TIPS KURANGKAN MATA LETIH SEBELUM JADI MATA PANDA
Pernah terjadi pada korang kan?
Apabila terjadi perkara sebegini, apa yang korang buat?
Selalu kita dimomokkan kalau mata letih dan kering je, cepat cepat titiskan cecair mata seperti Eye Mo tu. Tapi, jangan tak tahu, doktor pun kurang galakkan penitis mata akibat kesan-kesan jangka panjang. Check dulu kandungan sesuatu produk jika kita betul betul nak menggunakannya.
TIPS MENCEGAH MATA LETIH
- Rehatkan mata dan cuba fokus pada tempat lain. Rehatkan selama 5 minit setiapa jam supaya mata kita tak stress menatap satu fokus dalam jangka masa yang lama. Boleh juga tutup mata beberapa saat untuk melegakan ketegangan.
- Selalu kelipkan mata bagi member kesegaran pada mata. Kita kadang kadang lupa untuk mengerdipkan mata bila terlalu memberi tumpuan pada skrin komputer semasa bekerja.Bila kita mengerdipkan mata, ia dapat membantu menghasilkan air mata untuk melicinkan dan melembapkan mata. So, mata pun kurang kering dan tiada kemerah merahan.
- Cuba buat senaman mata. Letakkan siku atas meja dan tapah tangan memangku kepala.Jari pula berada di atas dahi ,macam kita memegang kepala yang pening ;) Lepas tu, tutup mata dan tahan nafas seketika dan hembus, Buat selama 15 hingga 30 saat selama beberapa hari.
- Cari pelindung mata yang sesuai dengan keperluan. Kalau yang memang dah rabun tu, pastikan cermin mata tu ada penghalang sinar cahaya. Jadi, selamatlah korang dari kepedihan mata akibat menatap skrin komputer terlalu lama.
- Buat kaedah tradisional untuk kurangkan keletihan mata.
Selain dari ubat penitis mata, try amalkan 5 tips mudah ni untuk kurangkan mata letih tu.
TIPS MENCEGAH MATA LETIH CARA TRADISIONAL
- Uncang teh yang telah digunakan disimpan didalam peti ais kejap. Kemudian letakkan uncang teh tadi kat mata selama 25 ke 30 minit.
- Guna sudu yang dah disejukkan dalam peti ais, lepas tu letakkan pada mata.
- Hiris timun dan letakkan pada mata. Memang best. Sejuk je mata tu.
- Lagi satu, guna kentang. Hiris seperti timun tadi dan tekapkan pada mata.
Walau apa pun pastikan korang mendapat pencahayaan yang cukup apabila membaca dan membuat pelbagai aktiviti. Jaga mata sebelum ia mulai rosak dan kering.
Sumber : MW Oct 2009