Tiroid merupakan kalenjar berbentuk rama-rama yang terletak dihadapan leher. Ia menghasilkan hormon yang mengawal kelajuan metabolisme iaitu sistem yang membantu tubuh menggunakan tenaga.
Penyakit tiroid boleh memperlahankan atau mempercepatkan metabolisme dengan menganggu penghasilan hormon tiroid.
Apabila tahap hormon menjadi terlalu rendah atau tinggi, anda mungkin akan mengalami gejala yang berbeza.
7 GEJALA PENYAKIT TIROID YANG SERING DIHADAPI PESAKIT
● Berat badan bertambah atau menurun
Antara salah satu gejala penyakit tiroid adalah masalah berat badan. Tahap rendah hormon tiroid selalu dikaitkan dengan pertambahan berat badan yang dipanggil sebagai hipotiroidism.
Manakala jika tiroid menghasilkan lebih hormon berbanding yang diperlukan oleh badan, ia akan menyebabkan anda hilang berat badan tanpa sebab. Kehilangan berat badan dengan hormon yang berlebihan dipanggik sebagai hipertiroidism.
● Bengkak pada leher
Masalah tiroid selalu dikaitkan dengan pembengkakkan atau pembesarab pada leher. Bengkak di bahagian hadapan leher atau dikenali sebagai Goiter boleh berlaku pada pesakit hipertiroidism mahupun hipotiroidism.
Kadang kadang bengkak pada leher ini juga boleh terjadi akibat daripada kanser tiroid atau dipanggil sebagai Nodul. Nodul ni seperti bengkak yang tumbuh dalam tiroid.
● Perubahan pada kadar denyutan jantung
Hormon tiroid memberi kesan pada setiap organ badan dan mampu mempengaruhi kadar denyutan jantung. Contohnya pesakit hipotiroidism mempunyai kadar denyutan jantung yang agak perlahan.
Berlainan pula dengan pesakit hipertiroidism yang mempunyai kadar denyutan jantung yang agak laju. Hal ini boleh meningkatkan tekanan darah dan jantung berdebar atau palpitasi.
● Perubahan pada tahap tenaga atau mood
Penyakit tiroid memberi kesan sangat ketara pada tahap tenaga dan mood seseorang. Contohnya Hipotiroidism mampu buatkan pesakit merasa letih, kurang bermaya dan murung manakala Hipotiroidism boleh menyebabkan pesakit merasa resah, gelisah dan mengalami masalah tidur.
● Keguguran rambut
Keguguran rambut yang dialami oleh pesakit tiroid menandakan hormon tiroid tidak seimbang. Cuma, masalah keguguran rambut akan dapat diatasi sebaik sahaja penyakit tiroid ini dirawat dengan segera.
● Badan terasa sejuk dan panas di luar kebiasaan
Penyakit tiroid boleh menganggu paras suhu badan. Pesakit Hipotiroidism kerap berasa lebih sejuk dari biasa. Hipertiroidism pula menyebabkan pesakit mengalami perpeluhan yang melampau akibat suhu badan yang panas.
● Kitaran haid terganggu
Pesakit tiroid mengalami perubahan dalam kitaran haid dan mood. Adakalanya gejala seperti ini seolah olah menopous dan bukannya seperti haid biasa.
Jika anda sememangnya ada masalah tiroid, ujian darah akan dilakukan agar mudah untuk mengesan samada ia punca daripada menopous mahupun penyakit tiroid atau kedua-duanya sekali.
KOMPLIKASI PENYAKIT TIROID
Terdapat beberapa komplikasi yang kerap terjadi pada pesakit tiroid ni.
Terdapat beberapa komplikasi yang kerap terjadi pada pesakit tiroid ni.
Hipotiroidism boleh menaikkan tahap kolesterol hingga mudah pesakit tiroid mendapat strok atau serangan jantung jika tidak mendapatkan rawatan dengan cepat.
Hormon tiroid yang rendah boleh mencetuskan masalah penurunan suhu badan yang mampu mengancam nyawa.
Manakala bagi pesakit Hipotiroidism akan mengalami masalah jantung dan tulang rapuh jika lambat mendapatkan rawatan.
CARA ALTERNATIF UNTUK PESAKIT TIROID KEMBALI CERGAS TANPA GANGGUAN PENYAKIT
Setiap rawatan yang diberikan pada pesakit tiroid akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat yang diberikan juga berbeza jika pesakit mengalami Hipertiroidism mahupun Hipotiroidism.
Anda juga boleh mencuba untuk mengurangkan masalah tiroid dengan Tonik Merah dari Shaklee ini. Selain dari mengawal paras hormon, ia juga membantu pesakit tiroid untuk berasa cergas dan aktif seperti biasa.
Testimoni salah seorang pesakit tiroid yang mengambil Vivix selama 14 hari. Atas saranan doktor, pesakit dah tak perlukan pengambilan ubat kerana paras hormon kembali normal |
Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera. Oleh itu, sekiranya anda didapati mempunyai tiroid, dapatkanlah rawatan dengan segera dan ikut segala saranan doktor supaya penyakit tiroid dapat dipulihkan sebelum terlambat.
---------------------------------------------------------------------
Sumber :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121007/kn_01/Cara-merawat-penyakit-tiroid
http://www.webmd.com/women/guide/understanding-thyroid-problems-basics
http://www.womenshealthmag.com/sex-and-love/thyroid-disorders
http://www.myhealth.gov.my/en/tiroid/
Mingguan Wanita ( Edisi Mac 2011)
-----------------------------------------------------------------------------------
Pertanyaan dan konsultasi, boleh hubungi :
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.