RESIPI PUDING ROTI YANG PERNAH DIBENCI TAPI SEDAP LA PULAK RESIPI NI!

11:49 AM


Patutnya tak perlu mention resipi puding roti yang pernah dibenci sebagai tajuk entri kan?
hahah

Hakikatnya, saya tak pernah suka puding roti. Mungkin disebabkan roti tu nampak lembik so automatik tekak pun rasa geli. 

Tapi, sejak ibu saudara hubby hidangkan puding roti yang sedap bersama sos kastard yang marvelous semasa raya lepas, sya terus jatuh cinta pada puding roti ni. 1st experince dah indah kan, so dari situ saya belajar makan dan seterusnya buat sendiri puding roti.



Tak susah pun. Bahan pun senang. Saya selalu refer 2 resipi je untuk buat puding roti. Ada lagi resipi lain, tapi tak pasti yang mana satu. Kene check balik di kemudian hari.



6 keping roti 
2 biji telur
1 1/4 cawan susu cair
1 sudu makan butter
3 sudu makan gula
sedikit kismis utk tabur (sya ganti dengan cip coklat atau coklat rice dan suka tambah badam)
1/2 makan esen vanilla ( nak kurangkan bau hanyir telur)

Cara :

  • Kacau  telur, esen vanilla, gula dan susu cair hingga sebati.
  • Roti disusun dalam acuan pembakar.
  • Kemudian tuang adunan susu tadi dalam roti yang telah disusun.
  • Taburkan kismis dan butter kedalam adunan roti tadi…
  • Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 30 minit… (nak kukus pun boleh)

Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula


  • Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (sya suka sederhana pekat)
  • Tuang ke atas puding roti tadi. Sedap dimakan sejuk. Bergantung pada citarasa.


bysyiraishak.blogspot.com


Tapi, sya selalu ingkar pada resipi. Main suka suka je tambah. Ikut pada tekak;p

Selamat mencuba! :)



'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'


You Might Also Like

44 Pengomen

  1. Suka sangat dengan puding roti ni. Kalau nak lagi bestkan sis, sos kastard yang agak suam2 gitu, tambahkan dengan sesudu ESP atau Mealshake atau kedua2 nya sekali. Kacau laju2 bagai sebati. Hurm memang best..

    AKU DAN KAMU: MAKANAN YANG BAIK UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ni resipi baru..tambah esp atau mealshakes..mesti lg lemak lemak.kalau ketagih,abeslaa ;p

      Delete
  2. macam best je...macam sedap je..yg pasti anak-anak pasti suka

    makanan pintar untuk minda

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat anak-anak,sis and hubby pun mesti suka..sambil layan time hujan,mmg ummpp

      Delete
  3. Petang2 nie pekena puding roti dengan air teh panas2 sedap nih. Slurrpp!!

    JommSihatDanCantik -> TUJUH SETENGAH BIJI OREN DALAM 1 TABLET

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy makan pagi petang malam dengan pudung roti..ketagehh;)

      Delete
  4. Sedap sangat.. terasa lalar pulak... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jum buat sis...campak2 je resipi tu.takyah skema nak ikot sgt hihi

      Delete
  5. Terliur lak tengok..dah lama tak buat puding ni...

    Epidural Analgesia

    ReplyDelete
  6. Dapat minum petang dengan puding roti ni memang menyelerakan..aishhh rasa nak p cari bahan dah ni..tq dear resepi yang sangat mudah

    Nebulizer Dengan MyImam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah kan? boleh buat bila bila masa je..:)

      Delete
  7. Yang meleleh tu yang kak tun tak tahan. Rasa macam nak buat je nanti...

    Tips Supaya Anak Cepat Bercakap

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy yang tengok gambar ni pun sama2 tak tahan kak tun haha..

      Delete
  8. Salam pkenalan...

    Blogwalking n terus folow...erm nyum2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...singgah la lagi nanti.kita share info:)

      Delete
  9. Suka sangat puding roti, lama dah tak pusing roti. Tapi ni lain sikit resepi, boleh cuba yg ni pulak ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esemen pusing roti lak...lama dah tak buat huhuh

      Delete
    2. pusing roti? mcam buat roti canai je...

      Delete
  10. Wow.. peberet nih.. pantang nampak.. hahaha..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya.. Ada juga puding roti yang tak perlu dibakar.. letak dalam peti ais je pun boleh. Langkah penuh saya kena confirmkan semula. Hehe. Ingat tak ingat sebab dah jarang buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 sy penah tengok yang mcam sis sebut.. depends on taste masing2 la kan. sy suka bakar sebab tak la geli sangat tekak. Nanti sis letak dalam blog.bole sama2 share :)

      Delete
  12. Sedap nya ..memang tak pernah buat.. hope suatu hari nanti boleh gak cuba buat utk anak dan suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu sy tak pernah buat..tak pernah ambil tahu. tapi bila dah rasa sedap, jadi over pulak nak cuba

      Delete
  13. Saya Suka Sgt puding roti sos kastard.. Tapi tak pernah buat sndiri.. Tkot takda org makan.. Hehe.
    CARA NAK TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba sis buat..bagi kat jiran2 atau adik beradik :)
      biar dorang cuba makan

      Delete
  14. Sedapnyerrr puding roti ni.....dulu Saya pernah cuba ..memang sedap....

    Bagaimana nak tahu kanak-kanak itu Hiperaktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..rugi dulu berlagak taknak makan huhuh

      Delete
  15. Waaaah sedapnye puding roti... cara nk buat pun nampa mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah je sis.. nak atau taknak buat jeee.lagipun banyak lg resipi lain yg lagi mudah. tapi sy suka yg ni jee :)

      Delete
  16. tak pernah try makan lagi puding roti ni.. macam yg sis cakap tula, bila tengok roti tu lembik2 jadi tak berapa suka.. kena cuba rasa dahulukan baru boleh nilai best ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..saya rasa bakar buatkan puding roti lebih padat sikit.Takdela lembik sangat

      Delete
  17. Puding roti memang feberet!! Suka yang rasa lemak-lemak gitu

    Tips Elakkan Migrain Waktu Pantang

    ReplyDelete
  18. Sedap yer puding roti meleleh.nie favourite saya jgk nie.dah lama x buat.

    ReplyDelete
  19. Alahai sedapnya..Baru sekali pernah buat puding roti..Memang senang amat! Tengok pic puding tu, terliur nak buat lgi ni..hehe

    Petua Mudah Kurangkan Ketidakselesaan Sakit Gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya pudinng roti ni resipi paling sennag antara yang senang...

      Delete
  20. Alahai sedapnya..Baru sekali pernah buat puding roti..Memang senang amat! Tengok pic puding tu, terliur nak buat lgi ni..hehe

    Petua Mudah Kurangkan Ketidakselesaan Sakit Gigi

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::