Pages

AKIBAT SEL OTAK KIRI MATI, DIA SUSAH UNTUK BERCAKAP HINGGA SETAHUN AKIBAT MASALAH STROK?

Selalunya saya hanya terdengar strok bahagian pipi dan bahagian anggota badan sahaja. 

Rupanya mata dan mulut juga boleh terkesan dengan penyakit strok ini.

Sebelum itu, saya kongsikan info ringkas mengenai strok dari pelbagai sumber yang saya pernah baca baru baru ni..

www.bysyiraishak.blogspot.com


APA ITU STROK?

Strok atau angin ahmar sebenarnya terjadi apabila bekalan darah ke sebahagian otak terganggu. Hal ini kerana, otak kita memerlukan bekalan oksigen yang berterusan daripada darah.

Apabila bekalan darah terputus atau kurang mencukupi, ia sekaligus akan menjejaskan sel sel otak. Apa kaitan antara bekalan darah dengan otak? Sebenarnya, Untuk menjalankan fungsi saraf tubuh (berjalan, berfikir) serta mengawal fungsi pernafasan,otak memerlukan kandungan oksigen yang cukup dari darah.

Jika tidak, ia akan menganggu bekalan darah ke otak hingga menyebabkan masalah strok serta masalah kurang upaya!


Mengikut kajian Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia, dianggarkan seorang daripada enam orang rakyat di Malaysia akan diserang strok. Kajian ini berdasarkan anggaran 40,000 rakyat Malaysia yang mengalami strok setiap tahun.

Yang paling membimbangkan, strok ini mampu menyerang sesiapa sahaja tak kira anda muda mahupun sudah berumur! Jadi, jangan menyesal kalau anda tak memahami gejala dan faktor penyebab penyakit strok ini.

GEJALA STROK
  • Berasa kebas secara tiba tiba pada anggota badan
  • Penglihatan menjadi kabur pada sebelah atau kedua dua mata secara tiba tiba
  • Susah untuk bercakap akibat pertuturan yang tidak jelas
  • Sukar memahami pertuturan orang lain
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan
  • Sukar menelan rasa mual atau muntah 
 
PENYEBAB PENYAKIT STROK

Terdapat banyak penyebab penyakit strok ini terjadi di kalangan masyarakat Malaysia.


  • umur yang semakin bertambah
  • lelaki lebih berisiko dari wanita untuk mendapat strok,
  • ada sejarah keluarga
  • Gaya hidup yang kurang sihat (stress, cara hidup tak aktif dan minum minuman keras berlebihan)
  • Pemakanan yang tidak sihat dan seimbang 

Contohnya : 

  • tekanan darah tinggi boleh merosakkan salur darah dalam otak
  • diabetes dimana kandungan gula yang tinggi menyebbakan salur darah menjadi keras dan tebal, 
  • kolesterol tinggi dimana kolesterol melekat pada dinding salur darah dan menyebabkan ia menjadi sempit dan mengurnagkan pengaliran darah ke otak, 
  • suka merokok dimana asap rokok menyempitkan salur darah dan mengurangkan bekalan oksigen ke otak dan organ lain, 
  • obesiti meninggikan peluang mendapat drah tinggi, 
  • pemakanan yang kurang serat dan tinggi lemak

APA NAK BUAT JIKA TERKENA PENYAKIT STROK?
  • Masukkan ke hospital untuk pengesahan penyakit strok
  • Doktor akan memberi ubat yang diperlukan pesakit
  • Pembedahan akan dilakukan untuk menghentikan pendarahan otak jika perlu
  • Rawatan pemulihan seperti senaman otot, latihan pertuturan, mendepakan tangan, pergerakan sendi dan lain lain lagi.
  • Harus mengambil pemakanan sihat

CARA MENCEGAH PENYAKIT STROK


Siapa kata masalah strok tiada penawar yang cepat?

Zaman moden hari ini, pelbagai cara boleh kita guna untuk mencegah dan mengubati serta mengurangkan faktor strok daripada berlaku pada kita mahupun kalangan keluarga terdekat.

Terpulang pada nada untuk memilih cara terbaik untuk mencegah dan mengurangkan faktor strok ini.

Antara cara mencegah penyakit strok adalah :

  • Melebihkan pengambilan makanan berkhasiat seperti sayuran dan buah
  • Periksa tekanan darah tinggi secara berkala
  • Kekalkan berat badan ideal kerana masalah berat badan boleh menjadi penyumbang kepada strok
  • Kurangkan pengambilan kafein dalam sehari

Selain itu, terdapat rawatan tradisional dan moden boleh digunapakai untuk dijadikan penawar yang cepat kepada masalah strok.

Jika anda memilih cara tradisional sebagai alternatif, anda boleh mencegahnya dengan :

  • Pengambilan habbastus sawda setiap pagi selepas sarapan
  • Mengamalkan minum 3 sudu cuka epal bersama setengah gelas air masak pada setiap malam, sebelum anda tidur
  • memakan kurma 3-5 biji sebagai pembuka sarapan pagi

Melalui cara moden, penyakit strok boleh dicegah dan diikhtiar dengan Tonik SuperPower yang comel tapi berganda-ganda khasiatnya. Kandungan bahan botaninya yang hebat menjadi faktor X untuk mengurangkan faktor strok ini dari terjadi.


Antara testimonial tonik superpower dengan strok :


bysyiraishak.blogspot.com
(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.
TESTIMONI : PUAN HAFZA AEIN

'Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

  • tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
  • boleh mengingat tapi cepat lupa..
  • masalah pertuturan..
Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.'
Mak saya kena strok 5 November lalu. Semalam genap sebulan. Tangan,kaki mak tak boleh gerak, mak tak boleh bercakap. Alhamdulillah, setelah hampir seminggu lebih mak minum Vivix, hari ni mak boleh berjalan pakai tongkat, kaki pun boleh angkat tinggi, tangan dah boleh angkat cum atak boleh genggam. Mak pun dah bercakap elok.
Ikhtiar untuk penyakit strok sangat banyak. Anda patut cuba Tonik Superpower ini untuk pelbagai jenis penyakit yang lain juga. Ia sangat sesuai untuk penyakit 3 serangkai, masalah berat badan, masalah kulit, kurang bertenaga, sakit sendi dan sebagainya.

Insyallah, Inilah satu-satunya penawar yang cepat untuk strok dalam tonik superpower.

Kita hanya ikhtiar, tawakal dan doa, insyallah, penyakit strok ini akan berkurangan dari masa ke semasa. Yang penting, berdisplin dengan pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat serta aktif















-------------------------------------------------------------------------------------------------------

www.bysyiraishak.blogspot.com

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
















Sumber/Rujukan :
http://www.webmd.com/stroke/
http://www.strokeassociation.org/STROKEORG/
http://www.ninds.nih.gov/disorders/stroke/detail_stroke.htm
https://www.cdc.gov/stroke/
http://www.stroke.org/we-can-help/stroke-survivors/living-stroke/rehabilitation/diet-and-nutrition
http://www.everydayhealth.com/stroke/diet-after-a-stroke.aspx
http://www.health.harvard.edu/womens-health/8-things-you-can-do-to-prevent-a-stroke