Kisah benar dari Kak Zati, ex-schoomate.
---------
' Akak memang suka bermekap..pergi ke mana mana pun memang akak akan makeup. Bukan tak yakin tanpa makeup, tapi mungkin akak obses kot.Saja akak nak tutup parut jerawat yang ada kat muka ni. Geram pulak tengok.
Paling memburukkan keadaan, akak memang aktif dengan kegiatan luar semasa di universiti dulu. Berpanas bawah matahari beberapa jam, itu dah biasa pada akak.
Tapi, ada satu ketika, akak mula perasan yang kulit akak macam tak sesihat dulu. Tanpa mekap, kulit akak nampak tak bermaya je. Macam orang sakit. Lepas tu, kulit akak jadi kering pula. Kenapa ye?'
---------
Tiada siapa pun nak kulit jadi kusam. Semua wanita nak kulit berseri dan licin gebu seumpama model dalam majalah.
Kes Kak Zati ni memang banyak dihadapi oleh kebanyakan wanita. Mungkin dulu kita sedar bahawa kulit kita masih sihat dan anjal. Tapi, semakin lama ia dibiarkan, kulit mulai nampak kusam dan tak bermaya.
Kulit kusam terjadi disebabkan beberapa faktor. Adakalanya ia disebabkan oleh gaya hidup yang kurang sihat hingga menyebabkan kulit menjadi rosak. Selain itu, kulit kusam juga terjadi akibat anda mempunyai kulit jenis kering.
Terdapat 5 sebab utama kulit anda mudah rosak hingga menyebabkan ianya kusam.
5 PUNCA KULIT KUSAM YANG ANDA TAK SEDAR PADAHAL IA PERKARA BIASA
Kulit kusam memang memburukkan lagi teskstur kulit. Lama kelamaan, kulit akan mudah rosak disebabkan radikal bebas yang ada di persekitaran atau melalui penggunaan bahan kosmetik yang anda guna.
Ada 4 punca yang sangat common menyebabkan kulit anda mudah kusam. Antaranya :
Dehidrasi
Ada benarnya kerana kuantiti air yang mencukupi dalam badan akan melembapkan kulit kita tau. Kelembapan kulit akan membantu mengekalkan sel sel permukaan kulit menjadi lembap, sihat dan segar.
Jika kulit kekurangan air,kulit akan mudah kering dan berkedut. Lama kelamaan, kulit pada wajah akan nampak lebih tua dari umur sebenar!
Jadi, elakkan dehidrasi dan minum air secukupnya untuk mengeelakkan masalah kulit seperti kulit kering, wajah nampak tua, kulit sekitar mata dan bibir turut sama kering hingga menjejaskan penampilan.
Terdedah lama dibawah cahaya matahari
Menghabiskan masa di bawah sinaran matahari mampu mengeringkan kulit. Elakkan berjemur dibawah matahari sekitar 10 pagi ke atas hingga jam 4 petang kerana sinaran pada waktu ni memang tak elok untuk kesihatan kulit. Ia mampu membuatkan kulit anda makin kusam dan sel kulit pun boleh cepat mati.
Sebagai langkah berjaga jaga, wajibkan diri untuk memamaki pelindung matahari (UV lotion atau suncreen)
Teringat dulu saya berjemur antara pukul 3 petang ke atas semata mata kerana tuntutan badan beruniform semasa bersekolah. Sebagai bekas kadet polis, kami memang akan berkawad pada 3 petang selepas waktu bersekolah. Kulit terbakar atau sunburn? Its so me..banyak beza bila lihat wajah dulu dan sekarang.
Dan saya bernasib baik walaupun tidak memakai sebarang pelindung matahari, kulit masih sihat dan terjaga. Rezeki kot ;)
Sebagai langkah berjaga jaga, wajibkan diri untuk memamaki pelindung matahari (UV lotion atau suncreen)
Teringat dulu saya berjemur antara pukul 3 petang ke atas semata mata kerana tuntutan badan beruniform semasa bersekolah. Sebagai bekas kadet polis, kami memang akan berkawad pada 3 petang selepas waktu bersekolah. Kulit terbakar atau sunburn? Its so me..banyak beza bila lihat wajah dulu dan sekarang.
Dan saya bernasib baik walaupun tidak memakai sebarang pelindung matahari, kulit masih sihat dan terjaga. Rezeki kot ;)
Selalu ber-makeup
Kebanyakan wanita memang suka bersolek. Tak dinafikan solekan tipis mahupun tebal menjadi favourite untuk dipakai semasa keluar dari rumah. Ada yang sukar nak berpisah dengan solekan dan ada yang masih suka kelihatan natural walaupun di luar rumah.
Tapi, yang membuatkan kulit menjadi sedikit kusam adalah kerana produk solekan mengandungi bahan bahan yang mampu menyebabkan kulit nampak kusam. Selain itu, solekan yang tebal dan dibiarkan lama juga mampu menyumbatkan liang liang pori wajah.
Tak salah tau kalau nak ber-makeup. Cuma pastikan anda buang semua solekan sebelum tidur mahupun selepas solekan itu tak diperlukan lagi. Kalau nak guna makeup remover semata mata, itu tak mencukupi. LAgipun makeup remover kaya dengan kandungan alkohol. Ia sangat tak bagus kerana mampu menyebabkan kulit menjadi kering.
Pastikan anda bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah, pakai toner untuk buang kotoran di wajah serta menggunakan pelembap muka sebelum tidur. 3 perkara asas dalam penjagaan kulit muka haruslah diikuti utnuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri.
Selain itu, anda perlu memilih produk solekan yang bagus untuk kulit dan elakkan bersolek terlalu tebal dalam tempoh yang lama.
Tidur lewat dan kurang mencukupi
Tidur yang cukup memang penting untuk kulit. Kalau tidur pun tak cukup, kulit akan nampak letih dan kurang bermaya.LAgi memburukkan keadaan apabila ia mampu memberikan tekanan hingga kulit akam mudah nampak kusam.
Jadi, tidur yang cukup selama 6-7 jam sehari dapat membuatkan kulit nampak segar. Mata pula akan lebih bermaya serta tak sembap. Secara tak langsung, kulit anda akan lebih berseri dan nampak segar untuk dipandang.
CARA MUDAH UNTUK BUATKAN KULIT MUKA LEBIH BERSERI TANPA KULIT KUSAM DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN ALAMI
Kulit yang sihat juga bergnatung kepada pemakanan dan diet kita seharian.
Salah satu nutrien yang penting untuk kulit adalah Vitamin C. Vitamin C membantu dalam meningkatkan keanjalan kulit dan mencegah tanda tanda penuaan kulit.
Dengan mengambil apa sahaja makanan yang mengandungi kandungan Vitamin C, ia mampu meningkatkan kolagen pada kulit, mencerahkan kulit, mengurangkan tompok penuaan seperti jeragat serta pigmentasi dan meningkatkan keupayaan kulit dalam serangan radikal bebas.
Kenapa Vitamin C penting untuk kulit? |
Selain daripada pengambilan Vitamin C, tidur yang cukup, minum air, elakkan diri dari terdedah dengan cahaya matahari, elakkan stress dan sebagainya, terdapat juga cara lain yang lebih mudah untuk mendapatkan kulit yang sihat tau.
DIY MASKER MUKA UNTUK KULIT KUSAM
Dah tiba masa untuk menjaga luaran kulit pula. Cara paling mudah untuk mengelakkan kulit kusam adalah membuat pengelupasan kulit atau face mask. Masker muka ni bagus utuk membuang sel kulit mati dengan cara yang semulajadi. Ada pelbagai cara yang mudah untuk buat masker muka sendiri dirumah. Jom DIY!
- Lemon sebagai agen pencerah wajah semulajadi.
Untuk buatkan kulit muka lebih lembap, sapukan madu atau susu selepas menyapu lemon pada wajah. Ada lagi satu cara. Anda boleh campurkan lemon bersama madu dan oat kisar untuk dijadikan masker muka. HAsilnya, muka lembih lembap dan berseri. Seeloknya buat 2 kali seminggu je.
- Asam jawa
Asam jawa pun boleh digunakan untuk membuang sel kulit mati pada muka. IA kaya dengan antioksidan, serat dan vitamin. Paling bagus untuk memberikan wajah lebih berseri dan membuang lebihan minyak pada kulit muka.
- Baking Soda
Baking soda pun dikatakan mampu untuk menyamarkan noda dan membuatkan kulit menjadi lebih sekata. Just campurkan setengah sudu kecil baking soda bersama air hingga boleh dijadikan sebagai pes. Biarkan kering dan bilas dengan air suam.
HAsilnya kulit muka akan jadi lembut dan bersinar gituuu..
Lain lain DIY :
Contoh DIY mask paling senang |
Boleh jadikan serbuk kunyit sebagai bahan utama untuk masker. Bahan lain boleh diubah suai |
Aspirin tu pun boleh diganti dengan baking soda. |
Energising
Soy Protein (ESP) : KAndungan asid amino yang ada dalam ESP bagus untuk awet
muda. IA juga bagus untuk mmebina sel kulit baru dan pembentukan otot.
Vitamin
E : Melambatkan penuaan dan mengurnagkan garis garis halus, parut jerawat dan bintik di muka.
Vitamin
C : Merangsang pembentukan kolagen untuk kulit lebih anjal dan mengurangkan
kedutan. Ia juga mampu mencatikkan kulit, melambatkan penuaan dan menjadikan
muka lebih berseri
B
Complex : Membantu pembinaan sel sel baru dan mengurangkan stress yang menjadi
punca muka Nampak kusam.
Nak kulit sentiasa segar dan berseri? Semuanya datang dari perut. Maksudnya penjagaan keishatan yang baik akan membuatkan kesiahatn dan kecantikan tu seiring. Badan sihat, kulit pun akan jadi sihat.
Selain itu, anda wajib elakkan perkara perkara yang mampu membuatkan kulit menjadi kusam. Yang penting, pastikan 3 asas penjagaan kulit wajah tu sentiasa dilakukan iaitu mencuci wajah, apply toner dan menyapu pelembap muka yangs sesuai.
Kulit yang sihat akan buatkan anda lebih berkeyakinan tanpa mekap!:)
-----------------------------------------
--------------------------------------------
Sumber/Rujukan:
http://www.thefitindian.com/remove-whiteheads-naturally-from-face-and-nose/
http://www.goodhousekeeping.com/beauty/anti-aging/a36993/dull-skin-causes/
http://eh.com.my/artikel/kecantikan/cara-tangani-kulit-kusam/
http://rapi.karangkraf.com/highlight/teknik-terbaik-lenyapkan-wajah-kusam-1.123693
http://food.ndtv.com/beauty/face-care-tips-10-dos-and-donts-to-get-beautiful-skin-naturally-1217782
http://www.thefitindian.com/7-simple-tips-to-get-clear-glowing-skin-naturally/
http://stylecaster.com/beauty/bad-skin-habits/
http://www.stylecraze.com/articles/effective-home-remedies-to-get-rid-of-dull-skin/
http://www.sheknows.com/beauty-and-style/articles/992425/best-ways-to-brighten-dull-skin
http://olay.com.ph/en-ph/skin-care-tips-and-articles/get-your-glow-on
https://www.consumerhealthdigest.com/skin-care/causes-of-dull-complexion.html
http://stylesatlife.com/articles/beauty-tips-dull-skin/
http://www.beststylo.com/top-10-most-effective-fairness-tips-for-dry-dull-skin-best-remedies/
http://tipsandbeauty.com/natural-remedies-to-get-rid-of-dull-skin/
http://www.fashionlady.in/how-to-instantly-fix-dull-skin/31774
Pertama kali saya dengar masker asam jawa ni. Bagus juga ya kalau apply mesti rasa sejukkk je muka :D
ReplyDeletesaya juga
DeletePuan...saya minta izin ambil maklumatnya. Terima kasih
ReplyDelete