Pages

MUKA DIA BERJERAWAT TERUK AKIBAT RESDUNG? NI TIPS NAK HILANGKAN RESDUNG HINGGA KULIT MUKA PUN JADI FLAWLESS


Masalah resdung boleh terjadi pada sesiapa sahaja.

Kebanyakan pesakit resdung mengalami bersin yang kerap, hidung berair dan tersumbat, terasa seakan akan nak demam, gatal gatal hidung, dan pelbagai masalah lain.

Ada yang mendapat resdung ni mungkin daripada alahan makanan, debu atau perubahan cuaca. Tapi, ada juga yang mendapat masalah resdung ni dari genetik keluarga yang pernah menghidap ekzema atau asma mahupun penyakit kulit lain.

Yang peliknya juga, ada penghidap resdung turut mengalami masalah jerawat yang teruk. Kebetulan atau sememangnya ada kaitan antara resdung dengan jerawat?

Masalah resdung ni boleh dikesan melalui pemeriksaan kesihatan. Dari sini, doktor akan berikan ubat untuk menagwal masalah resdung. Selain dari ubat ubatan, ada juga cara lain yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah resdung supaya pesakit resdung tidak terlalu bergantung pada ubat termasuk ubat tahan sakit.
  
www.bysyiraishak.blogspot.com

7 TIPS MERAWAT RESDUNG DI RUMAH TANPA PERLU UBAT YANG MAHAL DAN BANYAK


Ada sesetengah penghidap resdung alah pada makanan kan? Selain dari menjauhi makanan yang anda sudah tahu anda memang ada alahan, ada beberapa makanan atau sumber semulajadi lain yang bagus unuk mengurangkan dan mencegah resdung supaya tidak kerap terjadi.



  • Minum Teh Herba panas
 Teh herba seperti chamomile, halia, dan sebagainya bagus untuk merawat masalah resdung yang melibatkan rongga tekak dan hidung. Bendalir yang ada dalam rongga hidung tu dapat mengelakkan mukus tersumbat.

  • Minyak Pati (Essential Oils)
Terdapat beberapa minyak pati yang mampu membantu merangsang membran mukus dan mengurangkan keradangan. Anda boleh titiskan minyak pati dalam air panas untuk diwapkan pada muka atau menjadikannya sebagai air mandian. Antara minyak pati yang bagus untuk merawat keradangan adalah rosemary, lemon, thyme dan pudina.

  • Elakkan produk tenusu

Ada yang kata bahawa produk tenusu ni akan menyebabkan resdung menjadi lebih teruk. Mungkin disebabkan oleh penebalan mukus dan penggalakan pertumbuhan mikrob yang ada didalam produk tenusu yang memburukkan keadaan penghidap resdung.

  • Halia
Halia merupakan salah satu cara yang bagus untuk merawat resdung. Ada dua cara yang boleh digunakan samada jadikan kepingan halia yang dah direndam dengan air panas untuk menyedup wap ataupun minum air teh halia.

  • Kunyit atau serbuk kunyit
Kunyit yang berada dalam famili yang sama dengan halia pun bagus untuk merawat resdung. Kandungan curcumin yang ada dalam kunyit membantu untuk membuka saluran udara dan menyembuhkan resdung.


  • Nenas
Nenas ni merupakan antara buah yang kaya dengan antioksidan. Salah satu fungsi nenas yang bagus adalah ia mampu melindungi membran mukus dari kerosakan sel. Kesannya, ia mampu mengurangkan keradangan pada penghidap resdung.
  • Cuka Epal
Cuka epal mengandungi ciri ciri anti-mikrob yang mampu membantu membunuh bakteria jahat. Ia juga membantu memperbanyakkan bakteria baik dalam usus mahupun saluran pernafasan kita.

Selain itu, cuka epal juga membantu memecahkan lendir yang mengannggu ruang pernafasan dan membantu mengurangkan masalah hidung berair.



TIPS RAWAT RESDUNG DENGAN SHAKLEE


Selain dari 7 tips mudah dalam mengurangkan masalah resdung, Shaklee pun ada produk yang dapat membantu masalah resdung yang sudah lama dihidapi.

Kalau anda perasan, sebilangan penghidap resdung juga mempunyai masalah jerawat yang teruk tau. Mungkin satu kebetulan. Tapi, masalah ni semakin menjadi jadi hingga menyebabkan rasa rendah diri akan muncul.

www.bysyiraishak.blogspot.com

Alfafa Complex


  • Mengurangkan tahap keradangan resdung
  • Kaya dengan klorofil. Dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergik, gegata & resdung
  • Penghidap SLE tak digalakkan mengambil alfafa sebagai supplement harian

Vita C

  • Antioksida yang dapat meningkatkan antibodi dan tahap imunisasi badan
  • Bantu mempercepatkan proses penyembuhan tisu
  • Memastikan proses pemuliharaan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan sempurna
B Complex


  • B6 dalam B Complex penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan bantu menghasilkan antibodi badan
  • Sebagai anti-stress yang mampu menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi untuk mengurangka kesakitan di bahagian muka
  • Bantu dalam membina protein dalam tubuh

Kat bawah ni ada 2 testimoni yang menghidap resdung di samping mempunyai masalah kulit berjerawat yang teruk. Selain iktiar dengan cara lain, mereka berpendapat produk Shaklee sangat membantu untuk mengatasi masalah resdung dan kulit secara serentak. Best kan?

---

TESTIMONI PUAN UMMI ZAINAB



credit : supermom shaklee story

'Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. 

Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!

Settle masalah resdung & keputihan, saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat) .


Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen Esp, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex.Omega Guard,Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). 

Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.'
---

TESTIMONI PUAN WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD


Credit : Supermom Shaklee Story

'Saya nak kongsikan pengalaman saya mengamalkan SET RESDUNG SHAKLEE. Sebelum ini, saya memang suka sangat mencuba pelbagai jenis kosmetik mencerahkan wajah yang dijual di pasaran. Sehinggakan saya pernah mencuba 14 jenama kosmetik.
 

Selain itu, saya juga mengalami masalah resdung teruk yang menyebabkan gatal-gatal kulit muka dan berjerawat. Kesan daripada mencuba pelbagai jenis kosmetik dan masalah resdung, kulit wajah semakin teruk.

Pada penghujung 2011, kulit saya semakin teruk. Selepas itu, saya mulai berpantang makan dan juga tidak mencuba apa-apa kosmetik. Saya hilang keyakinan diri dan juga rasa rendah diri bila berkawan. Saya malu untuk bertemu klien.

Kulit muka saya ditumbuhi jerawat yang banyak, dan bernanah. Adakalanya jerawat menjadi kebiru-biruan. Saya juga pernah mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik pakar kulit. Saya berhabis ratusan ringgit untuk masalah kulit ini. Tetapi tidak berhasil dan saya mulai jemu untuk mengulangi rawatan.

Selepas melahirkan anak sulung, saya mula kenal Shaklee. Apabila menggunakan Set Berpantang Shaklee, saya nampak perubahan pada kulit dan seterusnya mencuba SET RESDUNG iaitu ALFALFA COMPLEX, B COMPLEX, & VITAMIN C. Selain itu saya juga mencuba ENERGIZING SOY PROTEIN dan saya nampak kulit saya semakin sihat.

Parut jerawat kelihatan pudar dan kulit cerah sekata. Walaupun tidak mengalami perubahan yang drastik, tapi saya puas hati kerana jerawat susah nak tumbuh. Jika dahulu saya berpantang makanan laut, kini saya bebas makan apa sahaja menu makanan laut.

Kesan daripada penggunaan SET RESDUNG SHAKLEE :

1. Gatal-gatal kulit muka hilang
2. Pori-pori mengecil
3. Parut jerawat cepat pudar
4. Jerawat susah nak tumbuh
5. Kulit muka lebih lembut dan lembap
6. Keluar rumah tanpa mekap!

Saranan saya untuk remaja di luar sana, jangan terlalu taksub dengan kosmetik yang mencerahkan. Pilihlah jenama yang selamat dan semulajadi.
'

---

Kalau anda ada resdung, atasi dengan segera. Harap 7 tips cara merawat resdung tu dapat membantu masalah resdung anda.

Jika masalah resdung kian kronik, bersiap sedia untuk menghadapi kanser hidung mahupun komplikasi otak!




----------------------------------------------------------------------------------

 Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :

www.bysyiraishak.blogspot.com


 ----------------------------------------------------------------------










Sumber/Rujukan :
https://sunwarrior.com/healthhub/foods-for-sinus-health
http://www.healthlinkbc.ca/healthtopics/content.asp?hwid=hw67419
http://www.mmgazette.com/sinus-atau-resdung-dr-ahmad-nordin/
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131110/ba_01/Resdung
http://www.lahealthyliving.com/natural-remedies-remedies/top-10-natural-remedies-for-sinus-infections/
http://www.exhibithealth.com/general-health/natural-remedies-for-sinusitis-2004/
http://www.livestrong.com/article/283368-the-underlying-reasons-for-skin-problems-with-sinusitis/