CARA MUDAH HILANGKAN JERAGAT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

12:35 PM


Perasan tak di muka orang sekeliling kita ada satu tompokan coklat?

Jangan pelik kalau orang yang kita kenal tu masih muda dan belum ada anak lagi!

Sebenarnya masalah jeragat ni boleh muncul dalam kalangan wanita berumur 20 tahun hingga 50 tahun.

 Jeragat atau melasma merupakan salah satu masalah kulit yang sukar untuk dirawat serta merta melainkan dengan cara tertentu.

Biasanya jeragat ni muncul di bahagian pipi,atas bibir, dahi ataupun dagu. Adakalanya jeragat muncul di bahagian bawah lengan tauu.. hati hati!

Masalah jeragat yang sukar dihilangkan sebenarnya disebabkan oleh lelehan pigmen akibat kerosakan sel melano atau melanocytes yang berada di bawah permukaan kulit. 

Apabila sinaran UV dan bahan kimia semulajadi dalam kulit merangsang melanin di dalam sel melano, pigmen akan mulai menjadi gelap dan menghasilkan tompok.


www.bysyiraishak.blogspot.com




PUNCA JERAGAT MUNCUL BERTOMPOK DI MUKA DAN BADAN


Ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah jeragat ini terjadi . Antaranya :


  • Penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai
  • Penggunaan alat kosmetik yang mempunyai bahan kimia atau berkualiti rendah
  • Pendedahan kepada sinaran matahari yang lama 
  • Perubahan hormon ketika mengandung
  • Pengambilan ubat perancang keluarga
  • Genetik ( ada ahli keluarga yang menghadapi masalah jeragat)
  • Pengambilan ubat ubatan dalam merawat penyakit tertentu contohnya ovarian cyst ataupun masalah tiroid.


TIPS ATASI JERAGAT DENGAN CEPAT



Saya pernah terbaca satu ruangan yang dijawab oleh seorang Profesor dalam bidang sains dan teknologi, beliau menyatakan bahawa masalah jeragat ni hanya boleh dikurangkan atau dipudarkan sahaja dan sukar untuk menghilangkannya 100%. 

Masalah jeragat boleh dipudarkan dengan penggunaan krim pencerahan yang mengandungi Vitamin C, Berries, licorise dan ekstrak buah buahan. Sekiranya anda nak kesan yang lebih cepat, rawatan laser adalah salah satu cara untuk memudarkan jeragat dengan berkesan.

AKan tetapi, rawatan laser atau penggelupas kulit ni memerlukan nasihat dari pakar kulit. Sekiranya anda kurang rapi menjaga kesihatan kulit selepas rawatan laser tersebut, dikhuatiri kulit berjeragat tersebut akan menjadi lebih teruk dari yang sebelum ini.

Credit : Google

Selain itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan dari terdedah  kepada cahaya matahari atau sinaran UV. Hal ini kerana ia boleh merosakkan sel sel kulit yang mengawal pigmen atau melanocyte.

Secara kesimpulannya , berikut adalah tips untuk atasi masalah jeragat yang teruk :


  • Pakai sunblock SPF 30 ( sapu sunblock pada kulit 15 minit sebelum keluar dari rumah. Pilih yang mengandungi kandungan seperti zinc oxide or titanium dioxide)
  • Mengambil ubat ubatan atau krim untuk mengurangkan tompokan jeragat (contohnya hidrokuinon atau Azelaic Acid. Dinasihatkan untuk menapatkan nasihat doktor dahulu)
  • Pakai topi atau payung sekiranya berada lama di bawah sinaran matahari
  • Pilih produk penjagaan muka yang bersifat lembut untuk menghalang sensitiviti kulit pada cahaya matahari
  • Elakkan waxing atau mencukur di kawasan yang menghidapi jegarat kerana ia mampu menyebabkan keradangan kulit.
  • Ambil makanan yang kaya dengan antioksidan untuk mengelakkan radikal bebas yang merosakkan sel sel kulit

Credit : Google



Apabila usia semakin meningkat, risiko jeragat untuk timbul dengan lebih banyak adalah besar. Pencegahan adalah penting untuk mengelakkan jeragat muncul dengan lebih banyak dan kurang terkawal. 

Jadi, untuk mengatasi masalah jeragat ni, anda boleh berjumpa dengan pakar kulit untuk lebih memahami soal penjagan kulit berjeragat dengan lebih tepat lagi.

Anda juga boleh mengamalkan tips mudah untuk mengatasi jeragat untuk mengawal pengeluaran jeragat mahupun berkongsi tips ini dengan anak mahupun rakan rakan yang mengalami masalah yang sama.

MASALAH JERAGAT SEMAKIN PUDAR DENGAN SET JERAGAT SHAKLEE DAN VIVIX!

Produk berikut merupakan produk cadangan yang kemungkinan sesuai dengan anda. Ada beberapa lagi produk lain yang sesuai mengikut bajet yang anda anda.

bysyiraishak.blogspot.my
 
ESP : membantu membina sel baru pada kulit yang berjeragat. Ia juga membantu membuang sel kulit mati yang menyebabkan tompokan jeragat menjadi ketara. Protein yang mencukup dalam badan membantu badan untuk menghasilkan sel kulit baru dan tompokan jeragat akan pudar dan hilang.

Vitamin E : Ia dapat membantu menyeimbangkan hormon dan mengawal kadar lebihan minyak pada kulit serta membantu memudarkan kesan jeragat pada kulit.

Vitamin C : Vitamin C penting dalam pembinaan kolagen. KUlit akan nampak sekata, lebih cerah dan membantu menyekat pembentukan pigmentasi iaitu jeragat dengan lebih banyak

Nutriwhite Cleanser : Pencuci muka Nutriwhite membantu mencerahkan dan mengimbangkan pigmen kulit. Selain itu, ia dapat menghilangkan kotoran pada wajah, membuang sel kulit mati dan menehangkan kulit muka.
TESTIMONI SET JERAGAT SHAKLEE


TESTIMONI PUAN ZARITAA BT MAT SALEH ( credit to Supermom Shaklee Story)

Assalamualaikum... nama saya Nor Zaritaa bt Mat Saleh , berusia 31 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata. Semasa mengandungkan anak ke dua, suami menegur kulit saya banyak bintik-bintik hitam (jeragat) dan mengesyorkan saya menggunakan produk kecantikan untuk memutihkan dan menghilangkan jeragat.. 

Oh tidakkk!!! Saya betul-betul sentap kerana suami saya bukan lah jenis yang suka komen.Tapi seandainya dia memberi komen maksudnya perkara tersebut benar-benar serius. Mulanya saya buat endah tak endah kerana saya fikir mugkin alahan masa mengandung.

Tapi dalam masa yang sama, ada juga saya risik kawan-kawan ditempat kerja dan mereka sarankan agar saya buat rawatan muka. lagi saya tertekan sebab saya tak ada masa nak buat rawatan muka. Lama kelamaan saya buat endah tak endah je dengan masalah kulit saya. Mungkin kerja saya yang banyak terdedah kepada matahari buatkan kulit saya berjeragat. Lagi pula, saya tak pakai apa-apa protection untuk kulit. Hanya pakai pencuci muka yang dijual di pasaraya dan bedak compact. Keadaan ini membuatkan kulit saya makin teruk dan berminyak terutamanya menjelang tengahari.

Selepas bersalin, saya ingtkan kulit muka saya akan pulih. Tapi makin teruk. Dahla berjeragat, kulit menjadi kering sehinggakan kalau saya pakai bedak compact nampak tak sekata dan menggerutu....Mujurlah cuti bersalin 3 bulan. Jadinya saya tak keluar sangat kecuali ada urusan penting. 

Masalah kulit masih berlarutan sehingga bulan ke dua selepas bersalin. Masa tu baru saya teringat yang saya ada beli VITAMIN C shaklee (dalam set berpantang).Saya mula makan setiap hari dan bersama-sama ESP. Alhamdulillah, ada perubahan yang positif. Kulit saya tak lagi kering tapi jeragat masih ada. Saya malu dengan suami.Setiap kali kalau nak keluar dengan suami, saya akan ambil masa yang agak lama untuk bermakeup.... tapi hasilnya mcm opera cina kata suami.....putih bedak sesaje.... Kecik hati saya...

Sebelum mula kerja selepas cuti bersalin saya beli foundation. Mula-mula pakai macam ok, tapi lama kelamaan muka saya jadi berminyak. Ini menyebabkan jeragat bertambah banyak. Walaupun saya cuba tutup dengan bedak masih boleh nampak jika muka mula berminyak. Jalan terakhir, saya beli VITAMIN E atas nasihat kakak kesayangan Kak Suhaila kat tempat kerja.Siap saya tunjuk lagi jeragat-jeragat yang bertempek kat muka. Kebetulan masa tu VITAMIN E tengah promosi. Jimat duit . 

Dalam masa yang sama, saya juga gunakan NUTRIWHITE CLEANSER yang saya dapat percuma dari pertandingan yang saya sertai. Jadinya saya menggunakan ikhtiar dengan ESP, VITAMIN C, VITAMINE dan NUTRIWHITE CLEANSER tu serta tawakal kepada Allah.

Alhamdulillah, setelah makan VITAMIN E beberapa minggu kulit saya tak lagi berminyak pada waktu tengahari. Saya bukan sahaja makan VITAMIN E tu..tapi sapu pada muka juga. 

Syukur alhamdulillah, walaupun baru beberapa minggu makan VITAMIN E berselang-seli dengan ESP dan VITAMIN C saya nampak perubahan yang positif pada kulit saya. Kulit rasa lebih licin tak menggerutu seperti sebelum ni dan lembut. Jeragat pun mula nampak pudar walaupun belum hilang sepenuhnya.Kulit muka yang dulu berlubang-lubang akibat parut jerawat dah nampak sekata.

Walaupuan saya terdedah kepada matahari tiada lagi garisan kulit terbakar dan yang paling best kalo nak keluar dengan suami. Saya tak perlu nak bermakeup tebal-tebal macam opera cina yang dia cakap tu.. adaķalanya saya makeup pun kalau keluar ke tempat berdekatan dengan rumah. Lagi satu.. yang buat saya senyum sorang-sorang bila ada anak murid tegur muka saya nampak 'flawless' ...hehheeh. Semoga saya terus istiqamah bersama vitamin-vitamin saya dan dapat menyelesaikan masalah jeragat yang dialami dengan Izin Allah.



---------------------------------------------------------------------

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Whatsapp / SMS : 
 Founder of Calla Donita : SSM 00251**** 
Syira Ishak (014 634 2040)  
























You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::