KASUT TUMIT TINGGI BAHAYA PADA KESIHATAN?

8:30 AM


Semua wanita nak kelihatan cantik dan berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang lain.


Ihsan dari Pak Google

Ihsan dari Pak Google

Penampilan yang menarik, solekan yang cantik, beg tangan yang wooww, tutur bicara yang sopan serta memakai kasut tumit tinggi lambang wanita berkeyakinan. Betul ke?

Ihsan dari Pak Google

Mungkin ada yang berpendapat begitu dan ada juga sebaliknya.

Berapa pasang kasut tinggi yang ada di rumah korang? Korang obses dengan kasut tumit tinggi? Sanggup berbelanja banyak untuk membeli kasut tumit tinggi idaman?



Ihsan dari Pak Google

Rasa tinggi dengannya? Rasa fefeeling seksi bila pakai kasut tinggi? Betul kan?

Tapi, tahukah korang ada kesan negatif pada kesihatan kita?



KESAN KASUT TUMIT TINGGI PADA KESIHATAN



Mengikut kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor di Houston iaitu Profesor Madya Dr John Marymont, beliau mengatakan seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci akan memberi 50 peratus manakala kasut bertumit tiga inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.


Ihsan dari Pak  Google

Hal ini disokong oleh Perunding Ortopedik Hospital Pantai Cheras iaitu Dr Khairul Faizi Mohammad, yang mengatakan  wanita sebaiknya digalakkan memakai kasut bertapak rata (flat) berbanding memakai kasut bertumit tinggi.

“Jika wanita mahu juga memakai kasut tumit tinggi, dinasihatkan tidak lebih daripada dua sentimeter atau kurang. Pemakaian kasut tumit tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang dan lutut menjadi bengkok."


(Credit)



Selain itu, kita juga akan mengalami pergelangan kaki terseliuh akibat susah nak mengimbang badan. Pernah tak korang hadapi situasi ni?

Apabila kita berterusan memakai kasut tinggi, ia akan meningkatkan risiko radang pada ibu jari, tulang tapak kaki rosak serta boleh menyebabkan kaki merosot di bahagian depan kasut akibat beban pada ibu jari kaki.

Kesan lain :


Ihsan dari Pak Google


Ihsan dari Pak Goole


  • Berkasut tumit tinggi dalam tempoh lama akan menyebabkan tendon achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
  • Boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.
  • Boleh mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoporosis.
  • Pemakaian yang lama akan menyebabkan kencing tak lawas, masalah sakit belakang dan sakit tulang punggung.
  • Kejadian Neuroma di mana kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tinggi yang runcing dan sempit di bahagian depan. Hal ini akan menekan saraf dan tisu hingga menyebabkan kesakitan.Perlukan pembedahan untuk pulihkannya
  • Peredaran darah terganggu. Hal ni terjadi apabila kaki dipaksa masuk ke dalam kasut yang sempit hingga menyukarkan pengaliran darah pada kaki
  • Menyukarkan keseimbangan badan hingga menyebabkan buku lali mudah terseliuh
  • Jari kaki bengkok akibat tekanan di bahagian depan akibat jari kaki bengkak
  • Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan
  • Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.
  • Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.

Sape kata tak boleh pakai high heels? Tapi, pastikan mengikut cara yang betul.. Apa cara pakai kasut tumit tinggi tanpa rasa sakit?




You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::