Asid Folik dan Folat Bukan sekadar untuk kesuburan dan kehamilan semata-mata : Perbezaan dan kepentingan asid folik dan folat
Selalu kita dengar bahawa Asid Folik atau folat bagus diamalkan oleh wanita yang ingin hamil mahupun yang sedang hamil. Walaubagaimanapun, ia sebenarnya bagus untuk semua golongan dan diambil mengikut dos yang diperlukan oleh badan.
Yang paling ketara adalah Asid folik atau folat penting untuk perkembangan tulang belakang bayi, otak dan tengkorak semasa minggu awal kehamilan. Asid folik telah terbukti membantu mengurangkan risiko NTDs ( Neural Tube Defect) sebanyak 70% jika diambil sebelum mengandung dan juga telah dapat mengurangkan risiko kecacatan kelahiran lain termasuk lelangit rekah dan hati yang tidak normal.
Folat dan Asid folik adalah istilah yang berlainan untuk kategori Vitamin B.
Folat boleh didapati secara semula jadi dalam makanan manakala asid folik boleh didapati dalam bentuk vitamin sisntetik yang terdapat dalam multivitamin dan makanan tambahan.
Folat (diambil dari perkataan Latin, folium yang bermaksud daun) adalah vitamin B larut air yang boleh didapati secara semula jadi dalam makanan yang kita makan dan mudah musnah melalui masakan,haba dan sebagainya. Asid folik wujud dalam bentuk folat yang digunakan dalam makanan tambahan dan dalam sesetengah makanan.
Ia adalah komponen enzim yang diperlukan untuk membentuk DNA iaitu bahan genetik yang terdapat dalam setiap sel badan.Folat yang mencukupi membantu membina sel darah merah dan sel saluran penghadaman yang baru.
Kekurangan folat dan asid folik di dalam sel badan saling berkait dengan penyakit anemia yang membuatkan kita cepat letih,penat dan kurang fokus.
Sumber Folat atau Asid Folik
Terdapat 2 sumber utama asid folik:
- Makanan
- Makanan Tambahan (Supplement/Vitamin)
Credit : aboutkidshealth |
Folat boleh didapati dalam kebanyakan sayuran hijau dan sayuran lain seperti brokoli,asparagus,bayam,avocado,brussels,jagung,kacang hijau,parsnips,bendi; buah-buahan seperti buah-buahan sitrus dan jus seperti oren,jus oren,jus nanas,jus tomato,betik,beri seperti strawberi,raspberi dan beri hitam; daging dan hasil tenusu seperti telur;kekacang seperti kacang merah,kacang tanah,badam,walnut dan biji bunga matahari; serta produk bijirin seperti roti yang diperbuat dari tepung gandum,pasta dan bijirin yang diperkaya.
Kepentingan Asid Folik dan Folat selain daripada untuk kesuburan dan kehamilan
Badan kita sebenarnya tidak mampu menggunakan folat sepertimana dalam asid folik. Tidak semestinya makanan yang kaya dengan folat mempunyai khasiat yang sama seperti kita ambil asid folik di dalam supplement. Walaupun kita mengambil pemakanan yang seimbang dan kaya dengan asid folik, kandungan nutriennya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asid folik untuk dalam badan kita.
Oleh sebab itu, pengambilan supplement untuk wanita yang ingin mengandung dan ibu yang sedang mengandung memerlukan sekurang-kurangnya 0.4mg atau 400mcg asid folik.
Selain itu asid folik juga membantu dalam :
- Membantu badan membina dan mengekalkan sel-sel baru
- Membina sel-sel darah merah yang baru dan membantu mencegah anemia
- Melindungi daripada penyakit jantung, beberapa jenis kanser dan mencegah masalah kognitif (mental)
- Mengurangkan risiko kematian akibat strok
Manakala Folat pula membantu dalam :
- Membantu pertumbuhan sel darah merah
- Menyokong sistem saraf
- Mencegah kecacatan tiub neural pada bayi baru lahir
Ihsan Google |
Jadi, pengambilan asid folik sebanyak 400mcg amat penting untuk wanita yang ingin hamil dan mengandung sangat penting sebagai tambahan kepada sumber folat yang boleh didapati melalui makanan.
Info lain :
http://www.dietitians.ca/http://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukanhttp://www.thankyourbody.com/folate-vs-folic-acid-for-pregnancy/http://www.intelihealth.com/article/folic-acid-not-just-for-pregnant-women?hd=Food
Hamil anak pertama sehari pun saya tak tinggal bcomplex. Alhamdulillah anak lahir bebas kuning.
ReplyDeleteKalau rasa nak datang tanda-tanda stres tu telan Bcomplex pun elok
ReplyDeletePeluang Perniagaan Dibuka
vitamin yang tidak putus stok...
ReplyDeleteKURUS, SLIM DAN KEMPIS PERUT
Terima kasih atas penjelasan yang sangat bermanfaat sekali. Acid folic memang perlu disediakan dirumah saya untuk beri kesihatan dan kecergasan badan ahli keluarga semua.
ReplyDeleteSgt penting.. Utk cegah kecacatan bayi, apa lah sgt dgn mengambil folic acid jika dibandingkan dgn kecacatan bayi
ReplyDeleteBanyak kegunaan asid folic ni kan. Bermakna kita perlukan asid folic ini walaupun bukan ketika mengandung. Thanks atas perkongsian.
ReplyDeleteMeraikan Anak Autisme
asid folic ni kepada yang merancang nak hamil dinasihatkan ambil lebih awal..mememg bagus..
ReplyDelete3 Langkah Untuk Kurus