IBU HAMIL YANG NAKKAN KESIHATAN OPTIMUM PADA DIRI DAN KANDUNGAN, TAKKAN ABAIKAN......

9:00 AM

Apabila sedang mengandung, perasan tak kebanyakan wanita hamil akan mulai mengidam sesuatu makanan?

Tanya diri korang sendiri ( jika pernah mengandung sebelum ni), ada tak mengidam macam macam makanan dan adakalanya tidak bagus untuk kesihatan seperti jeruk, keropok dan sebagainya?




Ada sebab kenapa pemakanan sangat dititikberatkan semasa kita mengandung. Hal ini kerana semasa hamil, kita memerlukan lebih banyak protein, zat besi, kalsium dan asid folik berbanding sewaktu sebelum hamil.






Yang paling penting, ibu hamil harus mengambil pemakanan seimbang dan melakukan senaman fizikal yang ringan.

Selain membuat pilihan makanan yang sihat, kita juga boleh mendapatkan nasihat pakar perubatan mengenai pengambilan supplement semasa hamil atau juga dikenali sebagai vitamin prenatal. Hal ini dapat memastikan bayi dan ibu mendapat nutrien yang mencukupi.

KEPENTINGAN VITAMIN PRENATAL

Ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil vitamin prenatal kerana :


  • dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  • mengurangkan kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika lahir
  • membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan
  • mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tidak selera makan di awal kehamilan.

Vitamin pranatal juga penting untuk wanita yang ingin hamil, sedang hamil dan yang sedang menyusukan bayi.



NUTRIEN PENTING UNTUK IBU HAMIL

Antara nutrien yang penting untuk ibu hamil adalah :


  • Iron : untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Contoh makanan yang mengandungi iron seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seperti susu, keju dan produk tenusu lain.
  • Folic Acid : untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  • Kalsium : untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung memerlukan sebanyak 1000mg kalsium sehari.
  • Omega 3 : penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. 

Selain dari pemakanan yang mengandungi nutrien yang diperlukan oleh ibu hamil, ibu hamil juga boleh mengambil supplement atau vitamin yang mengandungi semua nutrisi di atas untuk melengkapkan segala kekurangan nutrien tanpa ibu hamil sedari.

Fikirkan kembali. Sejauh mana kita mengetahui bahawa kita mengambil keperluan asid folik dan kalsium yang mencukupi dalam sehari?  Sejauhmana kita dapat capai keperluan iron dan omega 3 dalam pemakanan kita?

Oleh itu, pengambilan supplement dapat membantu sedikit sebnayak menampung kekurangan nutrisi dalam badan ibu hamil. Walaupun begitu, nasihat dari doktor atau pakar perubatan sangat digalakkan sebelum mengambil sebarang supplement mahupun vitamin yang terdapat dalam pasaran.


VITAMIN PRENATAL UNTUK IBU HAMIL KEKAL CERGAS DAN BAYI SIHAT DALAM KANDUNGAN


bysyiraishak.blogspot.com
Cadangan vitamin untuk ibu hamil

  • Vitalea :  multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  • B Complex : lengkap dengan 8 keluarga Vitamin B termasuk folic acid
  • Ostematrix : kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  • Omega Guard : sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula ambil pada trimester ke-2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga add on :
  • Vitamin C 
  • ESP

Walaupun ibu mengambil vitamin prenatal, ia bukan jaminan bahawa kehamilan tersebut tidak mengalami sebarang komplikasi. Kita hanya usaha, Allah menentukan.

At least, ibu hamil mencegah sebarang kemudaratan sebelum apa-apa terjadi pada diri dan kandungan tersebut.

Jaga makan. Lakukan senaman ringan, Sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Insyallah.




Whatsapp : 014-6342040





You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::