ANAK MURID SOUND CIKGU AKIBAT MUKA BERJERAGAT ? DIA AMALKAN 4 BENDA NI UNTUK HILANGKAN JERAGAT DAN KEMBALI FLAWLESS!

6:51 PM


Jeragat atau melasma ni satu masalah kulit yang biasa terjadi kepada individu berumur 20 hingga 50 tahun. Jeragat ni boleh dilihat kalau kulit wajah ada tompok tompok kehitaman.

Sebab itulah jika muda muda ni kita tak mencegah kemunculan jeragat, ia akan muncul bertompok pada kulit muka. Kulit nampak tak cantik dan perlu mekap yang tebal untuk melindungi jeragat tersebut.

www.bysyiraishak.blogspot.com

Perubahan kulit seperti jeragat yang bertompok tompok ni  boleh terjadi akibat beberapa faktor. Antaranya kulit yang terdedah dalam tempoh yang lama di bawah sinaran matahari. Bila lama terdedah, ia akan menyebabkan tompok coklat tu semakin besar pada kulit muka.

Hal ini kerana sinaran matahari, atau lampu bilik yang terang mampu merangsang sel sel kulit untuk menghasilkan pigmen. Apabila lebihan pigmen dihasilkan,  ia akan membuatkan kesan gelap pada wajah lebih jelas.

Selain itu, pengambilan pil perancang keluarga dan perubahan hormon juga akan memberi kesan pada tompokan jeragat terutamanya jika anda mengandung.

Dalam mengatasi masalah jeragat ini, ubat ubatan yang dinasihatkan oleh doktor serta krim steroid membantu memudarkn masalah jeragat. Tapi, kalau ada cara aternatif lain, kenapa tak guna kan?

7 CARA MUDAH UNTUK MENGHILANGKAN KESAN TOMPOKAN JERAGAT DENGAN CEPAT TANPA PERLU KOS YANG BESAR


Dalam memastikan tompokan jeragat tu pudar dan hilang, pengamalan diet yang seimbang dan regim penjagaan kulit yang baik dapat membantu mengatasi masalah jeragat ni dengan cepat.




CUKA EPAL


Cuka epal ni berfungsi untuk menyeimbangkan pH kulit secara semulajadi terutamanya untuk memudarkan kesan tompok hitam pada kulit.. Ia boleh disapu pada kulit berjeragat ataupun minum 1 sudu kecil setiap hari. Selain itu, cuka epal juga dapat menyingkirkan toksin dalam badan dan menyegarkan kulit secara semulajadi.

BUAH LEMON


Buah lemon kaya dengan Vitamin C dan mempunyai sifat keasidan yang tinggi. Sifat keasidan yang tinggi ni mempunyai ciri ciri penyembuhan dan mampu mengurangkan tompok jeragat secara alami. Lemon juga bersifat astringen yang mampu memberi efek kulit kulit lebih cerah.

Anda boleh jadikan air lemon sebagai sapuan pada kulit setiap hari atau minum air lemon secara konsisten setiap hari. Ia membantu untuk memudarkan jeragat serta merangsang kulit baru.

ALOE VERA ATAU DAUN LIDAH BUAYA


Dalam aloe vera atau lidah buaya ni ada satu kandungan sebatian yang mampu mencerahkan tompokan jeragat dengan berkesan.Ia membantu menyingkirkan sel kulit mati dan membantu menjana sel sel kulit yang baru.

Ada 2 cara untuk menggunakan aloe vera sebagai agen pemudar jeragat :

  • Ambil gel aloe vera dan sapu pada tompok jeragat yang bermasalah. Biarkan kering semalaman. Elok buat sebelum tidur. Dan bilas dengan air suam selepas kering.
  • Campurkan madu bersama gel aloe vera. Sapu pada kulit berjeragat. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas dengan air suam.

LAVENDER ESSENTIAL OIL


Minyak pati Lavender juga bagus untuk memudarkan tompok jeragat tau. Anda boleh campurkan minyak lavender bersama minyak tea tree dan disapukan pada tempat berjeragat tu. Pakai kapas muka pun boleh dan dabbed pada tempat yang ada jeragat.

Buat dua tiga sehari pun dah cukup untuk memberi kesan pudar pada jeragat berkenaan.

OATMEL

Oatmel bagus sebagai agen pengelupasan kulit terutamanya untuk memudarkan tompok jeragat di wajah.

Caranya : Kisar oat hingga halus atau separa halus. Campurkan oat tersebut dengan susu untuk dijadikan sebagai pes. Sapu pada kulit wajah yang berjeragat dan biarkan hingga kering. Lepas tu, bilas dengan air suam. Buat sekurang  kurangnya 3 minggu sekali untuk mengatasi masalah jeragat.

SANTAN KELAPA


Santan kelapa mempunyai asid laktik dalam membantu memudarkan masalah jeragat. Anda boleh campurkan santan kelapa bersama sama dengan serbuk kunyit, air perahan lemon dan air mawar untuk dijadikan sebagai pes. Pes ni boleh dijadikan sebagai lulur muka untuk meringankan simptom jeragat dan menjadikan kulit lebih lembut dan segar.


JUS TIMUN


Timun adalah satu satu bahan yang paling mudah dalam mencerahkan kawasan yang terkena tompokan jeragat.Anda boleh guna hirisan timun ataupun jus timun yang diletakkan atau disapukan pada kawasan berjeragat. Biarkan hingga kering pada kulit wajah. Lepas tu, dah boleh bilas dengan air suam untuk kesan yang lebih menyegarkan.


Selain daripada 7 cara alami di atas, Shaklee juga mempunyai produk yang bagus untuk memudarkan jeragat dengan berkesan.

 PRODUK SHAKLEE YANG SESUAI UNTUK MUKA BERJERAGAT

Produk berikut merupakan produk cadangan yang kemungkinan sesuai dengan anda. Ada beberapa lagi produk lain yang sesuai mengikut bajet yang anda anda.


www.bysyiraishak.blogspot.com

 ESP : membantu membina sel baru pada kulit yang berjeragat. Ia juga membantu membuang sel kulit mati yang menyebabkan tompokan jeragat menjadi ketara. Protein yang mencukup dalam badan membantu badan untuk menghasilkan sel kulit baru dan tompokan jeragat akan pudar dan hilang.

Vitamin E : Ia dapat membantu menyeimbangkan hormon dan mengawal kadar lebihan minyak pada kulit serta membantu memudarkan kesan jeragat pada kulit.

Vitamin C : Vitamin C penting dalam pembinaan kolagen. KUlit akan nampak sekata, lebih cerah dan membantu menyekat pembentukan pigmentasi iaitu jeragat dengan lebih banyak

Nutriwhite Cleanser : Pencuci muka Nutriwhite membantu mencerahkan dan mengimbangkan pigmen kulit. Selain itu, ia dapat menghilangkan kotoran pada wajah, membuang sel kulit mati dan menehangkan kulit muka.

 TESTIMONI PENGGUNA YANG MEMILIKI WAJAH BERJERAGAT


www.bysyiraishak.blogspot.com

TESTIMONI PUAN ZARITAA BT MAT SALEH ( credit to Supermom Shaklee Story)

Assalamualaikum... nama saya Nor Zaritaa bt Mat Saleh , berusia 31 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata. Semasa mengandungkan anak ke dua, suami menegur kulit saya banyak bintik-bintik hitam (jeragat) dan mengesyorkan saya menggunakan produk kecantikan untuk memutihkan dan menghilangkan jeragat.. 


Oh tidakkk!!! Saya betul-betul sentap kerana suami saya bukan lah jenis yang suka komen.Tapi seandainya dia memberi komen maksudnya perkara tersebut benar-benar serius. Mulanya saya buat endah tak endah kerana saya fikir mugkin alahan masa mengandung.

Tapi dalam masa yang sama, ada juga saya risik kawan-kawan ditempat kerja dan mereka sarankan agar saya buat rawatan muka. lagi saya tertekan sebab saya tak ada masa nak buat rawatan muka. Lama kelamaan saya buat endah tak endah je dengan masalah kulit saya. Mungkin kerja saya yang banyak terdedah kepada matahari buatkan kulit saya berjeragat. Lagi pula, saya tak pakai apa-apa protection untuk kulit. Hanya pakai pencuci muka yang dijual di pasaraya dan bedak compact. Keadaan ini membuatkan kulit saya makin teruk dan berminyak terutamanya menjelang tengahari.

Selepas bersalin, saya ingtkan kulit muka saya akan pulih. Tapi makin teruk. Dahla berjeragat, kulit menjadi kering sehinggakan kalau saya pakai bedak compact nampak tak sekata dan menggerutu....Mujurlah cuti bersalin 3 bulan. Jadinya saya tak keluar sangat kecuali ada urusan penting. 


Masalah kulit masih berlarutan sehingga bulan ke dua selepas bersalin. Masa tu baru saya teringat yang saya ada beli VITAMIN C shaklee (dalam set berpantang).Saya mula makan setiap hari dan bersama-sama ESP. Alhamdulillah, ada perubahan yang positif. Kulit saya tak lagi kering tapi jeragat masih ada. Saya malu dengan suami.Setiap kali kalau nak keluar dengan suami, saya akan ambil masa yang agak lama untuk bermakeup.... tapi hasilnya mcm opera cina kata suami.....putih bedak sesaje.... Kecik hati saya...

Sebelum mula kerja selepas cuti bersalin saya beli foundation. Mula-mula pakai macam ok, tapi lama kelamaan muka saya jadi berminyak. Ini menyebabkan jeragat bertambah banyak. Walaupun saya cuba tutup dengan bedak masih boleh nampak jika muka mula berminyak. Jalan terakhir, saya beli VITAMIN E atas nasihat kakak kesayangan Kak Suhaila kat tempat kerja.Siap saya tunjuk lagi jeragat-jeragat yang bertempek kat muka. Kebetulan masa tu VITAMIN E tengah promosi. Jimat duit . 


Dalam masa yang sama, saya juga gunakan NUTRIWHITE CLEANSER yang saya dapat percuma dari pertandingan yang saya sertai. Jadinya saya menggunakan ikhtiar dengan ESP, VITAMIN C, VITAMINE dan NUTRIWHITE CLEANSER tu serta tawakal kepada Allah.

Alhamdulillah, setelah makan VITAMIN E beberapa minggu kulit saya tak lagi berminyak pada waktu tengahari. Saya bukan sahaja makan VITAMIN E tu..tapi sapu pada muka juga. 


Syukur alhamdulillah, walaupun baru beberapa minggu makan VITAMIN E berselang-seli dengan ESP dan VITAMIN C saya nampak perubahan yang positif pada kulit saya. Kulit rasa lebih licin tak menggerutu seperti sebelum ni dan lembut. Jeragat pun mula nampak pudar walaupun belum hilang sepenuhnya.Kulit muka yang dulu berlubang-lubang akibat parut jerawat dah nampak sekata.

Walaupuan saya terdedah kepada matahari tiada lagi garisan kulit terbakar dan yang paling best kalo nak keluar dengan suami. Saya tak perlu nak bermakeup tebal-tebal macam opera cina yang dia cakap tu.. adaķalanya saya makeup pun kalau keluar ke tempat berdekatan dengan rumah. Lagi satu.. yang buat saya senyum sorang-sorang bila ada anak murid tegur muka saya nampak 'flawless' ...hehheeh. Semoga saya terus istiqamah bersama vitamin-vitamin saya dan dapat menyelesaikan masalah jeragat yang dialami dengan Izin Allah.


Legakan bila muka dah bebas dari jeragat? Bila ada orang puji kulit muka flawless tanpa mekap tebal, maksudnya apa yang diamalkan oleh Puan ZAritaa mampu memudarkan kesan jeragat yang menghantui diri sebelum ni. TAk perlu lagi nak bermekap tebal untuk tutup kesan tompokan jeragat tersebut.

Hanya amalkan 7 tips di atas disamping 4 produk SHaklee, insyallah kulit wajah yang bertompok tu akan mula hilang sikit demi sedikit.

Yang penting, jaga pemakanan dan hindari kesan sinaran matahari terlalu lama dalam penjagaan kulit.





 -----------------------------------------------------

 Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :

www.bysyiraishak.blogspot.com


 
-----------------------------------------------------------




Sumber/Rujukan :

http://www.earthclinic.com/cures/melasma.html
http://homeremedyshop.com/24-home-remedies-for-melasma/
http://www.medicinenet.com/melasma/article.htm
http://www.earthclinic.com/cures/melasma.html
http://www.searchhomeremedy.com/11-best-home-remedies-for-melasma/
http://steptohealth.com/natural-treatments-melasma-dark-spots/











You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::