CARA RAWAT SAKIT PERGELANGAN TANGAN HINGGA SEMUA KERJA TERGENDALA..

8:35 AM


Sejak 3 minggu lepas, Sya mengalami terseliuh di pergelangan tangan kiri.

Ini kiranya pertama kali terjadi pada diri sendiri.

Tak pasti apa puncanya. Kemungkinan aktif mengangkat barang berat ataupun tersalah menggerakkan tangan sewaktu mengambil barang. Tapi, kesakitan tu mulai teruk selepas diurut oleh suami. Apa boleh buat, suami nak juga meringankan kesakitan si isteri:')

Selepas merujuk hal ni pada doktor, tiada apa yang doktor mampu lakukan. Tanya 2 soalan,dengar penjelasan pesakit, beri pesakit ubat angin dan tahan sakit serta ubat sapu panaflex.Dan semestinya, surat MC paling penting. (Jumpa doktor sebab nak ambil mc je.Tak kuasa nak pi klinik semata)


Ihsan Google

Semua kerja tak dapat Sya buat. Nak menggaru tak boleh, nak memotong bahan masakan pun tak mampu, nak memegang  atau menggenggam barang pun terasa kesakitan tu.Kiranya segala kerja tergendala sampaikan OT pun tak dapat Sya buat.

Bila dah sakit tu, mulalah diri ni nak cari info mengenai pergelangan tangan yang terseliuh.


Terseliuh pergelangan tangan (wrist sprain) terjadi akibat tisu ligamen sekitar sendi yang menghubungkan pergelangan tangan tu mengalami regangan ataupun terkoyak.
Ia boleh dibahagikan kepada tiga keadaan:

  • Gred 1 : Terdapat sedikit regangan pada tisu ligamen dan masih boleh dirawat
  • Gred 2 : Tisu ligamen mengalami sedikit koyakan
  • Gred 3 : Tisu ligamen terkoyak dimana memerlukan rawatan rapi




Ihsan Google : Gred tisu ligamen yang bermasalah



RAWATAN YANG SESUAI UNTUK PERGELANGAN TANGAN YANG TERSELIUH


Bab ni memang kita kena jaga dengan rapi. Walaupun doktor tak memberikan sebarang nasihat pada Sya, tapi kita kenalah proaktif mencari info demi kesihatan diri ( siapa doktor sebenarnya ni?)

Antara yang perlu kita tekankan adalah:


  • Pastikan kecederaan itu tidak berlanjutan ataupun melindungi pergelangan tangan daripada kecederaan yang lebih teruk. Boleh tangguhkan sebarang kerja yang mampu membebankan pergelangan tangan daripada terus menerus sakit.
  • Merehatkan pergelangan tangan tanpa sebarang aktiviti selama 2 hari.
  • Tuam ais pada pergelangan tangan yang terseliuh bagi mengurangkan bengkak atau sakit. Lakukan selama 30 minit pada setiap 4 jam hingga pergelangan tangan kembali sembuh
  • Balut pergelangan tangan dengan bandage.
  • Tinggikan pergelangan tangan dari badan


Selain itu, ada juga ubat-ubatan NSAIDs ( Non-steroidal anti-inflammatory drugs) yang mampu meringankan kesakitan akibat tangan terseliuh dan boleh dibeli sendiri di farmasi. Antaranya : ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve, Naprosyn) atau acetaminophen (Tylenol).

Walaupun begitu, kita digalakkan mengikut dos yang ditetapkan dan juga mendapat khidmat nasihat dari doktor sebelum sebarang kesan-kesan sampingan timbul seperti risiko pendarahan dan ulser.

Individu yang sememangnya mengalami penyakit jantung dan penyakit berbahaya lain sewajarnya merujuk pada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubatan seperti di atas.

Atau mungkin nak berlaih pada cara alternatif?


You Might Also Like

14 Pengomen

  1. Replies
    1. tak lama lagi dia pun jadi best fren sy pulak :)

      Delete
  2. 4biji sehari memang memberikan kesan terbaik..suka sgt oste ni tau..sebab tu lah rahsia saya tak lagi kejang semasa tidur

    Jemput baca: Kejang Otot Ketika Hamil Yang Menyebabkan Ibu Mengandung Tak Lena Tidur

    ReplyDelete
  3. Adoii sakit yer.boleh bayang macam mane keadaan bila pergerakan terbatas.sy sdri telah amalkan omega guard.sejak ambil omega masalah sakit x de lagi..

    ReplyDelete
  4. So far memang superb kalau digandingkan skali. Kita boleh rwsa kesannya. Lebih2 lagi ostematrix.

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN C DAN BIOFLAVONOIDS

    ReplyDelete
  5. AJHT dan OmegaGuard mmg the best la, Ostematrix pun ok. set ini higly recommended

    ReplyDelete
  6. Lenguh biasa pun dah tak tahan apatah lagi kalau tergeliat

    ReplyDelete
  7. Terbatas nk wat keje kalau terseliuh ni.semoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  8. Memang semua kerja tak jalan kalau dah sakit kan...nasib baik ada supplement shaklee boleh membantu...

    set kurus ibu menyusu

    ReplyDelete
  9. Memang susah hati kalau tangan terseliuh, semua kerja tak boleh nak buat. Oste memang teman baik saya setiap hari.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    ReplyDelete
  10. Saya dah ambik 3 dari 4 tu..AJHT belum try lagi..

    Masalah Kesuburan

    ReplyDelete
  11. Memang bagus amalkan vitamin berbanding ubat2an.. kesan yang baik utk jangkamasa panjang...

    ReplyDelete
  12. Bagus tips ni..memang amat memerlukan tips ni kerana muka rasa sakit camtu pula
    Pudarkan Pigmentasi untuk Tampil lebih yakin

    ReplyDelete
  13. Urutan tradisional untuk wanita dan ibu bersalin.
    area sekitar sentul dan cover seluruh kawasan kuala lumpur.
    hubungi 013-2096836.

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::