Pages

IBU BERSALIN SECARA CAESAR MUDAH HADAPI BENTAN BERBANDING KELAHIRAN NORMAL?

Bentan selalu dikaitkan dengan amalan semasa berpantang.

Kadang tu badan akan rasa lemah, bisa bisa sendi, rasa menggigil dan ada masa akan rasa kejang otot. Salah makan je konfem ibu akan rasa bentan.

Inilah yang dikatakan bentan yang terjadi selepas melahirkan bayi.


Pernah jadi pada korang tak?
 

JENIS JENIS BENTAN

Ada beberapa jenis bentan yang biasa dialami oleh ibu selepas bersalin. Antaranya adalah: 


  • Bentan urat

Kalau ibu mengalami bentan urat, badan ibu akan cepat menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan contohnya lutut akan menggigil sejuk walaupun pada waktu tengah hari.

Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan masalah ni.

  • Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari mampu mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau jatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

  • Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang.

Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala terjadi juga kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu terpaksa jalan berdingkit-dingkit.

KENAPA BENTAN NI JADI?

Bentan kerap terjadi pada ibu yang tak berpantang dengan betul selepas bersalin.

Tak semua ibu akan hadapi bentan pada waktu yang sama. Ada ibu yang alami bentan sejurus selepas melahirkan bayi, dan ada juga yang alami bentan selepas habis tempoh berpantang.

Kalau nak diikutkan, pantang larang untuk mengelakkan bentan ni tiada pula kajian saintifik. Orang dulukala sangat menitikberatkan proses berpantang yang ketat untuk mengelakkan bentan. 

Contohnya, ibu mengelakkan diri memakan sayur yang sejuk semasa berpantang.

Dari sudut perubatan, bentan ni terjadi akibat komplikasi selepas bersalin. MAksudnya ibu yang bersalin tu masih mengalami luka yang belum sembuh dengan baik akibat jangkitan kuman.

Kalau ibu bersalin melalui caesar, lagilah kena jaga baik baik luka tu. Ni mungkin disebabkan luka caesar lebih besar daripada luka biasa.

Kajian dalam British Journal of Obstetrics & Gynaecology menyatakan bahawa lebih banyak ibu yang bersalin secara caesar akan mudah menbdapat kuman. Bila mudah mendapat jangkitan kuman, lagilah mudah mengalami bentan jika tak dijaga baik baik faktor kebersihan luka tu.


CARA NAK MENJAGA LUKA CAESAR SUPAYA TAK BENTAN 

Disebabkan luka caesar ni mudah diserang kuman, ibu boleh cuba amalkan tips mudah ni untuk menghadapi tempoh berpantang dengan baik tanpa bentan.

Antaranya adalah :


  • Pastikan keadaan luka caesar sentiasa kering
  • Elakkan sapu minyak gamat dan lain lain krim selagi luka belum sembuh
  • Berhati hati untuk bergerak
  • Minum air dengan cukup
  • Amalkan pemakanan yang kaya dengan Vitamin C yang bagus untuk penyembuhan luka dengan cepat dan protein untuk menambah tenaga yang hilang semasa bersalin
  • Sentiasa memantau keadaan luka caesar jika ada tanda jangkitan seperti merah dan bengkak. Cepat jumpa doktor jika ada perubahan pada luka tu
  • Ambil multivitamin untuk tambah darah pada badan
  •  Amalkan memakan sayuran untuk mengelakkan sembelit yang boleh melukakan bahagian dubur hingga mampu menyebabkan jangkitan bakteria
  •  Elakkan memakan kekacang kerana kekacang mampu mengeluarkan gas dalam usus dan menyebabkan perut mudah kembung dan rasa tak selesa.

Bagi mengelakkan ibu caesar terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.


bysyiraishak.blogspot.my

Kalau ibu selesa untuk mengamalkan rawatan tradisional selepas bersalin, ia juga bagus untuk menguatkan kembali peranakan dan juga menambah tenaga.

Tepulang juga pada ibu caesar. Kalau saya, konfem akan pilih set vitamin berpantang shaklee untuk menampung nutrein yang berkurangan dalam badan tu. Contohnya Vivix, mampu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin dan menambah tenaga ibu yang kurang tidur dan sibuk menjaga bayi.




------------------------------------------------------------------------------------

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Whatsapp / SMS : 
Founder of Calla Donita : SSM 00251**** 





Rujukan/Sumber
Isihat Mac 2015
http://www.mysupervitamins.com/2015/08/belajar-dan-elak-bentan-sebelum-terkena.html
http://flavenderblue.blogspot.my/2014/08/pantang-larang-dan-penjagaan-ibu.html
http://nurulaziyana.blogspot.my/2016/03/atasi-bentan-kepuasan-berpantang-dengan.html
http://www.babycenter.com.my/a1043311/simptom-selepas-bersalin-yang-tidak-boleh-anda-abaikan
http://rozitaibrahim.com/rawat-bentan-jangan-x-percaya-pantang/
http://www.dapurkakjee.com/2011/03/164-petua-masa-mengandung-dan-lepas.html
http://zahanis.blogspot.my/2014/04/bentan-akibat-langgar-pantang-selepas.html
http://www.riznina.com/2016/01/6-fakta-mengenai-bentan-yang-ibu-perlu-tahu.html
http://www.queenteratai.com/2013/04/pantang-larang-semasa-dalam-pantang.html
http://www.nuhababy.com/ketahui-7-jenis-makanan-yang-dilarang-ketika-berpantang/
http://duniaherbs.com.my/v3/amalan-berpantang-ibu-selepas-bersalin/

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.