Satu ketika dulu, saya pernah ada
gusi berdarah tau. Ketara sangat semasa menggosok gigi. Tapi, bila gigit
makanan seperti epal takde pula kesan darah.
Nampak remeh je bila gusi
berdarah.
Ada satu ketika kalau anda berasa
gigi bergoyang, ia juga memberi petanda tak baik pada kesihatan gusi tau. Tak
semestinya kena cabut gigi. Dan itu bukan perkara bagus untuk mencabut gigi
semata mata anda rasa tak selesa apabila mengunyah makanan.
Kalau keadaan ini terjadi, ia sebenarnya
membawa maksud anda ada masalah radang gusi.
Radang gusi ni adakalanya susah nak dikesan melainkan anda rajin membuat pemeriksaan gigi secara berkala.
TANDA TANDA MASALAH RADANG GUSI ATAU PENYAKIT GUSI
Ada beberapa ketara yang jelas jika anda ada masalah gusi :
- Gusi berwarna merah, berdarah atau bengkak apabila memberus gigi atau mem’flos’
- Sakit gigi atau gigi berasa ngilu pada makanan atau minuman sejuk mahupun panas
- Nafas mulut yang agak berbau
- Gigi longgar, atau tak rasa selesa semasa menggigit makanan
- Rasa tidak selesa dalam mulut
PUNCA GUSI BERDARAH ATAU BENGKAK
Makanan yang melekat di celah gigi akan meninggalkan plak yang mengandungi bakteria. Kalau dibiarkan lama tanpa flos, plak tu akan berubah kekuningan dan kelabu hingga menjadi tebal.
Jadi, kalau dah lama sangat tak disingkirkan, ia akan membentuk karang gigi sampai mencacatkan penampilan sesorang.
Akhirnya, plak bakteria ini akan menghasilkan bahan-bahan asid dan toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah dan bengkak.
Plak gigi |
Pada peringkat ini, ia dipanggil radang gusi. Bagaimanapun, jika tidak dikawal ia akan menjadi periodontitis. Periodontitis ni memang radang gusi pada peringkat kritikal tau. Ia akan memusnah struktur penyokong gigi. Kesannya, gigi akan menjadi longgar dan bergerak, gigi tercabut, penyusutan gusi dan lain lain lagi.
Plak bakteria serta karang gigi akan terus membentuk hingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi.
Kesannya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil pokok periodontium.
- Memberus gigi dan gusi secara lembut
- Kumur gigi selepas makan dengan pencuci mulut seperti Listerine untuk membuang lebihan makanan pada gigi
- Menggunakan flos untuk membuang lebihan makanan di celah gigi. Anda kena lebihkan memberus di kawasan belakang gigi atau gigi geraham kerana susah nak dibersihkan. Bila susah dibersihkan, plak pada gigi akan mula timbul.
- Tukar berus gigi setiap 3 bulan.
- Berhenti mem'flos' dan memberus gigi jika nampak gusi mula berdarah.
- Guna berus gigi yang berbulu lembut untuk kesihatan
- Buat pemeriksaan gigi setiap 6 bulan untuk mengetahui kedaan kesihatan gigi dan gusi.
- Kerap memeriksaan keadaan gusi bagi mengetahui perubahan warna dan kebengkakan pada gusi. Kalau rasa pelik pada gusi, cepat cepat buat pemeriksaan di klinik gigi.
- Buat scaling (mengikis) untuk buang plak dan karang gigi jika ada.
Selain dari petua atau tips di atas, aspek pemakanan juga sangat mempengaruhi masalah radang gusi.
Kebanyakan makanan yang kita makan mengandungi bakteria yang boleh kekal dalam mulut. Bila perkara ni terjadi, ia akan menyebabkan plak terbentuk dan seterusnya masalah radang gusi akan timbul.
Untuk mengelakkan hal ini terjadi, anda kena elakkan untuk makan makanan yang kaya dengan kandungan gula atau manis kerana gula ni meningkatkan peningkatan bakteria di dalam mulut.
Paling bagus adalah mengambil buah buahan segar dan kekacang yang sangat elok untuk badan dan kesihatan gusi. Untuk menyembuhkan gusi bengkak atau berdarah, sayur sayuran seperti sayuran hijau, lobak dan makanan yang kaya kalsium sangat diperlukan untuk diambil dalam jumlah tertentu.
Lagi bagus jika anda menambahkan kandungan Vitamin C dalam pemakanan. Hal ini kerana buah buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C mampu mengelakkan masalah gusi berdarah.
Selain itu, produk tenusu seperti keju dan yogurt membantu mengawal dan mengurangkan jumlah bakteria yang ada di dalam mulut. Banyak bakteria dalam mulut menyebabkan kemunculan plak dan karang gigi.
Penggunaan ubat gigi herba atau ubat kumur yang kaya kandungan herba pun berkesan untuk meningkatkan kesihatan gusi. Contohnya yang ada kandungan sage atau chamomile.
Tapi, kalau anda nak buat ubat kumur ala Listerine tu pun boleh je. Contohnya :
- Peppermint : campurkan minyak pati peppermint (Essential Oil) ke dalam air dan kumur. Kandungan Peppermint ni boleh melegakan kesakitan pada gusi dan ia juga bertindak sebagai antiseptik, antibakteria dan anti radang.
- Chamomile : dapat mengurangkan keradangan gusi.
- Teh hijau : Apa sahaja ubat kumur yang mengandungi teh hijau dapat mengurangkan gejala keradangan gusi.
CARA UNTUK KUATKAN GIGI TANPA PLAK DENGAN SET SHAKLEE
TESTIMONI MASALAH GUSI BERDARAH
Sejak konsisten dengan Vitamin C, gusi saya dah tak berdarah semasa menggosok gigi - Cik Suhaila |
Dulu saya selalu mengalami gusi berdarah. Setelah mengamalkan Vitamin C, alhamdulillah gusi tidak berdarah lagi- Cik Nila |
Pemeriksaan gigi secara berkala sememangnya membantu untuk mengelakkan masalah radang gusi dan seterusnya periodontitis. Pencegahan awallah dapat mengekalkan kesihatan gigi dengan menambahkan diet yang sihat dalam pemakanan seharian.
Elakkan makan makanan yang banyak gula atau makanan manis sebab ia punca masalah gigi menjadi rosak. Apetah lagi menjadi sarang bakteria untuk membiak dengan banyak di dalam mulut anda.
Yang penting:
'Mencegah itu lebih baik dari Mengubati'
------------------------------------------------------------
Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :
-----------------------------------------------------------
Sumber/Rujukan:
http://www.homeremediesmagic.com/home-remedies-for-gingivitis/#sthash.oIc8V4nw.dpbs
http://naturalremedyideas.com/swollen-gums-bleeding/
http://www.healthguidance.org/entry/15568/1/Gingivitis-Treatment-at-Home.html
http://www.simplehouseholdtips.com/natural-cures-and-home-remedies-for-gingivitis.html
http://universityhealthnews.com/daily/nutrition/top-diy-gingivitis-home-treatment-strategies/
http://www.colgate.com/en/us/oc/oral-health/conditions/gum-disease/article/professional-gingivitis-treatment-and-home-care-0713
http://www.mmgazette.com/apakah-penyakit-gusi-dr-husna-razak-2/
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1351013/
http://www.dentalcare.com/media/en-US/patient/malay/periodon.pdf
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0716&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm
http://www.myhealth.gov.my/gusi-berdarah/
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/507-plak-punca-radang-gusi.html
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.