Dalam masa yang sama, sistem imunisasi badan dapat bekerja lebih efisyen apa badan tak dipenuhi dengan segala makanan yang tinggi kalori.
Berpuasa juga membantu menggalakkan pertumbuhan sesetengah sel tubuh.
Fungsi air pada badan juga menyumbang pada tahap kesihatan seseorang semasa berpuasa.
Tapi, kekurangan air bole membuatkan tubuh akan mengalami dehidrasi sehingga memberi kesan pada kulit.Keadaan kulit menjadi kering dan tak bermaya apatah lagi skang musim pun tak menentu, sekejap hujan sekejap panas.
Nak tahu cara mengekalkan hidrasi ketika berpuasa?
Buah tembikai merupakan sumber makanan terbaik bagi mengelakkan dehidrasi. Ia kaya dengan jus, sekurang kurangnya mengandungi 90% air sekaligus membantu menghilangkan dahaga dan memberi tenaga.
Menyediakan sup sayuran membantu kita menikmati pelbagai jenis sayuran yang kaya dengan vitamin dan serat dalam 1 hidangan yang mudah dan menjimatkan.
Limau bali hanya mengandungi 30 kalori dan terdiri daripada 90% jus didalamnya. Salah satu fitinutrien yang ada dalam buah ni iaitu limonoids berfungsi untuk mebantu tubuh dalam proses detoksifikasi.
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.