9 CARA MEREDAKAN SAKIT SENDI SUPAYA BOLEH BUAT PELBAGAI AKTIVITI DENGAN YANG TERSAYANG
Masih muda tapi menghadapi masalah sendi?
Sendi kita ni memang banyak diberi tekanan dengan pelbagai aktiviti yang kita lakukan.
Dan yag penting, sendi di badan kita inilah yang menghubungkan tulang, menyokong berat badan dan pergerakan kita.
Walaupun sendi kita banyak kegunaanya untuk menampung pelbagai tekanan, masalah akan mula timbul apabila sendi-sendi kita makin haus hingga menyebabkan masalah sendi pada lutut, tangan, bahu, belakang badan, pinggang atau jari.
Sakit pada tangan dan pergelangan tangan ni boleh melemahkan cengkaman dan membuat kan kita sukar melakukan pelbagai tugas sebagai surirumah, atau blogger sekalipun.Biasanya masalah sendi sebegini dipengaruhi oleh arthritis.
Masalah sendi ni sebenarnya boleh dialami oleh pelbagai peringkat umur dan terjadi akibat beberapa sebab.
Kebanyakan penghidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
Berat badan berlebihan
Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
Penyakit sendi seperti arthritis
Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
Penyakit tulang
Ketumbuhan
Jangkitan kuman
Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
Penyakit kronik
Ubat-ubatan
Jika korang ada masalah seperti di atas,cubalah untuk mengelakkan perkara yang membuatkan rasa sakit sendi tu kembali .
Antaranya meregangkan sendi sendi yang pernah sakit, mengangkat benda berat tanpa sokong penuh dengan kedua-dua tangan, berada pada satu posisi dalam masa yang lama, dan sebagainya.
Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).
Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan)
Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh membantu
Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
Kurangkan berat badan
Guna kasut bertumit rendah
Bijak menangani tekanan
Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus
Paling penting, dapatkan khidmat nasihat doktor dan cari cara alternatif untuk meredakan sakit sendi tu supaya dapat sembuh dengan cepat.
* Boleh guna krim panas atau losyen yang dapat melegakan sakit sendi tu. Ada satu jenama yang Sya guna untuk sapu pada pergelangan tangan yang sakit iaitu Panaflex. Insyallah lega buat sementara waktu.