Pages

Simple TiRamisu

Assalam..
last week kami bercita2 tinggi untuk buat satu resipi yg kami tak pernah cuba
cuma sekadar pernah tgk dekat buku2 resipi atau TV dan baru2 ni masa tgk dalam Masterchef Malaysia.
Setelah beli semua bahan yang diperlukan,terus je kami buat.
Dan kebetulan semangat tu berkobar sebab Fridge yg mom order baru je sampai dari SengHeng.
Dan setelah pumpampumpam,tadaaaa!sejuk di mulut,apetah lg di tekak :)
Dan resipi ni kami ambil dari buku (tak hengat plak,nnti sy letak) :)


Bahan-bahannya:  

---Vanilla Icecream---

 ---Gula---

 ---Serbuk Kopi (dicampur dgn sedikit air untuk dicicah biskut marie)---

---Cream Cheese---

---Biskut Marie,sebagai base untuk tiramisu--

Cara-caranya :


Mula-mula kene celup2 dulu biskut marie dalam air kopi suam.Then letak biskut2 tu macam kat atas ni.
Elok kalo guna bekas kek yg bole bukak kat bawah tu.(lupa nak snap gambar)


Putar cream cheese + gula sampai sebati & kembang..(nyumnyum)


Lepas tu bole masukkan vanilla icecream dalam adunan td.Putar sekali lagi & siap!


Tuang adunan ke atas biskut-biskut yang disusun tadi..


Adunan tadi dah memenuhi ruang biskut2 tu...:)


Sejukkan dalam fridge dahulu...


Bila dah nak makan,taburkan serbuk koko kat atas tiramisu tadi..
Sebagai hiasan & penambah rasa pada tiramisu tu.

Sebagai org baru yang BARU je 1st time buat Tiramisu,
rasanya ok la kot. Sebab sy x penah makan tiramisu sebelum ni.
Pecah rekod!:)

Sekian... ---dariKacaMata Syiraishak--

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.