RASA PAHIT TAPI BANYAK KHASIAT TERSEMBUNYI BUAT SESIAPA YANG TAK GEMARKANNYA

7:56 PM


Sya pernah sekali termakan sayuran ni..Memang tak boleh nak masuk dengan tekak.

Memang rasanya pahit.



Ihsan Google

Mindset sesiapa pun akan terkeluar bahawa ia sememangnya pahit.

Tapi, tahukah korang yang PERIA ni banyak khasiat pada kesihatan kita?


Ihsan Google

Selalu kita dengar bahawa pahit itulah ubat pada setiap masalah kesihatan. Betul ke?

Peria atau nama saintifiknya Momordica Charantia memang mudah didapati di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia, Sri Lanka, Indonesia serta Filipina.

Ia banyak digunakan dalam perubatan tradisional dan rawatan alternatif bagi merawat pelbagai masalah kesihatan.


Yang menariknya,peria mengandungi protein,karbohidrat,lemak,kalsium,zat,besi,fosforus,kalium,natrium, mangan,magnesium, beta karotena,B1,B2,B3,B5,B6 dan Vitamin C. Ia juga mempunyai kalori yang rendah iaitu sebanyak 17 kalori per 100 gram peria.


Walaupun ia pahit, peria merupakan salah satu sayuran yang kaya dengan Vitamin C. Ia dapat membekalkan kira-kira 84 mg Vitamin C per 100 gram peria. Vitamin C ini memang penting kerana ia merupakan antioksidan semulajadi dalam membantu tubuh menghalang radikal bebas.



KHASIAT DI SEBALIK KEPAHITAN PERIA


Banyak khasiat yang kita dapat jika mengamalkan memakan peria dalam diet harian kita.


  • Peria dikatakan mampu untuk merangsang pencernaan dan peristalsis ( pengenduran dan pengecutan) makanan dengan mudah melalui usus sehingga ia dirembes daripada tubuh kita. Jadi, ia mampu melegakan masalah pencernaan dan sembelit.
  • Ia digunakan untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah buat pesakit diabetes atau kencing manis. Bertindak seperti insulin.
  • Mencuci darah kotor. Ia mampu membantu mengatasi masalah bisul, kudis buta dan gatal badan. Kaedah : segelas perahan peria dicampur dengan sedikit perahan limau. Diminum selama beberapa bulan hingga sembuh.
  • Bertindak sebagai julap.
  • Meningkatkan selera makan.
  • Dapat mengurangkan kepanasan suhu badan. Kaedah : rebus peria dengan air, tapis dan kemudian minum segelas air rebusan peria.
  • Air rebusan peria boleh diminum oleh mereka yang menghidap asma dan lewat datang haid.
  • Membantu mengurangkan jerawat dan elok untuk kecantikan kulit.
  • Boleh dijadikan ulam untuk wanita yang baru bersalin bagi menambah susu badan.

CARA MENGHILANGKAN RASA PAHIT PERIA

Kalau diikutkan memang sya tak mampu nak makan peria walaupun sepotong. Tapi,rupa-rupanya ada cara nak menghilangkan rasa pahit peria itu dan sedap untuk dimakan.

Caranya : rendamkan peria ke dalam air garam sebelum di masak.

Sya pernah terbaca di dalam beberapa buah blog. Ada yang goreng peria tu macam kita nak goreng ayam. Lebih garing lebih sedap. Ada yang pernah buat? Mesti ada kan...

Credit : anakunclenadri.blogspot

Ayah sya pula memang boleh saja makan makanan yang pahit seperti peria, mengkudu mahupun mas cotek yang merupakan herba yang bagus untuk menurunkan paras gula dalam darah.

Kami? Tak mampu nak tengok peria pun. Memang tak laku dimakan di dalam rumah.

Apa susah, Shaklee kan ada! Dari Shaklee, kita boleh dapatkan khasiat seperti peria. Tak perlu susah susah untuk makan peria yang pahit buat sesiapa yang tidak gemarkan sayuran pahit seperti peria. :)

Ihsan Google : Produk Shaklee yang bermutu tinggi,selamat,semulajadi dan halal.


Sumber & Credit:
Mingguan Wanita, 15-21 Mac 203
http://www.puterikasih.com/2014/05/khasiat-peria/
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20141005/kn_02/Peria-bersihkan-darah#ixzz3KAhk0ZgX 




'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'


Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)

Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..


-----------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :



Klik!

You Might Also Like

10 Pengomen

  1. Peria memang banyak khasiat tapi sayang, akak tak suka peria.

    9 makanan pantas bakar lemak

    ReplyDelete
  2. Ida suka makan peria.. Buat masak goreng dgn telur tu.. Perghh, sedap.. Lame dh tak mkn, kne cari la peria ni.. Tak pernah plk rendam dgn air garam, terus msk mcm tu je.. Xdela pahit mne pon..

    ReplyDelete
  3. peria sedap di goreng garing dengan tepung, kalau makan macam sayur tu memnag pahit. baik anda goreng ....memnag sedap dan tak pahit.

    Kepentingan Lecithin Nyata Diperlukan Badan Anda

    ReplyDelete
  4. Saya pun tak makan peria sebab rasa pahit..tapi yang goreng en suami suka makan...tapi bila dah goreng macam tu..khasiatnya ada lagi ker??

    Kulit Kering dan Menggelupas

    ReplyDelete
  5. Seumuer hidupku tak pernah makan peria. Tak tahulah kenapa. Rasa teringin pun xdak..huhuu

    JommSihatDanCantik -> HILANGKAN BLACKHEADS & WHITEHEADS SENDIRI

    ReplyDelete
  6. Parents saya suka peria yg dibuat sup ayam. Tapi sampai sekarang tekak saya tak boleh lalu peria huhuhu kembang je mulut hihih

    ReplyDelete
  7. Sedapnya peria goreng. Selalunya orang yang ada kencing manis ambil peria ni sebagar penawar kan...

    Kerana Alfalfa Complex Shaklee.....Suamiku Kini BERUBAH!!

    ReplyDelete
  8. tengok orang makan macam best tapi bila kita makan, memang tekak tak boleh nak terima

    ALFALFA BAGUS UNTUK KESIHATAN DALAMAN WANITA

    ReplyDelete
  9. Selain peria goreng, akak lagi suka peria masak tumis biasa dengan pecah telur sebiji. Sedapnya!

    ReplyDelete
  10. Sedap je..mula pandai makan peria zaman sekolah menengah.. Sedap.memang goreng pecah telur

    Aktiviti Merangsang Minda Anak

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::