CARA MENGATASI GOUT YANG MENYUSAHKAN!

9:30 PM

Ada rasa panas, sakit, bengkak, dan macam kemerah merahan pada sendi terutamanya sendi kaki?Rasa sakit start pada waktu malam? Tak bole tidur?Kawasan kulit pada sendi mula mengelupas dan rasa gatal2? Demam?

Bila jadinya tanda tanda ni, selalunya dikaitkan dengan penyakit Gout.





SASARAN GOUT

Gout adalah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur termasuk remaja. Ia menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi.


  • Lelaki berusia 30 tahun ke atas
  • Wanita menopous
  • Ada sejarah keluarga menghidap gout
  • Orang yang minum alkohol berlebihan
  • Stress


PUNCA GOUT

Gout ni berpunca dari pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan (Asid urik tak dibuang dengan berkesan dalam badan).


Asid urik terbentuk apabila bahan kimia daripada makanan yang kita makan yang dipanggil purin, dipecahkan.Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. 



FAKTOR GOUT


Gout juga boleh disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang, penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik, kesan sampingan ubat diuretik dan akibat penyakit lain seperti tekan darah tinggi serta kebuluran. 


Serangan gout juga dicetuskan oleh beberapa faktor seperti pengambilan minuman beralkohol berlebihan, terlalu banyak makan terutama makanan yang kaya purin, kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air, badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau. 


Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut  mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.




CARA MENGELAKKAN GOUT TERJADI





1) Kekalkan hidrasi 




Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. 



Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi. 



2) Elak minuman keras 


Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis. 


3) Elak beli ubat gout di kaunter 


Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Contohnya ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan. 

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan. 

Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan. 

4) Makan secara sihat 


Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat. 

Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat. 

5) Mengekalkan berat badan 


Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat. 

Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang.

 

6) Rehat 


Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu. 

Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kit
a tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat. 



***Sumber : BH online 21/3/2013

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara supplement yang membantu mengurangkan masalah gout....

Sampai bila nak bertahan dengan Gout? Susah berjalan, jalan pun berdengkot2, rasa sakit bila nak berjalan.Menyusahkan diri!! Kawal pemakanan dan makan supplement! Insyallah..




SET SENDI SHAKLEE


Whatsapp : 014-6342040

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::