Hari ni macam nak share satu produk yang natural, tanpa bahan kimia serta 100% homemade dan saya sangat sangat suka iaitu .....
PurebySafiyyahOsman atau PbySO!
Saya kenal produk ni pada bulan Mac 2016 kalau tak silap melalui seorang kenalan dari Universiti dahulu. Beliau perkenalkan beberapa produk PurebySafiyyahOsman yang mungkin akan menarik perhatian saya untuk mencuba dan mengenali produk PurebySafiyyahOsman. Oh, kenalan saya itu antara Stokis PurebySafiyyahOsman tau.
Ok. Saat dia promote pada kami produk PurebySafiyyahOsman ni dalam Geng Whatsapp, ohaaiii memang menarik sangat sangat.
Nak tahu apa yang best tentang produk PurebySafiyyahOSman?
- Harga produk murah sangat! Memang affordable untuk semua golongan. Harganya bermula dari RM 15-RM 35
- Boleh bawa solat
- Penggunaan bahan 100% semulajadi dan organik untuk menghasilkan produk. Tiada sebarang bahan kimia dan pengawet digunakan
- Produk bebas dari sebarang pewarna dan pewangi tiruan
- Pembuatan produk hanya dari rumah atau homemade, buatan bumiputra. (Kiranya macam produk DIY juga tapi bukan kita yang buat hehe)
- Packaging yang simple tapi menarik
- Bau produk yang fresh dan semerbak wangi ( wangi tu datangnya dari bahan organik yang beliau gunakan seperti Vitamin E dan lain lain)
- Ada pelbagai produk penjagaan wajah sesuai untuk semua jenis kulit
- Jika nak jadi agent, akan dapat keuntungan runcit untuk setiap produk. Tapi ada T&C yang harus dipatuhi. (Ini biasala kan)
PENGALAMAN MENGGUNAKAN PRODUK 100% HOMEMADE DAN TANPA BAHAN KIMIA PUREBYSAFIYYAHOSMAN
Kalau nak tahu, kandungan utama lip balm ni adalah madu tauu...madu asli, beeswax,Vitamin E dan Sweet almod! Lipbalm dari PurebySafiyyahOsman ni elok untuk melembapkan bibir yang kering, mengembalikan warna asal bibir dan mencerahkan bibir yang gelap akibat merokok atau penggunaan liptick yang lama.
Hotlips Lip Balm yang sangat melembapkan bibir. |
Memang puas hati bila pakai Lipbalm dari PurebySafiyyahOsman ni.
Selepas Lipbalm, saya mula pakai produk produk PurebySafiyyahOsman yang lain seperti Lip Scrub, Detox Face & Body Soap, ESA Lavandula Mist Toner, Heroin Face Mask, Olea Face Lotion, BeetRED Cheek & Lip Tint, Foot Soak, SUSA Detox Body Scrub, dan Organic Raspberry Face Wash.
Syiok sangat!
Oh. Satu je nak pesan.PurebySafiyyahOsman memang tiada sijil Halal atau KKM kerana produk ni produk homemade atau dibuat sendiri oleh founder, Puan Safiyyah Osman dan suami beliau. Produk PurebySafiyyahOsman mempunyai sijil Kosher yang mengesahkan produk beliau ni bebas alkohol. NAtural memang natural, boleh check kandungan pada setiap produk tu nanti.
Ada jerawat? Set skincare untuk jerawat pun ada. Jerawat akan mulai surut dan kulit semakin lembut |
Selain itu, dah namanya pun produk organik, so korang perlukan masa untuk rawat masalah kulit seperti jerawat atau ekzema. Produk PurebySafiyyahOsman ni bukan produk main bancuh je, so setiap bahan organik yang diletakkan dalam sesuatu produk memberi kesan positif pada wajah mahupun tubuh badan secara beransur ansur.
SENARAI PRODUK PUREBYSAFIYYAH OSMAN YANG 100% HOMEMADE DAN ORGANIK
Antara produk yang ada dibawah label purebysafiyyahosman :
Antara produk PbySO |
Produk PurebySafiyyaOsman ni memang saya recommend sangat sangat. Selain daripada ianya tiada bahan kimia yang tak elok langsung untuk kesihatan kulit, ia juga sangat sesuai untuk semua golongan termasuk untuk kulit bayi.
Korang mesti tahu betapa berlambaknya produk di pasaran yang banyak mempunyai bahan kimia. Permulaannya memang bagus tapi lama kelamaan, ia memberi kesan negatif pada kulit. Say no to merkuri dan paraben!
Kalau korang berminat nak mencuba produk PurebySafiyyahOSman, boleh follow IG di bawah :
Ataupun boleh terus ke Facebook Calla Donita atau Facebook rasmi PurebySafiyyahOsman.
Jom berubah kepada yang lebih mesra kulit! ;)
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.