Kalau citer je pasal diet memang banyak nak dikongsi.bukan senang nak senang untuk kurangkan berat badan melainkan kita berdisplin dalam senamaan dan mengambil pemakanan seimbang. Diet kita bole hancur dengan pelbagai sebab. Antaranya tabiat memanaskan makanan berulang kali.
TEMPOH SIMPAN MAKANAN YANG BERLEBIHAN
● hanya ambil beberapa hari sahaja untuk rosak
● bakteria bole membiak pada makanan yang dibiarkan selama 2 jam tanpa disimpan dalam fridge.
● Makanan yang dibeli di luar tak perlu simpan selama 2 hari kerana bakteria bole membiak dengan cepat dan bole buat kita sakit.
------------- -------------- --------------------- ---------------- -----
TIPS ELAK LEBIHAN MAKANAN
● jangan simpan lebihan makanan yang tinggi kalori dalam fridge
● penuhkan fridge dengan pelbagai jenis buah dan sayur.
● masak sendiri lauk lauk yang sihat untuk kesihatan.
● olah semula lebihan makanan kepada resipi yang baru
KAEDAH MEMASAK YANG MENYIHATKAN
- Direbus & dikukus
Merebus sayuran akan menyebabkan kandungan Vitamin C dan B larut dalam air.Tapi kalo merebus terlalu lama jugak akan mempengaruhi indeks glikemik makanan iaitu zat makanan akan pecah.Manakala mengukus pula mampu pertahankan zat makanan dalam 82%.
- Menggoreng
MAmpu menambahkan kalori kepada makanan.Tetapi, penggunaan minyak yang betul dengan kadat yang sedikit lagi bagus. Lagipun, ia dapat membantu mengurangkan kerosakan pada makanan akibah panas api.Menggoreng juga akan menghilangkan Vitamin C dan B yang larut dalam air.
TIPS : Sayuran yang tinggi antioksidan better masak dengan minyak yang sedikit.Tomato dan carrot better ditumis.
- Dipanggang & dibakar
Lebih menyihatkan. TApi membakar makanan terlalu lama bole menimbulkan warna kehitaman dan mengakibatkan racun dan pencetus kanser. Tips : makan timun & bawang untuk bersihkan perut. MAcam kita makan sate la kan...
Bila kandungan Vitamin C hilang dari badan, apa lagi nutrisi yang tinggal dalam badan kita?
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum / Hai...
Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)
Terima Kasih.