Penggunaan lidah buaya dalam bidang kecantikan bukanlah satu perkara yang baru.
Cleopatra pun gunakan gel atau lendir lidah buaya untuk tubuh badannya sebagai regim kecantikan.
Lidah buaya sebenarnya dah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal kulit, menyuburkan rambut dan banyak lagi malah membantu membunuh kulat,bakteria, fungi dan virus.
Kalau untuk regim kecantikan, lendir lidah buaya tu sebenarnya bermanfaat untuk pelbagai kegunaan. Just potong je kulit lidah buaya, dan sapu pada tempat yang nak disembuhkan.
Paling best, lidah buaya ni dapat mengurangkan kegatalan dan parut baru. Tapi, kena tahan sikit la dengan baunya. Kalau pokok tu dah tua, bau aloe vera tu lebih kuat dan menyengat.
Sya selalu buat tips ni sebelum kahwin dulu. Mujarab. Tapi, antara malas atau rajin je la huhuu.. Komitmen nak menghadap aloe vera dan menenyeh pada kulit gatal atau kering mahupun parut memang perlukan masa dan komited untuk konsisten ;p
letihh oo...
MANFAAT LIDAH BUAYA ATAU ALOE VERA
- Boleh dijadikan sebagai skrub badan dan lumurkan pada badan semasa mandi
- Merawat kesan melecur atau terkena minyak panas.
- Merawat lebam pada kulit.
- Elok untuk merawat muka yang terkena sunburn.
- Menyembuhkan sengatan atau kegatalan dari gigitan serangga.
- Mengurangkan ruam-ruam badan
- Merawat kaki melecet
- Sebagai ganti krim dan losyen untuk dijadikan pelembab untuk kulit kering.
- Mencegah dan merawat jerawat
- Merawat psiorisis
- Mencegah parut dan stretch mark.
- Bantu melambatkan tanda-tanda penuaan kulit dan kedutan.
- Membantu menghilangkan Ekzema.
- Mencerahkan kulit. Lidah boleh mengurangkan pigmentasi dan bintik-bintik hitam.
- Membina sel kulit baru . Boleh dijadikan scrub gula organik dengan mencampurkan dua sudu besar lendir lidah buaya, 2 sudu besar gula dan 1 sudu kecil jus lemon.
- Mempercepat pertumbuhan rambut. Urut lidah buaya ke kulit kepala, biar selama 30 minit dan bilas.
- Mengurangkan kelemumur . Campurkan jus lidah buaya dengan santan dan minyak germa gandum. Urut kulit kepala dan bilas.
- Dijadikan sebagai perapi rambut semulajadi.
- Buang solekan mata.
- Merawat kegatalan faraj.
- Minum jus lidah buaya dapat meredakan masalah pencernaan.
- Minum jus lidah buaya untuk melegakan pedih ulu hati, radang sendi dan sakit sakit sendi.
- Rebus daun lidah buaya dan halakan muka pada wap panas untuk mengurangkan asma
- Minum jus lidah buaya dapat menurunkan kadar gula dalam darah especially untuk pesakit kencing manis.
- Menguatkan gusi.
- Minum jus lidah buaya untuk membantu mengurangkan masalah ulser perut, radang usus, buasir, jangkitan saluran kencing dan masalah prostat.
Rajin tak nak buat macam kat atas ni? Yang penting, kena konsisten je untuk dapatkan hasil terbaik. :)
Kalau malas, Shaklee kan ada SET KECANTIKAN dan SET PENJAGAAN RAMBUT.. Guna Shaklee dan jaga pemakanan seharian, insyallah berkesan :)
Kalau malas, Shaklee kan ada SET KECANTIKAN dan SET PENJAGAAN RAMBUT.. Guna Shaklee dan jaga pemakanan seharian, insyallah berkesan :)
Sumber :
'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'
Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)
Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..
-----------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.