Pages

9 TIPS UNTUK IBU AYAH BERHADAPAN DENGAN MASALAH BAYI YANG KERAP MELALAK TAK HENTI HENTI

Selalunya bayi yang baru lahir ni akan selalu menangis untuk menunjukkan perasaan mereka pada sesuatu perkara. Nak susu, bayi akan menangis. Bosan, bayi pun menangis. Kembung perut, bayi juga akan menangis.

Ni semua semulajadi untuk bayi.

Tapi, pernah tak anda terdengar mengenai isu Kolik bayi?


Pertama kali saya dengar terma ni. 

Sebenarnya kolik bayi ni adalah tempoh bayi meragam atau menangis selama 3 jam atau lebih atau mungkin menangis tanpa sebab. Kerapkali kolik terjadi pada bayi yang berumur antara 3 minggu hingga 4 bulan.

Nak kata normal, maybe normal untuk kebanyakan bayi. Tapi, ibu bapa la yang stress nak memenuhi keperluan bayi mereka yang menghidapi kolik. Adakalanya manangis sampai tak keluar suara tu yang membimbangkan ibu bapa. Mati kutu dibuatnya.


Kadangkala bayi yang masih menyusu ibu akan mengalami sakit atau kembung perut. Mungkin sensitif terhadap apa yang ibu makan. Kalau anak anda sensitif pada makanan tertentu, cuba elakkan supaya mereka tidak meragam hingga terjadinya kolik bayi.

Ada juga bayi yang cerewet pada sesuatu hingga ia menangis tak henti henti. Bergantung juga pada sifat semulajadi bayi anda.

SIMPTOM BAYI YANG MENGHIDAPI KOLIK 

BAyi yang menghidapi kolik ni akan mengalami beberapa simptom yang ketara, iaitu : 


  • Bayi menangis dengan kuat berbanding biasa lebih dari 3 jam 
  • Bayi mengalami cirit birit
  • Bayi sukar untuk ditenangkan oleh ibu bapa berbanding kebiasaan
  • BAyi hanya tidur sekejap sahaja
  • Perut bayi kelihatan keras atau kembung
  • Wajah bayi kelihatan kemerahan

TIPS UNTUK IBU AYAH BERHADAPAN DENGAN MASALAH KOLIK BAYI

Mudah je cara nak hilangkan masalah kolik bayi ni. Bapa pula boleh bagi sokongan agar isu kolik pada bayi ni mudah ditangani.

Antara tips yang boleh diamalkan adalah : 

  • Ibu yang sedang menyusukan bayi kena elakkan makanan atau minuman yang boleh menimbulkan gas atau angin dalam badan seperti produk susu dan tenusu, kafein seperti kopi, bawang, kobis, kekacang, telur dan sebagainya. Kena try and error apa sahaja makanan yang boleh menimbulkan alergik pada bayi.
  • Menyusukan bayi setiap 2 hingga 3 jam sekali
  • Jauhi asap rokok dari bayi anda
  • Urut bayi sebba kemungkinan bayi anda tu kembung perut atau ada mengalami ketidakselesaan badan
  • 'Burp' kan bayi dengan kerap selepas bayi selesai menyusu
  • Bedung bayi supaya ia rasa selesa
  • Tenangkan keadaan bayi yang menangis dengan membawanya keluar bersiar siar kejap atau naik kereta untuk bayi dapat suasana baru
  • Ibu yang menyusukan bayi perlu ambil makanan atau minuman yang kaya probiotik untuk penghadaman sihat dan mengurangkan alahan seperti minuman berkultur, barli, madu, tempeh dan sebagainya.
  • Kawal mood semasa nak menghadapi kolik bayi ni. Sedaya upaya untuk bawa bayi keluar bersiar siar sambil anda pun dapat tenangkan perasaan dengan keadaan bayi yang menangis ni.
 Selain itu, ibu juga boleh sapu Krim Herbal Blend pada bayi untuk melegakan ketidakselesaan perut bayi yang meragam dan menangis.

Dan ibu juga boleh amalkan supplement Peppermint Ginger untuk membuang angin dalam badan yang mempengaruhi keadaan bayi yang menghidapi kolik. Kalau ibu tiada angin dalam badan, ia juga akan menyebabkan bayi kurang mendapat kembung perut semasa menyusu.

 


Semasa bayi anda berhadapan dengan masalah kolik, cuba untuk saling menyokong antara satu sama lain. Elakkan dari cepat marah dan sentiasa tenang supaya anda dapat mencari jalan untuk menenangkan bayi yang sedang meragam.

Amalkan tips mudah di atas agar isu kolik bayi ni dapat ditangani dengan sebaiknya oleh ibu bapa.







--------------------------------------------------------------------------



--------------------------------------------------------------------------

















Sumber/Rujukan :
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0891524509003290
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0266613809000692
http://www.babycenter.com.my/a1029140/kolik-pada-bayi-bagaimanakah-kami-menanganinya
http://whenmayend.blogspot.my/2011/01/apa-itu-kolik-dan-apa-penyebabnya.html
http://www.babycenter.com.my/a77/colic
http://kidshealth.org/en/parents/qa-colic.html?WT.ac=p-ra
http://www.parents.com/baby/care/colic/colic-basics/
http://www.caringforkids.cps.ca/handouts/colic_and_crying
https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/colic
http://www.cyh.com/HealthTopics/HealthTopicDetails.aspx?p=114&np=304&id=1735
http://www.med.umich.edu/yourchild/topics/colic.htm
http://www.enfamil.com/articles-and-videos/feeding-issues-explained/crying/coping-crying-or-colicky-baby-everyday-tips
http://www.lalecheleague.org/nb/nbjanfeb98p13.html 
https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/crying-colic/Pages/Colic.aspx

http://matrixmassagespa.com/diy-infant-massage-relieve-colic/



No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.