RESIPI AYAM MASAK BALI YANG SEDAP DAN MUDAH. SESUAI UNTUK MAKAN BILA BILA MASA JE!

10:28 AM

Hujung tahun lepas (maybe), resipi Ayam Bali atau Ayam MAsak Bali ni jadi viral plak kat Facebook.

KAt Group MAHN lagilah, ramai yang post resipi ni dengan macam macam rupa dan stail.  BIla tengok resipinya, memang nampak senang. Macam buat ayam masak merah tapi versi ada daun kari. Kalau tak silap, sis Aisha Syukor yang start post resipi ni dalam MAHN.

Ramai yang dah cuba. TApi, saya pula just tengok je.

Sampailah hari raya kedua,masa tu kami beraya ke rumah nenek saudara suami. Beliau hidangkan Ayam Bali dengan ketupat dan lemang. 1st time makan, rasa macam nak makan lagi dan lagi. A bit difference. Mungkin sebab banyak serai dan daun kari kot. 

So, disebabkan ibu mentua nak buat mini open house untuk keluarga ayah mentua saya, saya sedekah Ayam Masak Bali untuk tambahkan menu yang sedia ada. Pulunlah ke Mydin Mall Seremban 2 untuk cari ayam sambil nak tengok kebesaran Mydin Mall kat sana.

Sempatlah saya grab 3 ekor ayam ( terbungkus dalam plastik dengan cop halal ) untuk buat resipi Ayam Masak Bali ni. 

Jom tengok bahan bahannnya yang senang tu 
(saya rujuk resipi dari Mat Gebu yang saya ubah sikit je) :

www.bysyiraishak.blogspot.com
Credit : Gambar dari Cyda Nasir (MAHN)

 BAHAN - BAHANNYA :
 
1/2 ekor ayam saiz sederhana yang di cuci bersih dan toskan*
1 camca teh penuh kunyit serbuk*
3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)


6 batang serai, diketuk ( untuk 1 ekor ayam, saya guna 9 batang serai je)
4 pelepah daun kari ( kalau 1 ekor ayam, saya guna 5 tangkai daun kari)
1 camca besar kicap lemak manis JALEN ( saya guna sos manis ABC)

1 camca besar rata gula atau agak agak je ( saya guna 2 ketol gula kabung)
Garam secukup rasa ( saya guna garam bukit)
1/2 cawan air ( saya agak agak je air, kalau nak pekat jangan letak banyak air)

 
BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :
 
4 biji bawang besar ( saya guna 5 biji bawang besar untuk 1 ekor ayam)
8 ulas bawang putih ( saya guna 8 ulas bawang putih untuk 1 ekor ayam)
1 inci halia
1/2 inci belacan ( tak letak belacan pun takpe. Tapi mungkin akan kurang rasa 'kick')

1/3 cawan cili kering ( saya guna cili giling. Nak guna cili merah pun boleh je)

CARA MEMBUATNYA :
www.bysyiraishak.blogspot.com
  • Goreng ayam tadi hingga hingga separuh masak. Saya buat macam ni untuk gaulkan ayam dengan sambal lebih lama. So, sambal nanti akan menyerap dalam ayam.. Sedap! Asingkan.
  • Tumis serai hingga wangi dan masukkan daun kari dan masak sekejap hingga layu sikit. Tambah bahan-bahan yang dah di kisar halus.
  • Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.( kalau nampak sambal tu meletup letup dalam kuali, haaa nak dekat garing la tuu)
  • Masukkan gula kabung dan garam secukup rasa.
  • Tambah ayam, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit.
  • Tuang Sos manis ABC atau kicap manis. Kalau tak nak letak gula, pun takpe. Sebab Sos Manis pun dah manis hehhe..Atau boleh tuang sedikit Kicap Masin supaya ada rasa pedas, manis dan masin serentak. Nyumnyumm.. Sis Aisha pula bagi tips : tuang kicap 5 titis je supaya sambal tu nampak ala ala maroon.
  • Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala.
  • Kalau dah try rasa kemasinan balance dengan kemanisan dalam ayam tu, maksudnya siap! Dah boleh makan dengan nasi atau lemang atau ketupat palas ;)
 
Lupa nak snap gambar. GAmbar ni hanya ada lebihan ayam je yang saya frozenkan.


Pertama kali masak resipi ni, ramai yang puji sedap. Alhamdulillah. Tapi ada yang tanya juga kenapa nama dia Ayam Bali? Takkan dari BAli kot?

Kalau ikut logik mungkin sebab ada daun kari kot. Tu kan Indian selalu guna dalam masakan. Dan Bali pula ada pengaruh hindu dalam kebudayaan mereka.  

Atau mungkin, nak nampak special kalau letak nama BAli supaya orang yang tak pernah ke Bali, akan rasa terawang awang bila makan Ayam Masak Bali hehehhe.

Selamat mencuba! 




You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::