Sentap hati kalau ada yang menegur isu sensitif ni kan? Pernah juga saya terjumpa individu yang mempunyai masalah panau di muka terpaksa menutup kekurangan diri dengan alat solek yang mampan.
Tapi... sampai bila? Akan ada satu satu masa kita rasa rendah diri jika ada yang ternampak masalah kulit yang satu tu.
So.. apa anda akan buat jika ada panau di muka? Kalau di bahagian badan yang lain, mungkin boleh sorok. Tapi, ni muka tauuu.
APA ITU PANAU?
Panau atau nama saintifiknya Tinea versicolor ni berlaku akibat jangkitan pada lapisan luaran kulit yang berpunca daripada kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit yang banyak menghasilkan sebum atau minyak seperti di bahagian muka, dada, belakang badan, dan kulit kepala.
Secara ringkasnya, panau ni tompok tompok putih yang anda boleh nampak pada sekitar badan yang aktif berpeluh seperti kulit kepala, pipi, belakang leher dan belakang badan. Jangan risau dengan panau ni kerana ia tak berjangkit kepada orang lain yang berkongsi barang dengan kita. Chill la!
PENYEBAB PANAU PADA MUKA ATAU SELURUH BADAN
Panau ini boleh berlaku atas beberapa sebab contohnya :
- Kulit terlalu berminyak termasuk badan, muka dan lain lain bahagian
- Cuaca yang panas
- Antibodi badan yang lemah akibat kekurangan nutrisi yang seimbang
- Terlalu banyak berpeluh
- Perubahan hormon
- Kerap membasuh muka atau mandi sebelum badan betul betul kering dari berpeluh
- Pakai pakaian yang masih lembap
- Pakai pakaian yang baru dijemur dan masih panas
- Berada dalam bilik yang lembap, malap dan kurang dimasuki cahaya
- Bersukan atau melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari
- Bakteria yang ada pada panau dan sopak juga boleh dijumpai dalam air panas ( air panas yang terjemur bawah sinaran matahari)
TIPS UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PANAU DARI MENJADI TERUK
Ni ada beberapa tips untuk membantu anda menguruskan masalah panau atau tinea versicolor:
- Elakkan daripada menggunakan produk kulit berasaskan minyak.
- Kurangkan pendedahan pada cahaya matahari. Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ruam atau panau yang masih ada
- Pakai syampu anti-kulat setiap hari untuk melindungi diri dari sinaran matahari yang memburukkan masalah panau
- Pakai pelindung matahari atau sunblock setiap hari. Gunakan formula tidak berminyak minimum SPF 30 dah memadai.
- Jangan memakai pakaian yang ketat.
- Pakai pakaian yang menyerap peluh seperti kain kapas
Jadi, sebelum anda mengalami jangkitan panau, cubalah elakkan diri dari punca punca di atas sebelum panau tu menjadi teruk. HAl ni kerana, ada juga kes panau yang kembali terjadi jika kita tak mencegah kehadiran panau dari awal tauu..
CARA MERAWAT PANAU SUPAYA TAK BERCAPUK HINGGA MALU NAK KELUAR RUMAH
Selain daripada rawatan doktor, krim steroid dan cara tradisional untuk merawat masalah panau, anda juga boleh merawat dan mencegah panau ni dengan mengambil pemakanan yang seimbang.
Panau atau Tinea versicolor boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan dan kekurangan vitamin dalam badan. Cara yang terbaik untuk mencegah masalah panau ni adalah dengan memakan makanan yang sihat, seimbang atau mengambil vitamin tambahan.
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan sumber vitamin C seperti oren sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan. Lagi satu, buah buahan gelap yang kaya dengan antioksidan seperti anggur dapat membantu menentang radikal bebas yang mampu merosakkan kulit.
Selain dari itu, pengambilan vitamin seperti Tonik merah yang kaya dengan antioksidan boleh membantu mengawal pengeluaran melanin supaya kesan tompok tompok panau tu dapat dihilangkan dengan cepat dan membantu menghasilkan sel sel kulit baru bagi menggantikan sel kulit yang diserang kulat tersebut.
\
Lagi satu, kulat ni menghasilkan bahan kimia bertoksik hingga menghalang fungsi sel sel pigmen terutamanya semasa jangkitan kulat tu tengah aktif. Sebab tulah masalah panau ni susah sangat nak disembuhkan melainkan anda mendapatkan Tonik Merah ni.
Sistem imun badan juga boleh dikuatkan dengan mengambil Tonik merah . Sebagai contoh, Anggur muscadine yang ada dalam Tonik Merah kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins (OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E untuk melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memperbaiki keadaan kulit yang bermasalah seperti panau tu.
--------------------------------------------------------
Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :
Sumber : Akan diupdate kemudian
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.