Penah tak korang hadapi gangguan bila nak ke tandas je, 'hajat' korang terbantut?
Bayangkan,perut tu dah penuh dan sebu, tapi 'hajat' tak dapat ditunaikan.
Perit kan? Mood pun boleh terganggu dan juga aktiviti sehari hari.
Sembelit ni mungkin berbeza untuk setiap individu.
Dan semestinya ia terjadi akibat gaya hidup kita yang kurang amalkan regim yang sihat.
Ada yang membuang 2-3 kali seminggu atau kurang dari itu dan meneran ketika membuang air besar juga mempengaruhi gejala sembelit.
PUNCA TERKENA SEMBELIT
Antara sebab sembelit terjadi adalah :
- Kurang pengambilan serat dama diet seharian. Korang memerlukan antara 20-35 gram serat dalam sehari.
- Gemarkan makanan kaya lemak dan bergula
- Kurang minum air masak
- Kerap menahan diri dari membuang air besar. Ini mungkin terjadi jika susasa persekitaran berubah atau sibuk dengan kerja hingga menangguhkan proses membuang air besar.
- Kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang ringan
- Hormon tak stabil
- Kesan pengambilan ubat yang mungkin untuk penyakit tertentu
- Otot perut dan usus semakin lemah. Ini kerapkali trjadi pada warga tu kerana sistem penhadaman mereka dah kurang kecekapan untuk bekerja.
TANDA TANDA SEMBELIT
Tanda tanda sembelit ni mudah je nak dikenalpasti.
Pastikan bila korang ada tanda-tanda ni, cepat cepat cari solusi supaya sembelit ni tak menjurus kepada buasir pula.
Antara tanda tanda semeblit adalah :
- Najis lebih kering, keras dan sukar membuang air besar dengan lancar
- Meneran semasa membuang air besar
- Sakit semasa ada pergerakan usus
- Kekejangan di bahagian abdomen
CARA ATASI SEMBELIT
Salah satu cara nak mencegah sembelit adalah dengan mengambil makanan berserat dan makanan yang betul. Antaranya :
- Supplemen jika perlu
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang selalunya mencukupi untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan tetapi saranan pengambilan supplemen mungkin membantu individu tertentu. Antara supplemen yang disarankan ialah:
a) magnesium : Magnesium adalah nutrien yang bersifat laksatif. Jika anda liat untuk mengambil kekacang, biji-bijian atau sayur berdaun hijau gelap, supplemen magnesium mungkin boleh membantu.
Dos yang disarankan adalah sebnayak 150-300mg dua kali sehari. Korang boleh cuba pil kalsium yang ada di pasaran. Pastikan ia mengandungi magnesium tau!
b) serat
Jika korang tidak mencapai pengambilan serat dari makanan seperti yang disarankan, supplemen serat berasaskan psyllium akan membantu korang mencapai sasaran pengambilan serat harian.
- Buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, legum dan bijirin penuh
Makanan seperti buah buahan, syauran, kekacang dan bijirin penuh ni kaya dengan serat larut & serat tidak larut. Apabila serat memasuki sistem pencernaan, ia akan membantu menyerap cecair & melembutkan sisa buangan serta membantu pergerakan sisa dalam usus.Antara kandungan serat tinggi terdapat di bahagian kulit, stem dan daun buah buahan atau sayuran. Contoh sayuran yang bagus untuk pencernaaan adalah kangkung, brokoli, kailan memang kaya dengan magnesium yang bersifat laksatif.
- Buah prun dan buahan kering
Buah prun bertindak sebagai agen laksatif ringan dengan merangsang otot usus
untuk menolak keluar sisa buangan. 5 biji prun membekalkan 3g serat, tetapi kajian menunjukkan keberkesanannya bukan hanya terletak pada serat tetapi juga pada kandungan sorbitol serta komponen lain.
Contoh lain yang berfiat laksatif ringan adalah buah tin, kismis, kurma dan buah-buahan kering lain.
Contoh lain yang berfiat laksatif ringan adalah buah tin, kismis, kurma dan buah-buahan kering lain.
- Kopi dan minuman panas lain.
Sesetengah orang akan terus 'membuang' setelah menikmati kopi. Antara faktornya ialah minuman panas akan membantu pergerakan usus. Kandungan kafein dalam kopi juga akan merangsang pergerakan dan pengecutan otot usus. Tapi pengambilan kafein secara berlebihan juga tidak menyihatkanKorang boleh cuba minum kopi bersama 2 sudu jus lemon atau limau untuk kesan yang lebih baik.
- Air
Serat memerlukan air untuk berfungsi sepenuhnya. Jika kita tak minum air secukupnya, badan akan menyerap balik air dalam bahan buangan dan seterusnya akan menyebabkan sisa tu mengeras. Jika korang jenis susah untuk minum air kosong, try tambah perisa seperti perahan
limau, hirisan buah-buahan dan sebagainya.
- Linseed dan psyllium
Kedua-dua tumbuhan ini mampu melembutkan bahan kumuh. Kita boleh ddapat dalam bentuk mentah, proses atau mungkin bersama dengan bahan lain di pasaran. Korang Boleh cuba campurkan susu panas dengan linseed yang telah dihancurkan, minum sebelum tidur. Atau boleh tambahkan dalam minuman lain, atau yogurt, salad, smoothie,
bijirin pagi dan sebagainya.
- Probiotik
Usus memerlukan tindakan probiotik dari bakteria dan prebiotik iaitu serat untuk
menjalankan proses pencernaan, penyerapan, dan perkumuhan secara efisien.
Contoh makanan probiotik adalah dari makanan yang ditapai seperti tempeh, yogurt, makanan beryis dan minuman probiotik.
Sasaran: 1 hidangan makanan atau minuman kaya dengan probiotik sehari. Mungkin boleh amalkan minuman probiotik sekali sehari tetapi selalunya ia tinggi gula so pastikan pilih
yang kurang gula.
SEMBELIT HILANG DENGAN VIVIX SHAKLEE
Vivix Shaklee yang kaya dengan resveratrol ni mampu membantu melancarkan sistem pencernaan dan atara detoks paling berkesan untuk membuang toksin dalam badan. Ia juga antioksidan yang berkesan untuk memelihara sel dalam badan.
BIla kita ada masalah pencernaan, risiko untuk mendapat kanser usus pun sangat tinggi tau. So, kandungan resveratrol ni mampu mengurangkan risiko kanser usus dan masalah lain.
MAsalah sembelit ni jangan dibiarkan lama. Parah jadinya.
Amalkan pemakanan sihat disamping gaya hidup yang aktif.
SEMBELIT HILANG DENGAN VIVIX SHAKLEE
Vivix Shaklee yang kaya dengan resveratrol ni mampu membantu melancarkan sistem pencernaan dan atara detoks paling berkesan untuk membuang toksin dalam badan. Ia juga antioksidan yang berkesan untuk memelihara sel dalam badan.
1 minggu ayah tak membuang air besar. Bila minum Vivix, 3 kali dia membuang air besar. |
Setiap hari membuang sejak minum vivix |
BIla kita ada masalah pencernaan, risiko untuk mendapat kanser usus pun sangat tinggi tau. So, kandungan resveratrol ni mampu mengurangkan risiko kanser usus dan masalah lain.
MAsalah sembelit ni jangan dibiarkan lama. Parah jadinya.
Amalkan pemakanan sihat disamping gaya hidup yang aktif.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Whatsapp / SMS :
Founder of Calla Donita : SSM 00251****-P
Syira Ishak
014 634 2040
Projek Calla Donita
Sumber : BH 2010/07/24
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.