Pages

NAK TAMBAH BERAT BADAN SEBAB BADAN KURUS MELIDI!

Selalunya kita dengar ramai yang nak kuruskan badan disebabkan berat badan makin naik ataupun kurang keyakinan dengan berat badan sedia ada.

Setiap kita ada target untuk mendapatkan bentuk badan idaman dan disebabkan tu ramai yag berusaha nak kurangkan berat badan.

Tapi, tidak kurang juga yang mengalami masalah untuk menambahkan berat badan akibat tidak mendapat berat badan yang ideal. Dalam erti kata lain, badan agak kurus! Yela, kalau dari 10 tahun lepas pun berat badan maintain 50kg, takkan dalam tempoh tu nak kekalkan berat badan sedia ada terutamanya pada golongan adam.

At least, naikkan berat dalam 60kg mengikut ketinggian yang sesuai dah nampak machoo gituu...hihihi. Mesti nak badan tu ada muscle sikit, so takdela macam mayat hidup (over plak ayat ni) atau taknak nampak menggelebeh akibat exercise pumpampumpam.


Ihsan dari Pak Google


Golongan wanita pun kalau mempunyai badan agak kurus ditambah pula dengan ketinggian yang tak sesuai (agak tinggi), dah nampak macam pokok kelapa pulak.huhu.

At least bila kita tambahkan berat badan, badan tu akan ada curve dan takdela macam nak melayang ditiup angin.





Terdapat 2 punca kenapa berat badan tak naik.

1. Makanan yang kita makan tak sempat nak diproses untuk dijadikan nutrien yang boleh digunakan oleh badan. Hal ini disebabkan kadar metabolisme yang cepat dan nutrien tu tak dapat digunakan oleh badan.

2. Pengambilan kuantiti makanan yang sedikit mungkin terjadi akibat cepat berasa kenyang dengan hanya makan dalam kuantiti yang kecil sahaja. Jadi, perut kita tidak dapat menampung kuantiti makanan yang banyak disebabkan kebiasaan sebegitu.


Ihsan dari Pak Google



CARA MENAMBAH BERAT BADAN

  • Makan dengan kerap dalam kuantiti yang kecil.Tambahkan hidangan yang mempunyai pelbagai gizi seperti protein, lemak, kanji, buah buahan dan sayuran.
  • Ambil makanan tinggi karbohidrat dan protein semasa sarapan pagi. Contohnya : susu, roti dan telur separuh masak. 
Ihsan dari Pak Google

  • Jangan tinggalkan waktu makan utama. Contohnya: Tengahari ambil ayam/ikan, sayur, buah dan sedikit nasi. Malam pula ambil sedikit nasi dan lauk. Biar sedikit je waktu malam dan pastikan makan malam tu 4 jam sebelum tidur. Nak lagi bagus, ambil multivitamin.
  • Melakukan senaman secara teratur. Jika nak ada muscle sikit, kenala angkat berat,buat senaman bina badan, tekan tubi lebih kurang 30 minit dalam 3 atau 4 kali seminggu. Sebaliknya, lakukan senaman yang ringan seperti joging, bangkit tubi, skippinng ataupun mengemas rumah ;)

Ihsan dari Pak Google

  • Mengamalkan pemakanan mengikut Piramid Makanan. Yang penting kurangkan gula, minyak, dan lemak dalam setiap hidangan.
Ihsan dari Pak Google

  • Makan snek sihat semasa lapar.Jika lapar selepas makan utama contohnya nak supper tu, kita boleh ambil snek seperti yogurt, buah buahan, muffin, sup, kekacang, salad dan sebagainya.
Ihsan dari Pak Google


Ada lagi tak cara lain untuk tambahkan berat badan?




No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.