Rasa berangin dalam badan akan membuatkan kita rasa tak selesa je.
Perut kembung dan berangin, adakalanya kerap sendawa dan kentut juga boleh membuatkan kita rasa segan dengan orang sekeliling.
Bila perut kembung sampai nak keluarkan angin pun payah hingga menganggu perut, anda memang kena buat sesuatu.
Hal ini kerana bila angin yang kita sedut tu ada bakteria atau kuman, ia boleh mengganggu sistem pencernaan kita. Apabila angin terlalu banyak berkumpul dalam perut, ia akan menyebabkan badan terasa
tegang dan angin sukar bergerak keluar.
Angin dalam badan menyebbakan kembung perut. Adakalanya kembung perut menyebabkan perut lebih buncit dari biasa. |
PUNCA ANGIN DALAM BADAN
- Sistem pencernaan yang lemah
- Sembelit
- Kurang melakukan aktiviti fizikal atau senaman ringkas
- Waktu makan tidak teratur
- Kurang mendapat tidur yang berkualiti
- Banyak menelan udara semasa minum atau makan
TANDA TANDA ANGIN BANYAK DALAM BADAN
- Selalu rasa lenguh, kebas dan sengal-sengal
- Selalu rasa letih ,lesu, loya dan tidak focus
- Tapak kaki dan tangan selalu sejuk
- Sentiasa rasa tegang di tengkuk dan pinggang
- Kulit yang kering dan merengsa
- Menghadapi masalah pernafasan
- Perut berangin dan kembung
- Kerap pening kepala atau migraine
- Cepat berasa marah
- Hilang selera makan
- Badan rasa tidak selesa
CARA MENGATASI MASALAH ANGIN DALAM BADAN SUPAYA TAK TERKENTUT DEPAN ORANG RAMAI
- Kawal pemakanan dan elak makan terlalu banyak makanan ringan .
- BAnyakkan minum air masak supaya perut tak penuh dengan angin.
- Kurangkan minum air berkarbonat.
- Dapatkan ubat pencuci usus di farmasi untuk melancarkan aliran darah dan membersihkan usus seperti Herblax Shaklee yang terdiri daripada bahan bahan herba untuk membersihkan usus.
- Mengambil banyak sumber sayur-sayuran, makanan seimbang serta buah-buahan.
- Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, berjoging, berenang dan berjalan kaki;
- Buat massage untuk mengurangkan stres yang menjadi punca badan mudah masuk angin.
- Kunyah makanan dengan perlahan lahan agar makanan yang masuk ke usus mudah dicerna dan dihadam.
- Elak mengunyah gula getah
- Kurangkan tabiat merokok.
- Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergoreng kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihadam hingga menyebabkan gas terkumpul dalam perut.
- Amalkan makan dengan jumlah yang sedikit tapi kerap supaya perut tidak kosong dan rasa lapar.
- Minum air yang dicampur Chia Seed yang bagus untuk penghadaman kerana kaya dengan fiber.
- Minum air halia yang dicampur sedikit dengan lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman dan masalah angin banyak dalam badan.
- Ambil Anise seed ( cekur manis ) untuk melegakan masalah kembung perut seperti yang ada dalam Peppermint Ginger Shaklee.
Contoh makanan yang menyebabkan angin dalam perut dan makanan yang bagus untuk perut |
Selain tips di atas yang mampu mengurangkan masalah angin dalam badan, Peppermint Ginger Plus dari Shaklee dan Garlic Complex juga membantu masalah angin serta kembung perut ni.
Malas nak buat air halia, lemon dan sebagainya, boleh je telan Peppermint Ginger dengan melarutkan 3-5 biji dalam air teh. Telan! Konfem masalah angin atau kembung perut akan hilang tau.
Manfaat Peppermint Ginger Plus
Manfaat Garlic Complex
- Mengandungi spearmint : mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
- Antibiotik semulajadi : Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi. Ianya selamat digunakan untuk jangka masa panjang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuma, virus dan yis candida.
- Menghalang alergi : Menghalang penyakit yang berkait dengan sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, asma, selesema dan hepatitis.
- Mempertingkat sistem penghadaman : Formula uniknya mampu mempertingkatkan sistem penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.
- Memoderatekan tekanan darah tinggi : Pengambilan 2-4 biji tablet sehari mampu menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
- Detoksifikasi : Bawang putih/garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
- Menurunkan kolesterol : Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserad dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
- Mencegah kanser : membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser (Nitrosamine)
- Menstabilkan glukos : Membantu menstabilkan glukos dalam tubuh
Jom amalkan tips tips di atas supaya perut kita sihat tanpa angin dalam badan!
----------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------
Rujukan/Sumber :
http://everydayroots.com/gas-remedies
https://www.organicburst.com/blogs/ob-life/15320609-how-to-deflate-a-bloated-tummy-naturally#
http://health.usnews.com/health-news/blogs/eat-run/2012/11/21/a-taxonomy-of-tummy-bloating
http://www.eatthis.com/bloated-stomach
http://dailyburn.com/life/health/bloated-gas-stomach-habits/
http://naturalremedyideas.com/get-rid-of-gas-bloating/
http://www.mensfitness.com/nutrition/what-to-eat/4-ways-to-beat-bloating
http://timesofindia.indiatimes.com/life-style/health-fitness/fitness/5-common-causes-of-a-bloated-belly/articleshow/15585035.cms
http://www.besthealthmag.ca/best-you/prevention/7-ways-to-beat-belly-bloat/
http://www.nutritionsecrets.com/banish-bloating-for-good-15-ways-to-get-a-flat-stomach/
http://www.womansday.com/health-fitness/nutrition/advice/a2562/simple-ways-to-beat-bloating-119346/
http://www.mindbodygreen.com/0-23492/5-natural-remedies-for-a-bloated-belly.html
http://eh.com.my/artikel/cara-atasi-lebihan-angin-dalam-badan/
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_02.htm
Trima kasih atas info..
ReplyDeleteSering sakit di kawasan ari2.
ReplyDeleteSukar nk buang angin..rasa perut tegang