Pages

JENIS JENIS KANSER YANG PALING POPULAR DAN BANYAK KES DILAPORKAN DI MALAYSIA


Sejak statistik antara 2007-2011 dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun ini, Malaysia sudah mencatakan sebabyak 103,507 kes kanser baru yang telah didiagnosis  sejak 5 tahun.

Bayangkan la, dalam purata kes setahun kemungkinan sebanyak 20,000 lebih kes telah dicatatkan. 

Yang membimbangkan adalah kaum wanita lebih ramai menghidap kanser berbanding lelaki iaitu sebanyak 56, 713 kes berbanding 46,794 kes pada 5 tahun tersebut.

Dalam banyak kes kanser di Malaysia, antara 10 jenis kanser yang paling popular dan banyak dilaporkan adalah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru paru, kanser limfoma, kanser nasofarink, kanser leukemia, kanser serviks, kanser hati,kanser ovari dan kanser perut.

Apa yang dah berlaku? Apa cara untuk mengelakkan kanser supaya negara kita dapat menurunkan kes kanser setiap tahun?

bysyiraishak.blogspot.my

5 JENIS KANSER YANG TERBANYAK DI LAPORKAN DI MALAYSIA ANTARA 2007-2011


Kali ni saya kongsi 5 jenis kanser yang paling popular dilaporkan di Malaysia sepanjang 5 tahun sejak 2007 hingga 2011. Data ni sangat sahih kerana dikeluarkan oleh Malaysian National Cancer Registry Report (MNCRR) oleh Institut Kanser Negara pada tahun 2016.

Antara 5 jenis kanser yang popular di Malaysia mengikut turutan oleh MNCRR adalah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru paru, kanser limfoma dan kanser nasofarink.

  • KANSER PAYUDARA
Tisu payudara secara semulajadi terbentuk dalam tindak balas kepada hormon  sebagai contoh semasa baligh, hamil dan semasa penyusuan.

Kanser  payudara hampir selalunya terjadi di dalam kelenjar atau duktus yang menghasilkan susu.Kanser berkembang hasil daripada sel-sel yang rosak dan kemudiannya berkembang tanpa kawalan hingga membentuk ketulan yang dipanggil sebagai tumor.

Terdapat beberapa faktor risiko kanser payudara seperti sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser payudara atau kanser lain, datang haid terlalu awal,  diet dan gaya hidup yang kurang sihat.


Antara langkah untuk mengurangkan risiko kanser payudara adalah :

  • Mengamalkan gaya hidup lebih aktif
  • Mengekalkan berat badan yang sihat dan seimbang
  • Mengelakkan alkohol secara berlebihan (haram pada orang Islam yang meneguk alkohol)
  • Aktifkan dalam penyusuan bayi kerana menyusukan bayi dapat mengurangkan risiko kanser payudara

  • KANSER KOLOREKTAL

Kanser kolorektal juga dikenal sebagai kanser usus yang merupakan kanser kedua tertinggi dihidapi oleh rakyat malaysia sepanjang 2007-2011.

Kenapa ramai sangat yang menghidapi kanser kolorektal atau kanser usus ini? Ini termasuklah golongan lelaki dan juga wanita tau yang banyak dilaporkan menhidap kanser kolorektal atau kanser usus.


Antara punca kanser kolorektal atau kanser usus ini terjadi adalah :

  • Makan daging merah atau daging proses dengan kerap atau banyak
  • Mempunyai berat badan yang berlebihan
  • Tidak mengambil kandungan serat yang mencukupi
  • Kurang melakukan aktiviti fizikal
  • Terlebih minum arak
  • Merokok atau menggunakan tembakau dengan kerap 
Seperti lain -lain kanser, kanser kolorektal atau kanser usus juga terjadi akibat faktor risiko seperti :


  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser kolorektau atau kanser usus
  • Umur yang melebihi 50 tahun
  • Mempunyai sejarah menhidap radang usus atau pernah disahkan mempunyai polips pada usus

  • KANSER PARU PARU

Kanser paru paru ni terjadi apabila ada pertumbuhan sel sel abnormal dalam satu atau kedu dua belah paru paru anda. Bila sel abnormal ni makin membesar dan merebak, ianya akan membentuk tumor dan sekaligus mengganggu fungsi paru paru dalam membekalkan oksigen ke dalam darah seluruh badan.

Antara langkah untuk mengurangkan risiko kanser paru paru adalah berhenti merokok atau menghindarkan diri dari terhidu asap rokok yang banyak. 
 


  • KANSER LIMFOMA

Kanser Lymphoma adalah kanser yang berkembang di dalam sistem limfa iaitu sebahagian daripada sistem imun tubuh.


Terdapat beratus-ratus kalenjar limfa terdapat di seluruh badan. Kelompok nodus limfa ditemui di leher, ketiak , dada, perut, dan pangkal paha.

Antara faktor risiko kanser linfoma adalah umur yang makin meningkat, lelaki lebih berisiko dari wanita, mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser limfoma, pendedahan kepada virus dan mempunyai fungsi imun yang rendah.

Walaupun anda mungkin ada gejala atau simptom kanser linfoma seperti ketulan atau kelenjar bengkak pada kawasan leher, abdomen, ketiak, atau groin (kelangkang) atau tompok-tompok merah pada kulit, tak semestinya anda akan mempunyai kaitan mendapat kanser limfoma.

Cuma apa yang boleh dibuat adalah anda cepat cepat mendapat pemeriksaan kesihatan jika mempunyai simptom berkaitan kanser limfoma.

  • KANSER NASOFARINK

Kanser nasofarink ni terjadi di antara kawasan tengkuk, hidung dan telinga. Kanser ni boleh terjadi akibat pertambahan sel abnormal dan tidak terkawal di dalam kawasan rongga pernafasan.

Atau kita boleh panggil  kanser nasofarink ni sebagai kanser kepala dan leher.

Punca punca kanser nasofarink masih belum jelas tetapi kebanyakkannya mungkin disebabkan pemakanan yang kaya dengan garam seperti ikan masin dan daging masin.

Selain itu, antara faktor risiko kanser nasofarink adalah :

  • Merokok
  • Pengambilan Alkohol yang berlebihan
  • Berumur 40 tahun ke atas
  • Kurang daya imun
  • Diet yang kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Persekitaran : pendedahan yang berlebihan kepada habuk dan asap mungkin meningkatkan faktor risiko untuk menghidap kanser nasofarink
 ---------



Dalam apa juga jenis kanser yang terdapat di Malaysia ni, kebanyakan risiko kanser mempunyai faktor risiko yang hampir sama antaranya adalah perubahan pada gen atau mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser, pemakanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang kurang sihat dan juga pendedahan kepada radikal bebas.


Oleh itu, pencegahan kepada kanser haruslah diambil dengan segera dan sebarang perubahan pada diri perlu dibuat pemeriksaan secepat mungkin. 

Gaya hidup yang sihat boleh mengurangkan risiko kanser antaranya seperti :

  • Mengamalkan diet yang seimbang setiap hari
  • Mengekalkan berat badan yang normal. Elakkan obesiti
  • Berhenti merokok
  • Mengurangkan pemngambilan alkohol
  • Mencegah dari terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama
  • Mencegah dari terdedah dengan bahan kimia dan radiasi mampu meningkatkan risiko kanser tertentu

Dapatkan ia sebelum terlambat!






----------------------------------------------------------------------------------

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Whatsapp / SMS : 
 Founder of Calla Donita : SSM 00251****-P

bysyiraishak.blogspot.my











Sumber/Rujukan :

http://www.news-medical.net/health/How-to-Prevent-Cancer.aspx
http://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/type/mens-cancer/
http://www.care.upm.edu.my/StatistikKanserDiMalaysia#StatistikKanserDiMalaysia
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0120&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm
http://makna.org.my/2014/12/kanser-rahim-mudah-dikesan/
http://www.sinarharian.com.my/famili/kanser-serviks-akibat-ambil-mudah-gejala-awal-1.132384
http://www.mingguanwanita.my/sebelum-terlambat-wanita-perlu-sedar-tentang-kanser-payudara-1.574243
https://www.pinkribbon.com.au/women-and-cancer/
https://www.thewomens.org.au/health-information/womens-cancers-pre-cancers/
http://www.cancer.org/healthy/findcancerearly/womenshealth/cancer-facts-for-women
http://www.womenscancerfoundation.org.au/
https://medlineplus.gov/magazine/issues/spring07/articles/spring07pg13.html 
http://www.mmgazette.com/kanser-payudara-apa-yang-penting-dr-hidayatul-radziah-ismawi/
https://top5ofanything.com/list/134bdda7/Most-Frequent-Cancers-in-Females-Worldwide
http://www.cdc.gov/cancer/dcpc/data/women.htm
https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/diet/antioxidants-fact-sheet
http://www.cancer.org/cancer/index

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.