BERDIET DENGAN DIET ATKINS

6:44 PM

Assalam..

Kalo diikutkan banyak jenis diet yang kita bole amalkan untuk menyelesaikan masalah berat badan. Ada orang selesa untuk amalkan puasa sunat sebagai diet, ada yang try diet detox, ada yang kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan lauk atau sayuran, ada yang tahan lapar, ada yang ambil supplemen sebagai faktor untuk diet, dan sebagainya. 

Semua jenis diet ni bergantung kepada keselesaan badan kita pada perubahan corak pemakanan yang kita ambil dan senaman yang kita buat. Yeeaa ada orang susah nak turunkan berat badan walaupun dah cuba macam macam cara dan ada jugak yang cepat bagi tindakbalas terhadap penurunan berat. Dan ada juga yang tak sedar bahawa dorang dah alami pengurangan inci badan @ inch loss..itupun satu kejayaaan besar tau...



Dalam banyak banyak jenis diet, sya berkenan dengan Diet Atkins. Ntahla,mungkin pendedahan pada suratkhabar, cerita dari member2 dan ada Fb tentang Diet Atkins ni. 1st time sya sedar ada member lama dari Sekolah Tinggi dulu cuba diet atkins dan berat dia memang turun sangat. Masa tu kurang nak ambil tahu pasal diet diet ni. Sampaila satu ketika geng Shaklee dan member lama senruh tentang diet ni.


Ekceli, konsep diet atkins adalah mengurangkan karbohidrat tetapi makan makanan yang tinggi dengan protein. Bila kita ambil protein , ia akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. 

Jadi banyak tenaga (kalori) diperlukan untuk menukarkan protein sebagai sumber tenaga dan ini membawa kepada peningkatan kadar metabolisma sekaligus menurunkan berat badan.   Kiranya diet ni berkonsepkan pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan.
Diet atkin membolehkan badan seseorang turun dengan begitu cepat kerana karbohidrat telah dikeluarkan dalam senarai pemakanan dan mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari  dan membawa kepada penurunan berat badan.Tapi, ada jugak kesan sampingan jika kita berterusan amalkan diet ni :-

  •  Menyebabkan sakit jantung dan berpotensi merapuhkan tulang.
  •  Merosakkan hati dan buah pinggang dengan kemasukan protein yang tinggi.
  •  Penyebab penghasilan Uric Acid, iaitu penyebab kepada penyakit-penyakit seperti gout (sakit sendi) dan batu karang.
  • Hasilnya nanti adalah bentuk badan yang kurus-lembik kerana proses penurunan yang cepat tu hanya melibatkan penurunan berat air dan otot yang banyak.


Ada 4 peringkat  yang perlu dibuat dengan berdisplin sebagaimana Atkins Nutritional Approach :


  • Induction : dilakukan selama 2 minggu atau lebih mengikut keadaan & berat badan

  • Ongoing Weight Loss
  • Pre Maintenance
  • Lifetime Maintenance

Dalam tempoh 2 minggu induction, kita kene elakkan :



  • Nasi, pasta, kuewtiaw, mee, meehun dan seumpama dengannya.
  • Semua jenis roti
  • Semua jenis gula
  • Buah buahan (selepas 2 minggu bole diambil dengan berpada pada)
  • Minuman bergula, jus buah, air bikarbonat, dan kafein
  • Snek
  • Segala bentuk kekacang
  • Makanan berproses seperti kentang goreng
  • Makanan bertepung seperti kek,biskut, kuih


  • Ayam, ikan, daging - grill, stim, bakar
  • Sup
  • Udang - bakar , tomyam, goreng dengan cili boh
  • Sayur hijau ( kurangkan carrot, elakkan kentang)
  • Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan - hadkan kepada 2-3 keping sehari
  • Air masak

  • Ambil sarapan, lunch dan dinner. Makan sebelum 9pm.
  • pastikan makan 3-5 kali sehari dalam kuantiti yang kecil
  • jangan sesekali berlapar untuk turunkan berat
  • jauhi buah buat sementara kerana ia mengandungi gula
  • Lunch bole ambil makanan berat
  • Jauhi minuman bikarbonat
  • Jangan makan malam selepas 9pm. Nnti makanan lambat hadam.Better sebelum 7pm.


Ada member yang kata at least jangan lebih dari 20gm karbo dalam sehari. betul ke?? Ini sah perlukan disiplin yang tinggi dan konsisten. Betul kan?

ATAU korang jenis yang malas nak jaga makan dan kira karbo?


Whatsapp 014-6342040

You Might Also Like

1 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::