Pages

CARA SIHAT TAMBAH BERAT BADAN YANG KURUS SEJAK DAHULU KALA

Selain dari berat badan yang makin bertambah dan merisaukan bila nak timbang, masalah yang penting juga adalah masalah kekurangan berat. Kurus saja tak semestinya kita sihat dari sebarang penyakit.Paling bahaya bila kita didiagnosis sebagai kurang zat dan nutrisi.Kalau berat kurang dari berat badan ideal, better mulakan segera untuk menambah berat badan. 





Untuk dapatkan nutrisi yang diperlukan badan, ada tips untuk menambah berat badan secara sihat :




  • AMBIL KARBOHIDRAT

Karbohidrat @ carbs memang diperlukan sebagai sumber tenaga dan penting dalam menambah berat badan. Sumber carbs yang baik adalah buah buahan, sayuran & gandum penuh. Selain tu, boleh je cuba beras merah, roti dan bijirin dari gandum penuh.Gandum penuh merupakan sumber serat dan nutrisi. Sangat elok ambil ketika sarapan atau antara waktu makan utama. Pilih yang bebas gula, atau sedikit gula.







  • PROTEIN

Protein memang diperlukan untuk membentuk otot, struktur organ dan menjaga fungsi imunisasi tubuh. Contoh protein yang sihat adalah daging ikan, ayanm dan kekacang. Daging merah boleh dimakan tapi seeloknya hanya 2 kali seminggu. Elakkan daging yang diproses seperti sosej, daging burger atau pepperoni.


  • LEMAK


Lemak diperlukan sebagai tambahan tenaga badan kita. Lemak mampu menjaga kesihatan rambut, kulit, dan fungsi saraf di samping menyumbang pada kenaikan berat badan. Lemak yang baik adalah lemak sihat seperti omega 3 dan omega 6. Ambil dalam jumlah yang sikit.







  • VITAMIN

Ambil buah buahan dan sayuran yang pelbagai warna untuk cover semua nutrien yang diperlukan badan. Ambil dalam 5-6 sajian yang mengandungi buah serta sayur setiap hari. Sebab kebanyakan buah mengandungi vitamin A, C, E, D, B, K dan lain lain.






  • MINERAL

Kalsium, zat besi, zink, fodforus, iodin, natrium , kalium dan fluorin merupakan mineral yang diperlukan tubuh. Ia membentuk serta menjaga kepadatan tulang dan gigi, membentuk hemoglobin dalam darah, mengatur kelancaran kerja otot dan fungsi lain. Hampir semua makanan mengandungi mineral iaiatu buah buahan, sayuran,kekacang, daging merah, garam, susu dan keju.


  • AIR PUTIH

Air putih berkhasiat untuk menghilangkan racun dalam tubuh, melancarkan sistem pencernaan, menjaga kelembapan kulit, menjaga kesihatan buah pinggang dan sebagainya. Sekurang kurangnya ambilla 2 liter sehari. Tapi kalau nak ambil minuman sihat seperti jus limau, jambu,mangga atau smootie sayuran memang menyihatkan selagi tak ditambah gula atau gula berlebihan.




  • OLAHRAGA


Latihan kardio seperti joging, jalan cepat atau aerobik bole membantu tubuh lebih cergas walaupun mempunyai badan berisi.





  • JAUHI MAKANAN RINGAN

Hindari makanan ringan seperti burger, piza, kentang atau daging proses. makanan yang mengandungi lemak tepu dan tinggi mampu meningkatkan kolestrol jahat. Pilih makanan sedikit atau tanpa gula dan paling penting rendah lemak dan kalori.





No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.