Mengapa sakit sakit belakang dan kebas terjadi semasa berpantang dan menyusu?
CARA ATASI LENGUH BADAN,SAKIT PUNGGUNG DAN KEBAS
SEMASA BERPANTANG DAN MENYUSU...
Pengambilan kalsium sangat penting untuk membina kekuatan tulang pada ibu-ibu untuk menanggung berat bayi nanti. Selain itu, kalsium juga sangat penting untuk pembekuan darah,menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi. Ia juga dapat mengelakkan ibu mengalami masalah kekejangan semasa proses bersalin.
Terdapat beberapa jurnal dari Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati bahawa kalsium yang diambil dalam kuantiti yang rendah dapat meningkatkan risiko praeklampsia (tekanan darah tinggi) hingga boleh membawa maut buat ibu dan anak dalam kandungan.
Ya, memang dari saat hamil lagi ibu perlukan kalsium dan diteruskan semasa berpantang dan menyusukan bayi!
Ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama semasa hamil. Kalsium ini diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
Jadi, pengambilan kalsium dari sumber makanan mahupun vitamin amat penting untuk diambil terutamanya para ibu yang merancang kehamilan, sedang hamil, sedang berpantang malah saat menyusukan bayi!
Jika tidak, para ibu akan mula mengadu sakit belakang, cramp, lenguh badan dan sebagainya hingga boleh mengganggu proses meyusukan bayi !
.
.
.
Sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm