CARA RAWAT KETIAK HITAM, BUSUK DAN BERDAKI~

8:30 PM

Bab ni sensitif.

Sorry to say.Kalau awak tu jenis yang suka pakai sleeveless, tolong la jaga bab ketiak tu. Trim la sikit. 



Ye..memang kene konfiden walaupun ketiak tak trim tapi orang sekeliling korang tu kompem tak selesa. Berbulu je mata kalau tertengok. Especially bila hangout kat public.

Pening bila mata tertancap pada keindahan yang tak berapa nak indah. 

Pakai sleeveless. Tak trim. Jalan2 kat public. Cer angkat sikit lengan tu. Ada hitam-hitam, berdaki dan berbau tak?





Bila dah jadi macam ni, kita kenalah jaga dan beri perhatian khusus. Area ketiak atau bahasa lembutnya, bahagian bawah lengan ni memang tempat kalenjar peluh yang aktif. Jadi, jika kita tak jaga, boleh menjatuhkan dan memberi efek negatif pada penampilan kita.



CARA MERAWAT KETIAK HITAM, BERBAU DAN BERDAKI



Teh Hitam


Asid Tannic yang terdapat dalam teh hitam dikatakan boleh membantu mengurangkan penghasilan peluh terutama di bahagian ketiak.

Caranya : rebus seuncang teh hitam dan tuangkan di atas kain lap. Biarkan hingga sejuk sebelum ditekap pada bahagian ketiak selama lima minit. Lakukan rawatan macam ni setiap malam selama dua minggu.




Benzoyl peroxide dan penyegar


Ada pakar kulit menyarankan penggunaan benzoyl peroxide yang dikatakan boleh membantu membunuh bakteria penyebab bau yang kurang enak.


Caranya: basuh ketiak dengan pencuci muka yang mengandungi benzoyl peroxide.
Boleh juga mengelap bahagian ketiak dan sekitarnya dengan kapas yang telah dicelup ke dalam cairan penyegar. Kandungan alkoholnya akan segera menguap dan membantu menimbulkan rasa segar sekali gus meminimumkan bau yang kurang enak.



Menjaga pola pemakanan


Elakkan mengambil makanan yang dapat merangsang penghasilan peluh yang berlebihan sehingga menyebabkan masalah bau badan. 

Antaranya : bawang merah, bawang putih atau bawang bombay. Selain itu, banyakkan pengambilan air putih, buah,serta buah-buahan.


Rajin mandi


Mandi sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari.Pastikan menggosok bahagian ketiak dan mencucinya dengan sabun antiseptik. 



Then, keringkan dengan menggunakan tuala yang bersih sebelum pakai deodoran.



CARA MERAWAT KETIAK HITAM DAN BERBAU MELALUI BAHAN SEMULAJADI



Scrub lemon atau limau nipis


Lemon sesuai di gunakan untuk memutihkan kulit ketiak kerana kandungan Vitamin C yang tinggi. 

Caranya : buat scrub ketiak dengan memakai buah lemon. Lemon ni ada dua fungsi iaitu memutihkan kulit juga membuat ketiak kita jadi segar dan wangi. 


Lulur kunyit 


Caranya : larutkan 2 senduk serbuk kunyit dalam air dan oleskan di ketiak. Bilas sesudah dibiarkan beberapa minit. 


Yogurt dan susu


Yogurt dan susu banyak mengandungi asam laktat iaitu bahan  yang mampu memutihkan ketiak secara semulajadi. 

Campurkan yogurt  dengan beberapa sudu susu. Kemudian oles sebagai scrub dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan rutin setiap minggu untuk mendapat hasil yang diidamkan.

Timun


Efeknya yang menyegarkan dapat membantu melembabkan kulit, mengatasi kulit berminyak bahkan dapat digunakan untuk memutihkan ketiak.

Cara :  haluskan timun dan maskerkan pada ketiak . Biarkan selama 12-17 minit, bersihkan dengan air yang bersih. Buat seminggu 2-3 kali. 


Betik dan Madu


Kandungan asam arkobat yang terdapat pada betik  dapat mempercepat pengelupasan sel kulit mati pada kulit.

Madu pula memiliki kandungan vitamin C dan polifenol yang berguna untuk mencerahkan kulit ketiak. 

Caranya : ambil 1/4 buah betik kemudian haluskan dengan blender.Tambah 2 senduk makan madu dan oleskan di ketiak. Biarkan selama kurang lebih 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

Baking Soda




Boleh digunakan untuk memutihkan ketiak. 

Baking soda memiliki kalsium yang boleh mengangkat sel kulit mati.

Cara : ambil secubit, larutkan dalam air dan oleskan diketiak. Gosok selama kurang lebih 2 hingga 3 minit kemudian bilas dengan air bersih.


Ubat gigi


Picit sebesar kacang soya ubat gigi dan coletkan pada hujung jari dan kesat di bahagian lipatan/ ketiak yang gelap.

Bersihkan dengan air bersih. Jangan teruskan tips ini kalau tiba-tiba kulit merah-merah. Itu maksudnya kulit anda sensitif.


Batu tawas


Cara : campurkan tawas dengan air suam.Gosok di ketiak dengan menggunakan spa atau tuala basah.




***Tips Tambahan


Ketika mencukur bulu ketiak, hati-hati ye. Jangan sampai menggores kulit ketiak kerana akan membuat kulit ketiak stres dan berpeluh. Pilihlah alat cukur yang betul-betul tajam, bersih dan cukur pada satu arah saja supaya tidak menyebabkan iritasi.



You Might Also Like

1 Pengomen

  1. Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

    Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA, PUTIHKAN KULIT, GLOWING, FLAWLESS]

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::