Pages

JALAN-JALAN CARI HOTEL DI BATU FERRINGHI, PENANG

Actually bukanlah  boleh dianggap  holiday sebenarnya semasa kami ke Penang 1 hb lepas.



Hubby sya ada kerja kat sana, so sya anggap la macam short vacay kami selepas Langkawi dan Cameron Highland sejurus selepas majlis perkahwinan kami.

Beberapa hari sebelum bertolak, ada la dalam 3 atau 4 hotel yang sya kol untuk proses booking membooking. Tapi malangya, kebanyakan hotel yang sya nak sangat pergi dah fully booked. Contohnya macam HOTEL SENTRAL SEAVIEW. Godek godek info dari blogger lain macam best je hotel ni. Dahulunya hotel ni dikenali dengan nama HOTEL NAZA TALLYA. 





Selepas kol sana sini hotel yang available, akhirnya   ada lagi 1 hotel yang available HOTEL EQ FERRINGHI, so sya siap-siap book sementara lagi 4 jam kami akan sampai di Penang.

Ok. Settle bab booking. Boleh lena sementara nak sampai di Penang. Huuuuuhu

Biasalah check  in hotel selalunya antara pukul 2 atau 3 kan.. bila dah sampai destinasi yang nak dituju, kami usha dulu hotel EQ ni. Tak susah pun nak carik hotel ni. Selepas MIAMI BEACH, dalam 2km kot baru jumpa hotel ni. Dekat je dengan Petronas  dan ada lagi 1 hotel besar apa entah nama hotel tu. Rasanya Golden Sand kot. Dan di sekeliling EQ hotel ni ada juga hotel bajet yang lain dan beberapa buah kedai makan. Kira strategik la jugak.
Kalau takde apa nak breakfast, boleh je singgah kat makcik yang jual pelbagai jenis lauk untuk makan pagi. Jalan kaki sikit je ,exercise.

Lepas  dah tengok keadaan sekitar ( EQ HOTEL ni merupakan  1 blok kedai 2 tingkat) , kami sepakat nak cari hotel yang lebih nice dan kebetulan banyak lagi masa nak check in kan so kami start usha hotel lain yang berdekatan.




Haa..kami saja nak tanya rate LONE PINE HOTEL. Sebab dari luar, sya dah tertawan dengan konsep hotel ni. Nice view. Nampak macam rimba yang high class gitu. Try tanya harga sebab sya rasa konfem mahal rate hotel ni. Dan memang betul. Hubby pi survey dan harga queen bed dalam rm 600++ ohmymymyyy. So, say bye bye buat kami yang nak save budget. 






Next destination.

Dalam 1km selepas hotel ni, kami jumpa satu lagi hotel yang nampak nice di mata.  Dan sekitarnya night market di area Ferringhi.

Bila hubby tanya rate hotel ni, takdela mahal sangat. Standard  room dengan queen bed just rm 130 semalam. Bukan macam bajet hotel yang biasa bila tengok interior design dari luaran. So, hubby terus decide nak bermalam di situ je sebab katanya nampak nice pulak hotel tu.


bysyiraishak.blogspot.com

bysyiraishak.blogspot.com


Kami terus je check in..

Bila stat  nak memunggah beg baju, sya perasan yang beg baju hubby takde dalam kereta kami. Memang haru sungguh hahah.. so hubby kita tidakla ada baju selepas ni. Haiyaaa..kesimpulannya , pakaila apa yang ada je ;p

For me, bilik tu just nice untuk backpakers. Tak la luas sangat. Dan tiada  flatscreen tv. Tandas pun kecil je. Kiranya sesuai untuk sesiapa yang tak cerewet mengenai isu kebesaran bilik. Kata tidur je kan, bukannya nak berparti berlari dalam bilik huhu.




bysyiraishak.blogspot.com

Cuma untuk bilik Superior mungkin dalam RM 150 ke atas kot. Tak sure pulak.

Malam sabtu tu hujan memang lebat. Setelah hubby habis je kerja di Balik Pulau, kami terus berehat dan kebetulan pula Piala Malaysia dah start 2-1 kot masa tu. Dan JDT tengah lead. Kami plan nak ke Night Market selepas PM. Tapi sya siap tertido lagi nak tunggu PM habis hingga ke penalti pulak tu..
  
Hampir pukul 12 baru kami turun nak ke Night Market tapi malangnya semua kedai dah tutup. Plus, faktor hujan mungkin menyebabkan night market ditutup lebih awal. Kukuciwa..

Terus balik dan tetiba lapar. Kami decide singgah makan di restoran comel di sebelah hotel je. 

bysyiraishak.blogspot.com

Bila tiba hari Ahad, kami terus lunch di Restoran Sup Hameed. Hubby kata sup di restoran ni memang antara  yang famous dan sedap. Kawww gitu. Tapi masa lunch memang tiada  sup yang dijual la. Dan opkos kami makan nasi kandar. Ingatkan  nak lunch di HAMEEDIYAH RESTAURANT tapi hubby malas nak singgah katanya..sedih sobb sobb ;) my bestfren yang sugest  sebab tu sya nak cuba sangat. Even sya lahir di Penang  tapi tak pernah jamah nasi kandar penang pun  selama tinggal 8 tahun di Sungai Bakap.

Nevermind. We will come again 22hb ni!

** Standard room semasa School Holidays adalah RM 155 dan Superior adalah RM 200. Ini berdasarkan pertanyaan sya pada pihak hotel beberapa hari lepas.


'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'


Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)

Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..


-----------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :



Klik!

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.