Pages

SI MERAH OREN UNTUK CANTIK GOJES DAN SIHAT


Bila datang je bab cantik dan ada pelbagai produk yang entah apa apa di pasaran, konfem ramai yang nak cuba, kalau tak cuba pun, mata tu sempat melirik-lirik pada newsfeed yang tunjuk produk sekian sekian dapat mencantikkan muka tu.. lepas tu mula la belek belek muka tengok jerawat. ( ada tak yang macam ni? angkat jari cepattt! ;p )

Sapa yang taknak cantik kan especially hanya makan makanan tertentu.

Tapi sekarang pun dah ada abang abang yang penting kecantikan muka. Bukanla untuk cantik dalam konteks mata gegel, tapi more to kebersihan muka tanpa jerawat, cela dan kusam apetah lagi berminyak!

Kalo murah tapi dapat kecantikan asli tanpa suntik tanpa bedah tanpa solekan mampan, yippee korang berjaya menjaga muka dengan jayanya.. ;p

Salah satu cara nak cantik melalui makanan adalah melalui BUAH TOMATO YANG MERAH OREN mengancam! ( apa kaler tomato eh?)




**Cantik secara klasik ala2 cleopatra, sapa yang taknak kan?

Back to basic, buah tomato juga mempunyai khasiat lain selain untuk kecantikan.

Secara amnya, buah tomato ni kaya dengan bahan antioksidan semulajadi yang baik untuk kesihatan kita. Ia dapat mencegah penyakit seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut serta penyakit jantung.

Tomato juga mengandungi likopen iaitu antioksidan yang dapat membantu membuat kulit nampak lebih cerah dan bersinar. Ia juga melindungi kulit daripada sinaran uv yang mampu merosakkan kulit kita.





TOMATO DAN KECANTIKAN

Menghilangkan jerawat

Tomato kaya vitamin A dan C yang berkesan menghilangkan jerawat.  
Cara :   potong tomato jadi dua dan kemudian sapukan pada jerawat. Biarkan selama satu jam dan kemudian bilas dengan air.


Menyembuhkan radang kulit
Tomato mempunyai kesan menenang dan melegakan kulit akibat terdedah pada sinar matahari.
Cara : Parut setengah tomato dan campur dengan 2 camca besar dadih.Oleskan dengan rata pada bahagian badan yang sering terdedah pada sinar matahari. Bilas selepas setengah jam. 

Mengecilkan liang pori
Pori-pori yang besar boleh menyebabkan kotoran dan debu terkumpul pada kulit. 
Cara : Ambil satu camca besar jus tomato segar dan campurkan dengan dua hingga tiga titis jus lemon. Sapukan campuran ini pada kulit muka. Picit dalam gerakan putaran. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air.

Menghilangkan pori tersumbat
Untuk mengatasi masalah pori-pori tersumbat, boleh guna kombinasi tomato dan avokado. Ia dapat membantu membersihkan kulit dan membuatnya jadi lebih halus.
Gunakan pupur ini secara teratur untuk membantu mengatasi menghilangkan pori-pori tersumbat.

          

 Agen astrigen
Campur jus timun dan tomato dalam jumlah yang sama.Sapu pada seluruh wajah dan lakukan perawatan ini dengan teratur.
Kandungan khasiat dalam tomato juga membantu untuk menjaga kulit terbebas daripada minyak.


TOMATO DAN KESIHATAN

Membantu Masalah Susah Tidur

Tomato mengandungi sumber nutrisi likopen yang kebiasaanya hanya terdapat dalam sayuran atau buah-buahan berwarna merah.
Kajian menunjukkan likopin mempunyai banyak khasiat antaranya membantu sesiapa yang mengalami masalah tidur atau insomnia




Kawal berat badan


Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol.Ia juga mengandungi banyak air serta serat yang membantu mengenyangkan perut. Kata nak kurus kan?



Merawat Batu Karang

Pengambilan tomato secara konsisten dapat memberikan kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang.
Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.




Membantu Penglihatan Mata

Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam.
Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.



:::::    :::::::    ::::::



Sumber :

http://www.eh.com.my/artikel/gaya-hidup/5-khasiat-tomato-yang-anda-tidak-ketahui/
http://majalahjelita.my/5-khasiat-tomato/






'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'



Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)

Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..


-----------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :



Klik!

1 comment:

  1. penah dengar tepek timun kat muka, tak pernah pulak tengok tepek tomato agagaag

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.