SIHAT TANPA UBAT SEMASA MIGRAIN. SAMPAI BILA NAK BERGANTUNG PADA UBAT?

8:30 AM


Migrain merupakan sejenis sakit kepala yang sering terjadi di kawasan tertentu bahagian kepala dan kadang-kadang agak sensitif pada cahaya dan bunyi. Antara gejala migrain yang biasa termasuklah rasa loya dan muntah-muntah. 


'Pakar mendapati migrain, yang menjejaskan 10 hingga 15 peratus penduduk dunia, meningkatkan risiko luka otak, kecacatan jirim putih dan perubahan isi padu otak berbanding mereka yang tiada penyakit itu.Keputusan menunjukkan migrain dengan simptom meningkatkan risiko luka otak jirim putih dengan 68 peratus dan migrain tanpa tanda awal meningkatkan risiko kepada 34 peratus, berbanding mereka tanpa migrain.' (sumber)

Betapa bahayanya migrain kepada otak kita berdasarkan kajian terbaru tersebut.


KENAPA MIGRAIN TERJADI?




Terdapat beberapa pencetus kepada migrain, antaranya :


  • Perubahan hormon estrogen
Perubahan pada hormon estrogen mampu mencetuskan sakit kepala pada ramai wanita terutamanya pada sebelum dan selepas kedatangan haid, ketika hamil dan menopos.

  • Makanan dan minuman
Kandungan yang terdapat dalam makanan dan minuman juga boleh menjadi pencetus kepada migrain. Minuman berkafein dan beralkohol, dan bahan yang mengandungi MSG atau bahan pengawet boleh menyebabkan kita mengalami migrain.

  • Keletihan
Sebarang aktiviti fizikal yang berat termasuk hubungan seksual juga mampu mencetuskan migrain


  • Pola tidur yang tak menentu
Tidak mendapat tidur yang mencukupi mahupun terlebih tidur mampu menyebabkan migrain.


  • Perubahan cuaca
  • Stimulasi anggota tubuh
Cahaya yang terlalu terang, bunyi yang kuat atau bau yang menyengat mampu mempengaruhi sakit kepala yang teruk.

  • Ubat-ubatan termasuk rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • Psikologi : Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. 


CARA MENCEGAH DAN MENGURANGKAN MIGRAIN

  • Mendapat tidur yang cukup
  • Mengurangkan tekanan
  • Minum air yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  • Mengelakkan makanan tertentu yang merupakan pencetus migrain
  • Melakukan senaman fizikal secara konsisten
  • Mandi air suam
  • Tuam kawasan migrain dengan membungkus ais di dalam kain


          PERLU KE UBAT UNTUK MENGURANGKAN MIGRAIN????




          Apa kata kita elakkan dari mengambil sebarang ubat untuk mengurangkan migrain sempena #sihattanpaubat! Sampai bila kita nak bergantung pada ubat sintetik jika kerapkali migrain datang? Pengambilan ubat dengan dos yang ditetapkan sahaja dibenarkan untuk kita ambil semasa migrain. Khidmat nasihat doktor sangat digalakkkan.

          Selain dari mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang mampu mengurangkan migrain, cubalah cara kontemporari dengan Shaklee...Ia lebih semulajadi, selamat dan mampu mengurangkan kesakitan migrain yang kita alami.

          Sampai bila nak bergantung pada ubat?

          Menurut satu artikel oleh Dr Mark Green, Pergarah dari  Mount Sinai Center for Headache & Pain Medicine in New York (Februari 2011) , beliau menyatakan bahawa migrain berkemungkinan tercetus akibat genetik atau keturunan. Pelbagai pencetus dan sebab-sebab migrain telah dikemukakan termasuk  kekurangan vitamin dan  mineral,kekurangan zat makanan, sensitiviti makanan, rangsangan luaran, tekanan dan perubahan hormon.


          Migrain Dan Magnesium

          Kajian menunjukkan bahawa pesakit migrain mempunyai tahap magnesium yang rendah. Beberapa kajian menunjukkan bahawa 200-600 miligram (mg) magnesium setiap hari boleh mengurangkan peratusan terkena serangan migrain (PPUM, 2011).

          Magnesium dianggap mempengaruhi perubahan dalam saluran darah di dalam otak. Supplement magnesium sememangnya elok untuk mencegah migrain. Dan ia juga membantu mengelakkan migrain semasa kedatangan haid. (sumber)


          Migrain Dan Kalsium


          Magnesium dan kalsium berinteraksi antara satu sama lain. Jika kita kekurangan kalsium, pastikan juga kita tak terlupa nak mengambil sejumlah magnesium yang mencukupi.

          Kadangkala kita anggap Magnesium dalam badan kita cukup untuk mengelakkan serangan migrain tetapi kita terlupa bahawa kekurangan kalsium juga mempengaruhi gejala migrain.


          Migrain Dan Vitamin D

          Vitamin D mempunyai sifat-sifat anti-radang dan analgesik. Kekurangan Vitamin D mungkin menyumbang kepada serangan migrain( Dr Steve D. Wheeler,2006  American Headache Society). 


          Migrain Dan B Complex

          Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B memastikan kita dapat mengurangkan risiko diserang migrain dan juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

          Selain itu, Asid folik dan B12 dikaitkan dengan sakit kepala dan migrain. Kekurangan asid folik dan B12 menyebabkan anemia dan mampu mencetuskan migrain akibat keletihan, mood swing dan kehilangan memori. 


          Walaupun mungkin kita dah terbiasa makan ubat semasa migrain, korang boleh cuba untuk kurangkan kekerapan pengambilan ubat semasa sakit. Efek jangka panjang pengambilan ubat akan mengganggu kesihatan kita jika tidak diambil dengan bijak.

          Jika ada cara alternatif, mungkin dah boleh beralih sihat tanpa ubat!



                                       


          You Might Also Like

          18 Pengomen

          1. Jangan terlalu bergantung dengan ubat sintetik sebab ia memudaratkan untuk jangka masa panjang.amalkan supplement berasaskan semulajadi Shaklee yang memberi manfaat kepada tubuh.amalkan juga gaya hidup sihat

            Tips bayi selesa guna car seat

            ReplyDelete
          2. Sebelum ni mmg bergantung pada ubt tp sekarang tidak lagi sebab saya amalkan suplemen shaklee

            laksam kelantan yang lazat

            ReplyDelete
          3. Sejak amalkan Shaklee, byk masalah kesihatan sebelum ni dah tak perlu bergantung sepenuhnya dgn ubat

            ReplyDelete
          4. Ubat mempunyai kesan sampingan jangka panjang.Tetapi suplement adalah makanan tambahan bagi membekalkan segala zat yang badan kita perlukan.

            ReplyDelete
          5. syukur sangat sebab tak pernah diserang migrain, bagi yang ada masalah migrain tu bolehlah cuba set migrain shaklee insyaallah boleh membantu.

            kelebihan kacang soya

            ReplyDelete
          6. Dulu tiap kali mivrain saya akan telan panadol..sekarang setelah mengamalkan pengambilan produk shaklee, migrain hilang dan tiada lagi menggangu saya.

            Karnival Upin ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah

            ReplyDelete
          7. Ubat tahan sakit memang cepat hilangkan migrain tapi AWAS ia akan efek buah pinggang anda. Baiklah cegah sebelum merawat.

            ReplyDelete
          8. Kalau terlalu bergantung sangat memang akan memberi kesan. Kenapa perlu yg sintetik sedangkan kita punya pilihan lain. Cegah sebelum melarat. Well, pilihan semuanya di tangan kita.

            JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

            ReplyDelete
          9. Ubat Mmg Akan Berikan kesan jangka masa Panjang.. Mmg Akan Terjadi..tak nak la kan.. Bila tua2, masuk hospital.. Walaupun dah berumur.. Nak yg cergas dan sihat.. Bermula lah amik vitamin Dr skrg.. Secara tak lgsung.. Ia akan hlgkan penyakit lain seperti migraine dan sebagainya..
            Tips Atasi Kulit Kering

            ReplyDelete
          10. Kerap juga migrain dulu...tapi memang jenis tak telan ubat..rasa nak hantuk je kepala kat dinding. Tapi bila dah kenal shaklee, secara tidak langsung migrain juga hilang

            ReplyDelete
          11. syukur...xde mslh migrain.tpi ex-boss kt tmpt kje dulu.kalau kena migrain blh smpai pengsan.

            Karnival Upin & Ipin 2014,PICC Putrajaya

            ReplyDelete
          12. bagi yang ada masalah migrain mari atasinya sekarang

            ReplyDelete
          13. Set ni memang berkesan untuk atasi migrain. Kawan lama yang migrain sejak 10 tahun lalu dah makin kurang kena serangan walaupun baru sebulan amalkan set ini.
            Baca Tentang Set Berpantang Terbaik

            ReplyDelete
          14. Selalu dengar kawan2 kena migrain ni. kesian sangat... harap mereka ok lepas amalkan vitamin shaklee ni...

            Segmen Blogwalking Sampai Penat!

            ReplyDelete
          15. Cubalah amalkan cadangan vitamin ni bagi mereka yang mempunyai migrain.

            Idam IPad Air 2

            ReplyDelete
          16. Sekarang saya dah simpan stok paracetamol.. ostematrix sentiasa menjadi teman.. bye2 ubat..

            ReplyDelete
          17. Suffering from a long term disease and can't find a real solution for the disease by using pills or medicines just try some Home Remedies for that disease. Home remedies are the best way to get rid of any disease. Because home remedies have no side effects and you can take them regularly and treat the disease permanently.

            ReplyDelete

          Assalammualaikum / Hai...

          Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

          Terima Kasih.

          Not A StoryTeller

          Not A StoryTeller

          FOLLOW US

          :: GENG GOOGLE ::