mereka.

Bila serangan asma semakin berkurang,  penghidap asma akan dapat mengelakkan diri dari terjaga tengah malam akibat simptom asma, mampu bersukan, dapat mengurangkan penggunaan ubat ubatan termasuklah ubat sedutan.

IKHTIAR DENGAN SET ASMA SHAKLEE, AKHIRNYA DIA DAH JARANG PERGI KE HOSPITAL...


Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.



credit :Supermom Shaklee Story
'Berkahwin dengan seorang penghidap asma tegar, membuatkan saya tidak senang duduk apabila suami saya diserang asma. Sejak awal perkahwinan kami, saya agak takut setiap kali asmanya menyerang. Suami saya tak boleh mengalami perubahan cuaca yang terlalu drastik (dari sejuk ke panas dan sebaliknya), berurusan dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu serta tidur dalam penghawa dingin terlalu lama. Kadang-kadang kalau silap makan pun, lelahnya boleh menyerang.

Lelahnya sering menyerang ketika waktu malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi, nafas suami saya berbunyi. Memang sangat menakutkan. Dia saya perhatikan sangat susah untuk bernafas. Dan setiap nafas yang disedut, sangat pendek. Dan di tengah malam tu juga, saya terpaksa drive ke hospital untuk dapatkan rawatan. Walaupun suami saya dibekalkan inhaler oleh doktor, namun ada kalanya lepas 3 kali pam inhaler pun tetap tak berkurang.

Hampir setahun dua juga saya berulang alik ke hospital membawa suami saya untuk ambil nebulizer. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kami perlu ke hospital. Malah lelahnya semakin hari makin teruk dan kerap. Tiada sebarang perubahan. Malah, kalau kami tak ke hospital, suami saya langsung tak boleh baring sebab terlalu sukar nak bernafas.

Isteri mana yang tak sayangkan suami sendiri kan? Dalam keadaan yang cukup merisaukan, saya tergerak hati untuk cuba berikan Shaklee kepada suami saya. Saya mula buat beberapa bacaan dan akhirnya saya memilih untuk konsisten dengan Vivix, Vitamin C, Omega Guard & Coq Health.

Setelah hampir 3 ke 5 bulan konsisten, saya mula perasan yang suami saya dah jarang pergi hospital untuk neb. Kalau tak dulu, dalam sebulan mesti kena ke hospital. Semakin lama suami saya konsisten, saya perhatikan hospital bukan lagi tempat lawatan kami.. Malah, bila lelah mula datang, dia hanya pam sekali dengan inhaler. Dan lelahnya berkurangan.

Saya sangat teruja.. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan peluang kepada kami untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat. Kini, saya lebih gembira bila suami saya dah jarang diserang asma. Saya juga tidak risau seperti dulu, bila suami saya lelah sampai susah nak bernafas. Dan kini, rasanya dalam setahun, baru sekali dua je suami saya perlu ke hospital untuk neb.

Walaupun saya tahu, penyakit asma tidak boleh diubati, tetapi sekurang-kurangnya suami saya semakin sihat dan asmanya datang sekali sekali dan tidak teruk seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah. Penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas telah mendapat kesihatan yang lebih baik sekarang.

Sekarang, saya konsisten berikan Omega Guard kepada anak-anak saya. Itulah salah satu usaha yang saya lakukan untuk mereka.. Semoga anak-anak saya bebas daripada asma. InsyaAllah..

Terima Kasih Shaklee.. Kami sayang Shaklee..'


www.bysyiraishak.blogspot.com


Kesimpulannya, pengetahuan dan pendidikan mengenai asma adalah sangat penting untuk mengurangkan dan mengawal segala simptom  asma yang menyusahkan tu. Selain itu, penghidap asma dinasihatkan  untuk mendapat nasihat doktor mengenai ubat yang patut diambil. So, dari sinilah penghidap asma dapat bertindak dengan pantas jika tiba tiba terkena serangan asma.



Kurangkan juga simptom asma dengan Set Asma Shaklee tau!





-----------------------------------------------------------------------------

Pertanyaan & konsultasi, boleh whatsapp ke :

www.bysyiraishak.blogspot.com






Sumber/Rujukan:
https://www.aaaai.org/conditions-and-treatments/asthma
http://www.sinarharian.com.my/rencana/abai-rawatan-maut-menanti-pesakit-asma-1.205473
http://www.myhealth.gov.my/cara-merawat-serangan-asma/
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/465-asma.html
http://www.nationalasthma.org.au/understanding-asthma/what-is-asthma-


 

You Might Also Like

2 Pengomen

  1. Kalau musim hujan memang teruk asthma ni menyerang. Nasib baik ada vitamin shaklee yang membantu.

    ReplyDelete
  2. Sy ada asma bila bersukan atau buat apa2 yg libatkan aktiviti fizikal

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::