TIPS MUDAH ATASI SEMBELIT UNTUK DEWASA DAN KANAK KANAK

11:30 PM

Bila nak buat entry mengenai sembelit kali ni, saya teringat satu movie Hindi lakonan Amitabh Bachachan, Deepika Padukone dan Irfan khan berjudul Piku. 

Saya tengok movie ni di TARA HD. Bayangkan ye, movie ni hanya berkisar mengenai kehidupan seorang anak yang sabar melayan karenah bapa yang ada masalah sembelit atau penghadaman.


Bila kita ada masalah sembelit, emosi pun akan terganggu tau. Itu yang terjadi pada si bapa yang mudah sensitif dan moody. LAgi satu si bapa agak degil nak mengamalkan pemakanan seimbang hinggalah masalah sembelit beliau di paras yang kronik hingga membuncit.

Di akhir movie ni, si bapa meninggal  dengan gembira selepas berjaya membuang air besar. 

Nampak remeh kan, tapi betapa besarnya isu sembelit ni jika kita tak cari jalan penyelesaian. 


Sembelit atau tak membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu ni boleh terjadi akibat pelbagai punca.

Antara punca sembelit adalah : 

  • kurang minum air masak secukupnya
  • Banyak ambil pelbagai jenis ubat yang bersifat panas seperti jamu dan herba
  • Kurang mengambil sumber fiber secukupnya seperti kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan  
  • Menahan diri untuk membuang air besar
  • Sejarah keluarga yang pernah menghidapi sembelit
  • Kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal
  • Mengalami perubahan tempat untuk membuang air besar
  • Tekanan atau stress

Selain dari punca sembelit di atas, korang juga digalakkan untuk mengehadkan pemakanan di bawah kerana kemungkinan ia juga menjadi punca sembelit :


1)  Pengambilan susu lembu atau produk tenusu secara berlebihan.
  • Mungkin ada alahan pada protein susu akan menyebabkan sembelit. 
  • Kajian menunjukkan, 68% dari subjek kanak-kanak yang mengalami sembelit kronik    sembuh apabila pengambilan susu lembu ditukar kepada susu soya. 
  • Jadi, jika korang dah ambil serat dan air yang cukup tetapi masih sembelit,     cuba kurangkan pengambilan susu atau tenusu selama 2 minggu bagi mengenalpasti perbezaan. Tetapi, pastikan mengambil makanan sumber kalsium secukupnya dalam  tempoh ini.
2) pengambilan protein berlebihan
  • Diet tinggi protein terutamanya daging merah boleh menyumbang masalah sembelit.
  • Hanya perlu ambil 65-100g sehidangan 3-4 kali seminggu. Sekurang-kurangnya sekali  seminggu cuba makan makanan berunsurkan sayuran, so mungkin mampu mengubah masalah kekurangan serat dan sembelit.
3) Roti putih, nasi putih dan pasta putih
  • jika korang hanya mampu telan nasi putih, pastikan korang mengambil sayuran dan   buahan secukupnya.
  • Roti mil penuh juga sedap jika hendak dibandingkan dengan roti putih. Jangan lupa   ambil kekacang, biji-bijian yang sememangnya kaya dengan serat.
4) alkohol
  • Bagi peminum arak, (haram bagi muslim untuk meminum arak), alkohol akan memperlahankan pergerakan otot usus dan ia juga bersifat diuretik. So, sila minum   banyak air ye...

8 TIPS MUDAH ATASI MASALAH SEMBELIT ORANG DEWASA DAN KANAK KANAK


  • Diet seimbang dengan fiber mencukupi dapat melembutkan najis
  • Ambil makanan tinggi serat seperti buah buahan ( pisang, betik, prun, mangga) , sayuran seperti brokoli, kekacang dan bijirin.
  • Hadkan pengambilan garam berlebihan dalam masakan atau makanan.
  • Banyakkan minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari.
  • Buat aktiviti fizikal yang ringan untuk memudahkan pembuangan air besar.
  • Elakkan dari menangguh untuk membuang air besar.
  • Kurangkan mengambil makanan segera yang kaya dengan sodium atau garam.
  • Kurangkan pengambilan daging merah kerana ia sukar dihadam.


SET SEMBELIT SHAKLEE UNTUK DEWASA & KANAK KANAK

Selain tips mudah atasi sembelit seperti di atas, Shaklee juga mempunyai produk yang membantu melembutkan najis danmelancarkan penghadaman korang.



Set Sembelit Shaklee ni sesuai untuk orang dewasa dan kanak kanak yag sering mengalami sembelit.



bysyiraishak.blogspot.my


Herblax : Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. Ia juga membantu dalam masalah sembelit yang serius.

Ostematrix : Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

Mealshake : Meal Shakes mengandungi serat yang amat penting dalam pergerakan usus bagi mengelakkan sembelit dalam kalangan kanak kanak.

Jangan biarkan maslaah sembelit ni berlarutan tauu.. Ia masih boleh dirawat dengan pelbagai cara seperti di atas.

Insyallah.



--------------------------------------------------------------------------------------------

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Whatsapp / SMS : 
Founder of Calla Donita : SSM 00251**** 







Rujukan :
http://www.majalahpama.my/tanya-doktor/najis-anak-berdarah-periksa-3-tanda-kemungkinan-sembelit-1.516781
https://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/jaga-pemakanan-elak-sembelit-1.369914
http://www.mingguanwanita.my/info-psikologi/atasi-sembelit-selepas-bersalin-1.280895









You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::